(Video) Gadis Pulang Kerja Maut Didakwa DiIanggar Kereta Sedang BerIumba, Diseret 50 meter Skip to main content

(Video) Gadis Pulang Kerja Maut Didakwa DiIanggar Kereta Sedang BerIumba, Diseret 50 meter

Kuala Langat : Seorang gadis meninggal dunia dilanggar dua buah kereta yang dipercayai sedang berlumba dalam kejadian Jalan Besar, Kanchong Darat lebih kurang jam 1 pagi tadi.

Mngsa yang merupakan Anggota APM (Angkatan Pertahanan Awam Malaysia) disahkan mninggaI dunia ditempat kejadian semasa dalam perjalanan pulang dari berkerja.

Satu Video tular melalui laman facebook My Kuala Langat bila mana orang ramai cuba menahan suspek yang meIanggar gadis terbabit.

Dari page APM Kuala Langat, Inna lillahi wa inna ilayhi raji’un (إِنَّا لِلَّٰهِ وَإِنَّا إِلَيْهِ رَاجِعُونَ) ialah sebahagian dari ayat Al-Quran, dari Surah Al-Baqarah, Ayat 156. Ayat penuh adalah seperti yang berikut:

ٱلَّذِينَ إِذَ أَصَابَتْهُم مُّصِيبَةٌۭ قَالُوا۟ إِنَّا لِلَّٰهِ وَإِنَّ إِلَيْهِ رَاجِعُونَ

“(Iaitu) orang-orang yang apabila mereka ditimpa oleh suatu kesusahan, mereka berkata: Sesungguhnya kami adalah kepunyaan Allah dan kepada Allah jualah kami kembali.”

Telah kembalinya Pbt.(PA) Nor Hezlina Binti Nazrin ke rahmatullah pada pagi ini akibat kemalangan jalan raya, Mohon doa semuanya agar rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman.

Jika arwh mempunyai salah dan silap yang pernah dilakukan, sukacitanya pihak kami ingin memohon maaf bagi pihak arwh.

Kes kini dis1asat oleh pihak berwajib semoga ibu arwah tabah ramai yang sanyangkan Elin arwh insan yang sangat baik dan disenangi rakan rakan. Al fatihah.

Menurut media K! ONLINE,  anggota Angkatan Pertahanan Awam (APM) itu maut selepas dilanggar dari arah belakang sebelum diseret sejauh 50 meter oleh sebuah kereta jenis Proton Wira dalam kejadian di Kilometer 36 Jalan Klang – Banting – Port Dickson, tengah malam tadi.

Dalam kejadian kira-kira pukul 12.30 tengah malam, Nor Hezlina Nazrib, 19, kemudiannya turut dilanggar dua buah kereta selepas memasuki arah bertentangan dan mninggal dunia di lokasi kejadian akibat parah pada kepala.

Ketua Polis Daerah Kuala Langat, Superintendan Azizan Tukiman berkata, kemalangan berlaku apabila mangsa yang menunggang motosikal jenis Yamaha Y125ZR dalam perjalanan ke Morib dari Banting di sini.

Katanya, mangsa kemudiannya telah dilanggar dari arah belakang oleh sebuah kereta Proton Wira dipandu lelaki juga berusia 19 tahun sebelum melanggar sebuah lagi kenderaan jenis Proton Satria.

“Akibat pelanggaran itu, remaja perempuan itu telah memasuki laluan bertentangan dan melanggar dua buah lagi kereta dari arah bertentangan.

“Pemandu proton Wira kemudiannya dipercayai telah mengheret mangsa ke kanan sejauh kira-kira 50 meter,” katanya ketika dihubungi Kosmo! hari ini.

Kata beliau, mayat m4ngsa telah dibawa ke Hospital Banting untuk bedah siasat manakala empat lagi pemandu kenderaan termasuk yang melanggar mngsa tidak mengalami sebarang kecederaan.

Azizan memberitahu, hasil semakan mendapati pemandu proton wira yang melanggar mangsa itu tidak mempunyai lesen memandu dan merupakan seorang penganggur.

“Sampel darah pemandu tersebut telah diambil untuk dianalisis di Jabatan Kimia dan kita telah merakam keterangan daripada kesemua saksi kemalangan.

“Siasatan lanjut masih dijalankan dan kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” jelasnya.

Terdahulu tular video berdurasi 5 minit 18 saat di media sosial memaparkan insiden tersebut dengan sekumpulan orang awam mengerumuni lokasi kejadian dan menghalang individu yang mel4nggar anggota APM itu melarikan diri.

Tonton Video:

Comments

Popular Article

Isu Pelajar Dihina Dah Settle, Rupanya Pensyarah Sendiri Bantu Dapatkan Laptop?

Rentetan tularnya satu klip video kontroversi seolah-olah memperlekeh pelajar dari keluarga berstatus B40, seorang pensyarah kontrak kini sedang disiasat oleh pihak universiti awam di Perak. Hasil maklumat terkini mendapati sesi kuliah online tersebut sebenarnya berlangsung pada semester lalu, namun ramai pihak tertanya-tanya apakah motif ia hanya dimuat naik di laman Twitter semalam. @uitm_channel Kenyataan Naib Canselor berkenaan Isu Pelajar B40 ♬ original sound - Universiti Teknologi MARA Meskipun tuan badan belum perjelaskan cerita sebenar…ramai mula henti kecam lepas tahu kisah sebaliknya  Meskipun pihak empunya badan belum tampil menjelaskan situasi sebenar, namun kemarahan netizen tanpa disangka-sangka sudah semakin reda. Walaupun kenyataan pensyarah tersebut dikecam masyarakat seluruh negara, tetapi ramai mula hormat kepadanya semula lepas mengetahui kisah sebalik video berkenaan. Ini video tahun lepas, kawan sekelas yang tularkan…dia padam akaun lepas dah jadi viral  M

'Dia tak mabuk, tak guna phone, pakai seat belt bukti dia memandu dengan penuh tanggungjawab' - Netizen buat petisyen, desak bebaskan Sam Ke Ting

Susulan keputusan Mahkamah Tinggi Johor Bharu menjatuhkan hukuman penjara enam tahun dan denda RM6,000 kerana menyebabkan kematian 8 remaja berbasikal lajak di jalan raya pada jam 3 pagi, ramai netizen menyuarakan bantahan terhadap keputusan itu. Satu petisyen juga telah diwujudkan untuk mendapatkan sokongan ramai bagi mendesak pihak berkenaan membebaskan Sam Ke Ting daripada pertuduhan memandu secara melulu sehingga menyebabkan kematian lapan remaja terbabit.  "Seperti yang dinyatakan oleh Majistret Siti Hajar Ali dalam penghakimannya pada 2019, Sam tidak berada di bawah pengaruh alkohol, tidak menggunakan telefon bimbit dan memakai tali pinggang keledar semasa memandu, membuktikan bahawa dia memandu dengan penuh tanggungjawab dan berhati-hati.  "Tetapi keadaan gelap, jalan berbukit-bukau dan berliku-liku di mana pemandu tidak dapat menjangkakan ada geng basikal lajak di jalan raya pada jam 3 pagi.  "Kami rakyat Malaysia berasa ngeri dengan hukuman yang dikenakan terhad

“Anak Speech Delay, Padan Muka” – Cikgu Ayu Mohon Maaf Ayat Guris Hati Ibu Bapa

Cikgu Ayu pada semalam sempat berkongsikan pendapatnya di TikTok ekoran isu seorang anak murid dibuang dari tadika lantaran terkencing di dalam kelas,. Beliau turut memberikan teguran secara terbuka khususnya buat sebilangan ibu bapa yang tidak menyedari tentang kepentingan mengajar anak untuk menguruskan diri sendiri sekiranya terasa hendak membuang air. Akan tetapi, kelantangan itu malah mengguris hati ramai pihak. Kalau yang faham, saya punya penerangan tu untuk parents jangan MALAS  Justeru itu, pendidik pra-sekolah ini sempat menjelaskan beliau menujukan peringatan tersebut kepada golongan ibu bapa yang bersikap malas sahaja. Kenyataan berbunyi “Anak speech delay, padan muka” pula tidak lain tidak bukan merupakan ulasan kepada perangai segelintir penjaga yang gemar membiarkan cahaya mata mereka terdedah dengan gajet secara kerap tanpa kawalan. @cikguayu_imtecer Reply to @mama.imanandikram klu yg faham i punya penerangan tu..untuk parents yg MALAS! OK. #cikguayusempoi ♬ bunyi a