(Video) 'Hantu betul lah! Nak ke mana?! B***h betul lah! Woii!!!' - 3 makcik bawang terkejut eksiden berlaku depan mata Skip to main content

(Video) 'Hantu betul lah! Nak ke mana?! B***h betul lah! Woii!!!' - 3 makcik bawang terkejut eksiden berlaku depan mata

Kerancakan tiga wanita berbual sakan mengenai perancangan majlis terbantut apabila berlaku kemalangan yang membabitkan dua buah kereta di hadapan mereka. 
Menurut sumber, kejadian itu berlaku pada jam 12.35 tengah hari di Jalan Tanjung Laboh, Taman Mewah, Batu Pahat, Johor.
Video viral di media sosial berdurasi 1 minit 36 saat itu terdahulu menunjukkan dua wanita itu dalam perjalanan ke destinasi sambil berbuat mengenai persiapan majlis yang akan diadakan selepas sembahyang Jumaat.
Pemandu itu mengatakan dia berkemungkinan akan memulakan perjalanan ke majlisnya di sebelah petang. Wanita itu juga menjangkakan makanan mungkin akan habis cepat. Namun rakannya memaklumkan perkara itu tidak perlu dirisaukan kerana ramai adik beradiknya yang boleh masak makanan baru. 
Tibanya di persimpangan lampu isyarat, sebuah kereta Perodua Kelisa yang berada di lorong kiri secara tiba-tiba masuk ke lorong tengah membuatkan mereka terkejut lalu membunyikan hon. 
Namun pemandu Kelisa tetap gigih meneruskan niatnya untuk masuk ke lorong kanan yang dipercayai mahu membuat pusingan U.
Wanita Kedua: "Hantu betul lah, nak ke mana?! Bodoh betul lah! Woii!!! Allahuakbar!!" 
Tindakannya itu mengundang padah apabila sebuah kereta Proton Wira yang berada di lorong kanan tidak menyedari kehadiran Kelisa itu meneruskan perjalanan sebelum melanggar bahagian depan sisi kanan Kelisa. Proton Wira berkenaan nyaris terbalik disebabkan pelanggaran itu. 
Wanita Pertama (Pemandu): "Aku dah kata dah! Haaa! Mabuk ke apa akak ni?! Aku dah hon dia jalan juga. Dia dah kenapa??" 
Wanita Kedua: "Apsal dia camtu Mai?"
Wanita Pertama (Pemandu): "Manalah aku tau, dia yang bawak! Hahahaha!" 
Wanita Kedua: "Tak, dia pandai ke tak pandai?"
Wanita Pertama (Pemandu): "Dia nak belok sana (pusingan U), dia salah jalan. Kak Mai dah hon, dia sepatutnya berhenti dulu tengok sana (lorong kanan). Sana (Wira) memang jalan dia, tegak."

Wanita Kedua: "Nasib baik Wira tak terbalik." 

Sementara itu di ruangan komen, netizen tidak membahaskan kemalangan itu tetapi terhibur dengan perbualan tiga wanita berkenaan, apatah lagi apabila mereka mula berleter mengenai kemalangan tersebut. 
sumber: thereporter

Comments

Popular Article

“Bawa Awak Ke Sini” -Ada Suara Dalam Video Tangmo, Manager Sempat Tukar Baju

Satu persatu klu atau petunjuk baru muncul bagi membongkarkan rahsia di sebalik pemergian pelakon terkenal Thailand, Tangmo Nida Patcharaveerapong. Sehingga ke hari ini, ibu kepada mendiang masih lagi yakin wujudnya unsur-unsur jenayah sekaligus menolak kenyataan rakan-rakan yang mendakwa artis tersebut tergelincir ketika ingin membuang air kecil. Netizen jumpa petunjuk baru, ada dengar suara pelik dalam video Nida  Justeru itu, ramai netizen tampil melakukan penyiasatan sendiri berbekalkan beberapa rakaman CCTV serta bukti yang sempat tular di media sosial. Terdahulu, satu video sewaktu Nida sedang minum di atas bot berkenaan telah dikeluarkan. Walau bagaimanapun, ramai mendakwa terdengar satu suara yang agak pelik setelah menggunakan satu software bagi mengurangkan bunyi muzik latar @eveapissaya พี่โมสวยมาก สวยเหมือนนางฟ้าเลย 🤍 คลิปสุดท้าย.. #แตงโม #แตงโมนิดา ♬ เสียงต้นฉบับ - Eve Apissaya Suara garang sebut bawa awak ke sini 2 kali…Polis akan siasat lebih lanjut  Hasilnya,

Hari-Hari Netizen Malaysia Minta Update Tangmo, Akak Siam Gigih Jadi Translator

Meskipun berlaku di Thailand, namun kisah pemergian pelakon terkenal Tangmo Nida Patcharaveerapong ini turut mendapat perhatian yang sangat besar di Malaysia. Mana taknya, kejadian yang disangkakan cumalah insiden malah bertukar menjadi satu penglibatan jenayah serta kecuaian melibatkan rakan-rakannya sendiri. Ramai pulak netizen Malaysia tunggu update baru tentang kisah Tangmo  Boleh dikatakan hampir kesemua video di TikTok mengenai perkembangan terbaru kisah menyayat hati tersebut menerima komen daripada rakyat Malaysia. Namun rata-rata mengharapkan ada subtitle supaya dapat memahami dengan lebih baik apakah sebenarnya yang terjadi. Lebih-lebih lagi bahasa Thailand sememangnya terkenal dengan keunikan tulisannya dan bukan mudah untuk dibaca. @tubtimcho โรเบิร์ต กระติก #แตงโมนิดา #แตงโม #โหนกระแส #แตงโมภัทรธิดา #หอนกระแส #แตงโมตกเรือ ♬ Ei Yang Wa - Boom Boom Cash Abang dan adik Tangmo nak fight…Mak Tangmo gila harta  Walau bagaimanapun, kini mereka semua sudah mampu menari

Isu Pelajar Dihina Dah Settle, Rupanya Pensyarah Sendiri Bantu Dapatkan Laptop?

Rentetan tularnya satu klip video kontroversi seolah-olah memperlekeh pelajar dari keluarga berstatus B40, seorang pensyarah kontrak kini sedang disiasat oleh pihak universiti awam di Perak. Hasil maklumat terkini mendapati sesi kuliah online tersebut sebenarnya berlangsung pada semester lalu, namun ramai pihak tertanya-tanya apakah motif ia hanya dimuat naik di laman Twitter semalam. @uitm_channel Kenyataan Naib Canselor berkenaan Isu Pelajar B40 ♬ original sound - Universiti Teknologi MARA Meskipun tuan badan belum perjelaskan cerita sebenar…ramai mula henti kecam lepas tahu kisah sebaliknya  Meskipun pihak empunya badan belum tampil menjelaskan situasi sebenar, namun kemarahan netizen tanpa disangka-sangka sudah semakin reda. Walaupun kenyataan pensyarah tersebut dikecam masyarakat seluruh negara, tetapi ramai mula hormat kepadanya semula lepas mengetahui kisah sebalik video berkenaan. Ini video tahun lepas, kawan sekelas yang tularkan…dia padam akaun lepas dah jadi viral  M