Video - Hasrat Anak Hidap Barah Nak Tengok Lori 'tenonet', Ibu Terharu Pemandu Lori Berkumpul Demi Adik Adib
Baru-baru ini, kisah Adik Adib menjadi perhatian apabila ibunya Nur Lydia Rose muat naik permintaan kanak-kanak itu untuk mendengar hon lori ‘tenonet’. Difahamkan, kanak-kanak tersebut yang juga penghidap barah sangat meminati kenderaan besar itu.
Dapat respon & sokongan sangat hebat…Ramai tampil belanja video lori masing-masing Tidak disangka-sangka, permintaan Lydia menerusi komen di page Facebook menerima respon serta sokongan yang sangat hebat. Ramai sekali pemandu lori berkenaan tampil belanja video bunyi hon kenderaan mereka untuk menggembirakan kanak-kanak itu.
Terima Kasih Rakyat Malaysia Prihatin ❤️ Terima kasih Abang² tenonet ðĨ° penghibur jalanan ð Penghibur anak saya Si Abid...
Posted by Nur Lydia Rose Hafieza on Tuesday, March 9, 2021
Berderet ramai bunyikan hon ‘tenonet’…Siap Adib dibawa berjalan naik lori Semalam, Adib sekali lagi diraikan apabila beberapa buah lori telah berhenti berderet di persimpangan jalan sebelum membunyikan hon ‘tenonet’ masing-masing. Dalam pada itu, kanak-kanak berkenaan juga turut dibawa menaiki salah sebuah kenderaan tersebut di sekitar kawasan Gebeng, Pahang.
@anakdaddy9926 semoga adik adib happy mlm niðĨ°ðĨ°ððð#abgpergiberjuang #anokpahangtruckersðēðū #lawantetaplawanðĪĢð #fypã· #nselorrytransport #brokenheart
♬ original sound - Anakdaddy9926
Terima kasih pilot darat…Dalam kesibukan kerja dapat juga tunaikan hajat Adik Adib Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen turut sama gembira apabila permintaan insan bertuah itu dapat ditunaikan. Selain itu, mereka turut berterima kasih kepada kumpulan pemandu lori tersebut yang sudi luangkan masa untuk menghiburkan Adib
Comments
Post a Comment