Biasanya jika jarak usia antara pasangan suami isteri terlalu jauh berbeza, ramai yang menganggap perkahwinan tersebut tidak akan bahagia dan kekal lama. Bahkan, pihak keluarga berasa berat untuk merestuinya.
Namun begitu manusia mana yang layak mempersoalkan jodoh seseorang, bukan?
Kalau dah ditetapkan berjodoh dengan seseorang jauh lebih tua atau muda oleh ‘pemilik hati’, buktinya ramai sahaja yang mengecapi kebahagiaan hingga ke anak cucu.
Begitulah seperti kisah dikongsi oleh seorang gadis bernama Lia yang berasal dari negara jiran Indonesia ini, di mana dia mendedahkan bakal berkahwin dengan ayah kepada sahabatnya sendiri.
Bibit-bibit cinta antara Lia dan teman lelakinya itu mula berputik sejak dia kerap meluangkan masa bersama sahabatnya di rumah sewaktu pandemik Covid-19 ini.
“Kadangkala bila saya dan kawan keluar bersama, bapanya turut ikut serta. Selain itu, saya pernah juga ‘lepak’ di rumah kawan dan makan bersama keluarganya (termasuk bapanya),” jelasnya kepada Tribun News.
Menurut Lia, pada awalnya hubungannya bersama lelaki itu tidak direstui oleh pihak keluarga atas faktor status duda lelaki tersebut dan jarak umur keduanya, lapor Tribun news.
Mana tidaknya, umur teman lelakinya itu dikatakan sebaya dengan usia bapa kandungnya!
@lia_asyifa Ayahnya temen w duda yaa bund, BIG NO to pelakor n cheating 😋 #fyp #fypシ #beranda #pelakor bye #GiniGayaGue #PUBGMB3AT #xyzbca #cheating #selingkuh
♬ Pamer Pacar Remix - o
Bagaimanapun, akhirnya ibu bapa Lia membenarkan perhubungan mereka diteruskan apabila mereka berdua dilihat bahagia bersama. Selain itu, rakannya juga merestui hubungan mereka dengan syarat tidak menyakitkan hati ayahnya.
Seperti yang dilaporkan oleh Tribun News, kedua-dua pasangan itu dijangka akan melangsungkan pernikahan pada tahun ini juga.
Dari sahabat terus jadi ibu..
Sumber: borakdaily
Comments
Post a Comment