Sesetengah orang lebih gemar merahsiakan kehidupan mereka khususnya melibatkan urusan keluarga kandung, kerja atau hubungan percintaan. Tatkala orang lain sibuk memuat naik gambar romantis bersama boyfriend atau girlfriend masing-masing, golongan ini kekal tenang menyimpan kisah sendiri sehinggalah tiba masa sesuai. Bahkan ada yang dianggap masih lagi single dan akhirnya mengejutkan ramai orang kerana tahu-tahu saja sudah berkahwin.
Lama jadi single dan tak pernah muat naik gambar dengan pakwe
Mungkin anda atau orang terdekat mempunyai sikap sebegini, kan? Tidak kira apa jua sebabnya, ia merupakan pilihan masing-masing mengikut keselesaan diri sendiri. Persis kisah seorang gadis yang sudah lama single ini, dia membuatkan ramai kenalan di Instagram terkejut apabila memuat naik sekeping gambar mesra dengan teman lelakinya.
@angginadilaa Terimakasih sudah jd pelangi setelah hujan🥰✨
♬ original sound - $ad feeling - pubg ga qi
@angginadilaa Alasan terbesar gamau publish doi🙂🙂🙂
♬ original sound - Sadgirlss💔💔💔 - Sadgirls💔 || ig: desiwahyuf95
Terkejut action story sampai 639 orang stalk dan request follow boyfriend
Di posting itu juga, gadis tersebut sempat meletakkan sekali tag nama profile pemuda berkenaan dengan beberapa emoji comel. Namun siapa sangka apabila dilihat semula pada data Instagram, terdapat ratusan orang kawannya yang mengambil kesempatan untuk melawat (stalk) akaun Instagram teman lelakinya itu termasuklah aktiviti screenshot serta membuat following request.
@angginadilaa Alasan terbesar gamau publish doi🙂🙂🙂
♬ original sound - Sadgirlss💔💔💔 - Sadgirls💔 || ig: desiwahyuf95
Dulu exposed pakwe eh kena rampas dengan kawan…Taknak kepoh, nak diam-diam saja
Menjengah ke ruangan komen, ramai rupanya yang berhadapan dengan situasi sama sekali gus membangkitkan rasa insecure. Bagi mengelakkan perkara bukan-bukan terjadi, mereka lebih selesa merubah akaun Instagram kepada tetapan private.
Sumber: kisahdunia
Comments
Post a Comment