(Video) Lelaki muda nekad buat pembedahan plastik selepas panel interview mentertawakan wajah aslinya Skip to main content

(Video) Lelaki muda nekad buat pembedahan plastik selepas panel interview mentertawakan wajah aslinya

Seorang lelaki Vietnam berusia 26 tahun mendakwa dia terpaksa membuat pembedahan plastik selepas ditertawakan ketika menghadiri temuduga kerja, disebabkan wajahnya. 

Pengguna Tik Tok, Do Quyen, banyak mendapat perhatian dari di media sosial selepas memuat naik gambar dirinya sebelum dan selepas menjalani pembedahan plastik. 

Berdasarkan gambar, sememangnya perubahan yang dilakukan sangat ketara membuatkan ramai netizen terkejut. Raut wajahnya amat berbeza berbanding wajahnya yang asli termasuk mata dan hidung. 

Do Quyen menjelaskan dia terpaksa melakukan pembedahan plastik itu selepas cuba mendapatkan kerja dan ditertawakan oleh panel interview hanya kerana wajahnya yang kelihatan tidak menarik.  Namun begitu, ramai yang tidak percaya bahawa itu adalah gambar dirinya

@quyen_do8

Trả lời @halfelf2309 #howichange lúc trc Ngoại xấu thg bị chê bai thay đổi đê mình hoan hảo hơn ạ #Thaydoi #daythithanhcongkhongnhi

♬ feeling - Official Sound Studio

Do Quyen yang bekerja sebagai makeup artis di Saigon memberitahu followers Tik Tok yang dia menghabiskan lebih kurang 400 juta dong (RM70,403) untuk sembilan sesi pembedahan plastik termasuk pembentukan semula hidung, implan dagu, veneer gigi (porcelin), pembentukan semula bibir, pembedahan kelopak mata dan implan bibir. 

Peristiwa yang memalukan ketika menghadiri temuduga itu mendorong dia melakukan perubahan drastik tersebut. Keluarganya tidak begitu menyokong apa yang dilakukan dan dia terpaksa membiayai segala kos pembedahan plastik itu sendiri. 

"Kali pertama saya pulang ke rumah selepas melakukan pembedahan plastik, ibu dan ayah tidak mengenali saya," katanya. 

Do Quyen kerap memuat naik gambar dan video dirinya di Instagram dan Tik Tok, termasuk klip video yang menunjukan transformasi dirinya. Walaupun dihujani dengan pelbagai kritikan, Do Quyen tidak pernah menyesali keputusan melakukan pembedahan plastik dan berkongsi pandangan dengan followersnya yang mereka patut melakukan apa sahaja yang dirasakan selesa untuk diri sendiri

Sumber: thereporter

Comments

Popular Article

Isu Pelajar Dihina Dah Settle, Rupanya Pensyarah Sendiri Bantu Dapatkan Laptop?

Rentetan tularnya satu klip video kontroversi seolah-olah memperlekeh pelajar dari keluarga berstatus B40, seorang pensyarah kontrak kini sedang disiasat oleh pihak universiti awam di Perak. Hasil maklumat terkini mendapati sesi kuliah online tersebut sebenarnya berlangsung pada semester lalu, namun ramai pihak tertanya-tanya apakah motif ia hanya dimuat naik di laman Twitter semalam. @uitm_channel Kenyataan Naib Canselor berkenaan Isu Pelajar B40 ♬ original sound - Universiti Teknologi MARA Meskipun tuan badan belum perjelaskan cerita sebenar…ramai mula henti kecam lepas tahu kisah sebaliknya  Meskipun pihak empunya badan belum tampil menjelaskan situasi sebenar, namun kemarahan netizen tanpa disangka-sangka sudah semakin reda. Walaupun kenyataan pensyarah tersebut dikecam masyarakat seluruh negara, tetapi ramai mula hormat kepadanya semula lepas mengetahui kisah sebalik video berkenaan. Ini video tahun lepas, kawan sekelas yang tularkan…dia padam akaun lepas dah jadi viral  M

'Dia tak mabuk, tak guna phone, pakai seat belt bukti dia memandu dengan penuh tanggungjawab' - Netizen buat petisyen, desak bebaskan Sam Ke Ting

Susulan keputusan Mahkamah Tinggi Johor Bharu menjatuhkan hukuman penjara enam tahun dan denda RM6,000 kerana menyebabkan kematian 8 remaja berbasikal lajak di jalan raya pada jam 3 pagi, ramai netizen menyuarakan bantahan terhadap keputusan itu. Satu petisyen juga telah diwujudkan untuk mendapatkan sokongan ramai bagi mendesak pihak berkenaan membebaskan Sam Ke Ting daripada pertuduhan memandu secara melulu sehingga menyebabkan kematian lapan remaja terbabit.  "Seperti yang dinyatakan oleh Majistret Siti Hajar Ali dalam penghakimannya pada 2019, Sam tidak berada di bawah pengaruh alkohol, tidak menggunakan telefon bimbit dan memakai tali pinggang keledar semasa memandu, membuktikan bahawa dia memandu dengan penuh tanggungjawab dan berhati-hati.  "Tetapi keadaan gelap, jalan berbukit-bukau dan berliku-liku di mana pemandu tidak dapat menjangkakan ada geng basikal lajak di jalan raya pada jam 3 pagi.  "Kami rakyat Malaysia berasa ngeri dengan hukuman yang dikenakan terhad

“Anak Speech Delay, Padan Muka” – Cikgu Ayu Mohon Maaf Ayat Guris Hati Ibu Bapa

Cikgu Ayu pada semalam sempat berkongsikan pendapatnya di TikTok ekoran isu seorang anak murid dibuang dari tadika lantaran terkencing di dalam kelas,. Beliau turut memberikan teguran secara terbuka khususnya buat sebilangan ibu bapa yang tidak menyedari tentang kepentingan mengajar anak untuk menguruskan diri sendiri sekiranya terasa hendak membuang air. Akan tetapi, kelantangan itu malah mengguris hati ramai pihak. Kalau yang faham, saya punya penerangan tu untuk parents jangan MALAS  Justeru itu, pendidik pra-sekolah ini sempat menjelaskan beliau menujukan peringatan tersebut kepada golongan ibu bapa yang bersikap malas sahaja. Kenyataan berbunyi “Anak speech delay, padan muka” pula tidak lain tidak bukan merupakan ulasan kepada perangai segelintir penjaga yang gemar membiarkan cahaya mata mereka terdedah dengan gajet secara kerap tanpa kawalan. @cikguayu_imtecer Reply to @mama.imanandikram klu yg faham i punya penerangan tu..untuk parents yg MALAS! OK. #cikguayusempoi ♬ bunyi a