Hujung minggu ini nampaknya ramai pihak mengambil peluang tersebut untuk jalankan acara pertunangan dan perkahwinan. Namun begitu, tak semua yang diharapkan berjalan dengan lancar.
Rumah dijilat api semasa buat persiapan majlis pertunangan
Tanpa disangka-sangka, impian sebuah keluarga untuk mengadakan majlis pertunangan tidak kesampaian apabila rumah mereka dijilat api menjulang sekitar tengah hari tadi. Menerusi beberapa foto dan rakaman yang tular di media sosial, majlis pertunangan yang bertukar tragedi itu berlaku di Kampung Parit Mustafa Darat, Parit Sulong, Batu Pahat, Johor.
Allahuakbar…tengah makeup rumah terbakar
Sambil merakam insiden terbabit berlaku di hadapan matanya, jurusolek wanita ini nyata sangat panik. Paling menyayat hati, dia maklumkan kebakaran berlaku sewaktu pihak terlibat sedang makeup. Walau bagaimanapun punca sebenar kejadian masih disiasat.
Kebakaran akibatkan 80% kemusnahan…seorang cedera & seorang pengsan
Setibanya Pasukan Keluaran Operasi (PKO) dari Balai Bomba dan Penyelamat Yong Peng di tempat kejadian, didapati berlaku kebakaran sebuah rumah jenis separuh kekal. Menurut laporan pihak mereka, tragedi itu cuma mengakibatkan seorang lelaki cedera di bahagian kaki manakala seorang lagi pengsan. Masing-masing telah dibawa ke pusat perubatan bagi tindakan lanjut. Dalam pada itu, kebakaran itu telah mengakibatkan 80% kemusnahan termasuklah sebuah motosikal jenis Honda EX5 dan sebuah Kereta Proton Saga. Operasi menyelamat telah ditamatkan sekitar jam 3.30 petang tadi.
BBP YONG PENG JENIS INSIDEN : KEBAKARAN RUMAH Alamat: T/L 120, Parit Mustaffa Darat Parit Sulong Tarikh/Masa :...
Posted by Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Johor on Sunday, March 28, 2021
Sumber: kisahdunia
Comments
Post a Comment