[VIDEO] Meraikan Habis SPM, Pelajar Catwalk Ala Diva Siap Skirt Kertas Latihan Skip to main content

[VIDEO] Meraikan Habis SPM, Pelajar Catwalk Ala Diva Siap Skirt Kertas Latihan

Daripada menconteng baju dengan lukisan gempak sehinggalah membuat video perpisahan sedih, terdapat pelbagai cara yang dibuat oleh pelajar SPM demi meraikan detik tamatnya peperiksaan besar mereka. Ibarat sudah bebas zaman sekolah, selepas ini masing-masing akan berdepan dengan dunia sebenar yang jauh lebih rencam mengikut haluan masing-masing.

Saya macam tak percaya dah habis paper SPM… 

Namun bagi seorang pelajar lelaki ini, dia mempunyai cara yang cukup unik bagi menunjukkan kegembiraan setelah menjawab subjek peperiksaan terakhir. Persis seorang model yang penuh aura diva, dia catwalk di kaki lima sekolah sambil memakai skirt putih dipenuhi tampalan kertas latihan. Tidak cukup dengan itu, dia sempat berpusing-pusing lalu mengibas kain lebar berkenaan.

@shyretisssz._

SAYE DAHHHHHH ##fyp ##esekeli ##foryoupage ##teamsarawak ##xyzbca

♬ original sound - Shyretissz

Jangan risau lepas buat ni saya kumpul & simpan balik semua 

Cukup gigih, dia berkongsikan sebuah lagi video di sebalik pembuatan skirt putih itu di mana helaian kertas bersepah dan bertebaran di dalam rumah. Meskipun disifatkan sebagai tidak menghargai ilmu, pelajar ini tenang menjelaskan ia merupakan bahan-bahan pembelajaran yang lama malah mengumpulkannya semula selepas digunakan.

@shyretisssz._

Reply to @11111114_ HAHAHAHHAHAHAHAHAH pilih & lekat ( jngn risau lepas buat ni i kumpul & simpn balik ) ##fyp ##esekeli ##foryoupage ##xyzbca

♬ original sound - Shyretissz

@shyretisssz._

Reply to @muhammadfirdaus80 ##fyp ##esekeli ##foryoupage ##xyzbca

♬ original sound - Shyretissz

Better dari bakar atau buang-buang buku 

Cukup terhibur, netizen menyifatkan idea membuat skirt itu jauh lebih murni daripada membakar atau membuang kertas ke dalam sungai seperti yang pernah viral sebelum ini. Sesetengahnya beranggapan pemuda ini merupakan seorang sahabat yang selalu menghiburkan orang sekeliling.


Sumber: kisahdunia

Comments

Popular Article

Isu Pelajar Dihina Dah Settle, Rupanya Pensyarah Sendiri Bantu Dapatkan Laptop?

Rentetan tularnya satu klip video kontroversi seolah-olah memperlekeh pelajar dari keluarga berstatus B40, seorang pensyarah kontrak kini sedang disiasat oleh pihak universiti awam di Perak. Hasil maklumat terkini mendapati sesi kuliah online tersebut sebenarnya berlangsung pada semester lalu, namun ramai pihak tertanya-tanya apakah motif ia hanya dimuat naik di laman Twitter semalam. @uitm_channel Kenyataan Naib Canselor berkenaan Isu Pelajar B40 ♬ original sound - Universiti Teknologi MARA Meskipun tuan badan belum perjelaskan cerita sebenar…ramai mula henti kecam lepas tahu kisah sebaliknya  Meskipun pihak empunya badan belum tampil menjelaskan situasi sebenar, namun kemarahan netizen tanpa disangka-sangka sudah semakin reda. Walaupun kenyataan pensyarah tersebut dikecam masyarakat seluruh negara, tetapi ramai mula hormat kepadanya semula lepas mengetahui kisah sebalik video berkenaan. Ini video tahun lepas, kawan sekelas yang tularkan…dia padam akaun lepas dah jadi viral  M

'Dia tak mabuk, tak guna phone, pakai seat belt bukti dia memandu dengan penuh tanggungjawab' - Netizen buat petisyen, desak bebaskan Sam Ke Ting

Susulan keputusan Mahkamah Tinggi Johor Bharu menjatuhkan hukuman penjara enam tahun dan denda RM6,000 kerana menyebabkan kematian 8 remaja berbasikal lajak di jalan raya pada jam 3 pagi, ramai netizen menyuarakan bantahan terhadap keputusan itu. Satu petisyen juga telah diwujudkan untuk mendapatkan sokongan ramai bagi mendesak pihak berkenaan membebaskan Sam Ke Ting daripada pertuduhan memandu secara melulu sehingga menyebabkan kematian lapan remaja terbabit.  "Seperti yang dinyatakan oleh Majistret Siti Hajar Ali dalam penghakimannya pada 2019, Sam tidak berada di bawah pengaruh alkohol, tidak menggunakan telefon bimbit dan memakai tali pinggang keledar semasa memandu, membuktikan bahawa dia memandu dengan penuh tanggungjawab dan berhati-hati.  "Tetapi keadaan gelap, jalan berbukit-bukau dan berliku-liku di mana pemandu tidak dapat menjangkakan ada geng basikal lajak di jalan raya pada jam 3 pagi.  "Kami rakyat Malaysia berasa ngeri dengan hukuman yang dikenakan terhad

“Anak Speech Delay, Padan Muka” – Cikgu Ayu Mohon Maaf Ayat Guris Hati Ibu Bapa

Cikgu Ayu pada semalam sempat berkongsikan pendapatnya di TikTok ekoran isu seorang anak murid dibuang dari tadika lantaran terkencing di dalam kelas,. Beliau turut memberikan teguran secara terbuka khususnya buat sebilangan ibu bapa yang tidak menyedari tentang kepentingan mengajar anak untuk menguruskan diri sendiri sekiranya terasa hendak membuang air. Akan tetapi, kelantangan itu malah mengguris hati ramai pihak. Kalau yang faham, saya punya penerangan tu untuk parents jangan MALAS  Justeru itu, pendidik pra-sekolah ini sempat menjelaskan beliau menujukan peringatan tersebut kepada golongan ibu bapa yang bersikap malas sahaja. Kenyataan berbunyi “Anak speech delay, padan muka” pula tidak lain tidak bukan merupakan ulasan kepada perangai segelintir penjaga yang gemar membiarkan cahaya mata mereka terdedah dengan gajet secara kerap tanpa kawalan. @cikguayu_imtecer Reply to @mama.imanandikram klu yg faham i punya penerangan tu..untuk parents yg MALAS! OK. #cikguayusempoi ♬ bunyi a