Selain duit nafkah membeli barangan keperluan dapur setiap bulan, ramai suami tidak sedar bahawa jiwa isteri juga perlu diisi dengan perkara lain. Antaranya adalah baju baru, barang kemas mahupun produk skincare agar mereka tampil lebih cantik meskipun bergelar seorang suri rumah tangga sepenuh masa. Namun begitu, tidak semua orang mempunyai kemampuan untuk memanjakan bidadari mereka sendiri.
Maaf belum punya rezeki belikan skincare…Gaji cuma cukup makan
Dek kerana pendapatan harian cumalah cukup-cukup makan sahaja, faktor berkenaan membuatkan seorang suami ini diselubungi rasa bersalah kerana tidak mampu membelikan isterinya produk muka baru. Dalam video tular di bawah, dapat disaksikan wanita berkenaan gigih mengorek bekas facial cream yang jelasnya sudah kosong tiada berisi.
Terima kasih sayang faham keadaan saya
Lantas si suami yang kebetulan lalu di situ menjadi sebak lalu menangis sambil memeluk isterinya. Menerusi kaspyen yang dibuat, dia meminta maaf kerana tidak mampu selain berterima kasih kerana ‘orang rumahnya’ sangat memahami ekonomi keluarga mereka.
@ahmat.ayu #maaf ya sayang aq blm ada rizki untuk blikan kebutuhan kamu.. hasil qu hanya untuk mkn saja pas2 san... mksih sayang sdh ngertiin keadaan qu🥺🥺
♬ original sound - 123456@hmad @yu
Menjengah ke ruangan komen, netizen turut menjadi sebak kerana mereka juga pernah mengalami kesusahan hidup yang sama. Akan tetapi, semua itu diketepikan terlebih dahulu kerana apa yang penting adalah keperluan anak.
Sumber: Kisahdunia
Comments
Post a Comment