Video - Nikah Dulu Tapi Belum Hamil, Sayu Lihat Suami Cuma Mampu Main Dengan Anak Kawan Skip to main content

Video - Nikah Dulu Tapi Belum Hamil, Sayu Lihat Suami Cuma Mampu Main Dengan Anak Kawan

Tiada rezeki untuk memberikan zuriat kepada suami tercinta sememangnya antara perkara yang digeruni setiap isteri. Namun begitu, soal rezeki dan jodoh semuanya bukan dalam jangkauan kita sebagai manusia. Ada orang tidak perlu menunggu lama untuk dapatkan zuriat, tetapi segelintirnya pula terpaksa menanti hingga bertahun-tahun.

Antara 3 orang ni, kami kahwin dulu..tapi mereka yang dapat dukung anak dulu 

Menerusi perkongsian video di TikTok, Puan Nurul Atikah meluahkan rasa terbuku di hati gara-gara belum mampu menghadiahkan suaminya zuriat. Kongsinya lagi, meskipun antara couple terawal yang mendirikan rumah tangga namun dua rakan baik suaminya kini sudah pun menimang cahaya mata.


Sedih tengok suami main dengan anak kawan-kawan…semoga ada rezeki zuriat untuk kami 

Apa yang menyentuh hatinya saat melihat merakam gelagat si suami sedang bermain dengan dua anak rakan baiknya itu. Malah terpancar riak bahagia di wajah lelaki berkenaan seolah-olah dapat berkongsikan rasa sayang meskipun bukan kepada anak kandung sendiri. Pun begitu, Puan Atikah masih berharap agar suatu hari nanti diberi peluang untuk memberikan kejutan sesuatu yang bermakna.

@atikahsongket0

Semoga yang belum ada zuriat mcm kami pun dipermudahkan urusan utk dpt zuriat InshaAllah 🤲🏻✨ jgn lupa doa k 😉#wifearmy💪🏻 #fypシ #pejuangduagaris

♬ original sound - 𝔐𝔘𝔔

Jangan sedih fikir positif…semoga dipermudahkan rezeki untuk dapat zuriat sendiri 

Melihat ke ruangan komen, rata-rata netizen meluahkan rasa kagum dengan ketabahan wanita ini. Di samping itu, mereka turut mendoakan agar Puan Atikah dan suami diberikan rezeki untuk menimang cahaya mata suatu masa kelak.



Sumber:kisahdunia

Comments

Popular Article

Isu Pelajar Dihina Dah Settle, Rupanya Pensyarah Sendiri Bantu Dapatkan Laptop?

Rentetan tularnya satu klip video kontroversi seolah-olah memperlekeh pelajar dari keluarga berstatus B40, seorang pensyarah kontrak kini sedang disiasat oleh pihak universiti awam di Perak. Hasil maklumat terkini mendapati sesi kuliah online tersebut sebenarnya berlangsung pada semester lalu, namun ramai pihak tertanya-tanya apakah motif ia hanya dimuat naik di laman Twitter semalam. @uitm_channel Kenyataan Naib Canselor berkenaan Isu Pelajar B40 ♬ original sound - Universiti Teknologi MARA Meskipun tuan badan belum perjelaskan cerita sebenar…ramai mula henti kecam lepas tahu kisah sebaliknya  Meskipun pihak empunya badan belum tampil menjelaskan situasi sebenar, namun kemarahan netizen tanpa disangka-sangka sudah semakin reda. Walaupun kenyataan pensyarah tersebut dikecam masyarakat seluruh negara, tetapi ramai mula hormat kepadanya semula lepas mengetahui kisah sebalik video berkenaan. Ini video tahun lepas, kawan sekelas yang tularkan…dia padam akaun lepas dah jadi viral  M

'Dia tak mabuk, tak guna phone, pakai seat belt bukti dia memandu dengan penuh tanggungjawab' - Netizen buat petisyen, desak bebaskan Sam Ke Ting

Susulan keputusan Mahkamah Tinggi Johor Bharu menjatuhkan hukuman penjara enam tahun dan denda RM6,000 kerana menyebabkan kematian 8 remaja berbasikal lajak di jalan raya pada jam 3 pagi, ramai netizen menyuarakan bantahan terhadap keputusan itu. Satu petisyen juga telah diwujudkan untuk mendapatkan sokongan ramai bagi mendesak pihak berkenaan membebaskan Sam Ke Ting daripada pertuduhan memandu secara melulu sehingga menyebabkan kematian lapan remaja terbabit.  "Seperti yang dinyatakan oleh Majistret Siti Hajar Ali dalam penghakimannya pada 2019, Sam tidak berada di bawah pengaruh alkohol, tidak menggunakan telefon bimbit dan memakai tali pinggang keledar semasa memandu, membuktikan bahawa dia memandu dengan penuh tanggungjawab dan berhati-hati.  "Tetapi keadaan gelap, jalan berbukit-bukau dan berliku-liku di mana pemandu tidak dapat menjangkakan ada geng basikal lajak di jalan raya pada jam 3 pagi.  "Kami rakyat Malaysia berasa ngeri dengan hukuman yang dikenakan terhad

“Anak Speech Delay, Padan Muka” – Cikgu Ayu Mohon Maaf Ayat Guris Hati Ibu Bapa

Cikgu Ayu pada semalam sempat berkongsikan pendapatnya di TikTok ekoran isu seorang anak murid dibuang dari tadika lantaran terkencing di dalam kelas,. Beliau turut memberikan teguran secara terbuka khususnya buat sebilangan ibu bapa yang tidak menyedari tentang kepentingan mengajar anak untuk menguruskan diri sendiri sekiranya terasa hendak membuang air. Akan tetapi, kelantangan itu malah mengguris hati ramai pihak. Kalau yang faham, saya punya penerangan tu untuk parents jangan MALAS  Justeru itu, pendidik pra-sekolah ini sempat menjelaskan beliau menujukan peringatan tersebut kepada golongan ibu bapa yang bersikap malas sahaja. Kenyataan berbunyi “Anak speech delay, padan muka” pula tidak lain tidak bukan merupakan ulasan kepada perangai segelintir penjaga yang gemar membiarkan cahaya mata mereka terdedah dengan gajet secara kerap tanpa kawalan. @cikguayu_imtecer Reply to @mama.imanandikram klu yg faham i punya penerangan tu..untuk parents yg MALAS! OK. #cikguayusempoi ♬ bunyi a