Walaupun kehadiran suami sangat bererti ketika melahirkan anak, namun apakan daya banyak peraturan ketat perlu dipatuhi memandangkan negara kini masih diuji wabak COVID-19. Justeru, tak dinafikan ramai isteri terpaksa bersendirian dalam bilik bersalin.
Hantar isteri sarat hamil nak bersalin…tapi suami tak dibenarkan masuk
Memandangkan ada petanda mahu bersalin, lelaki yang dikenali sebagai Muhd Alfie ini menghantar isterinya ke sebuah pusat rawatan. Walaupun Nor Shafina dilihat gembira bakal menimang cahaya mata, namun suaminya luahkan sebak kerana tidak dibenarkan menemani isteri susulan SOP yang dah ditetapkan. Malah bekalan makanan dan pakaian juga hanya diberi sehingga depan pintu saja.
Cuma dapat video call sekejap je…isteri dah masuk labour room tapi masih tak ada khabar berita
Gara-gara duduk sendirian, isterinya malah mengalirkan air mata semasa lakukan video call. Setelah seharian menanggung keperitan, dia akhirnya dibawa masuk ke labour room. Memandangkan dia hanya mampu tunggu dari luar sahaja, Muhd Alfie berharap agar wanita tersebut serta anak mereka dalam keadaan baik.
@alfieshah Semoga dipermudahkan segala urusan awak ☺️
♬ колыбельная - Rauf & Faik
Doa banyak moga baby dan anak awak selamat…nak dekat due ni takut pula tengok
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen sebak melihat keadaan suami isteri yang terpaksa berpisah ketika menyambut detik kelahiran tersebut. Bukan itu sahaja, mereka turut berkongsi pengalaman sama sepanjang musim PKP ini.
sumber: viralnewsupdates
Comments
Post a Comment