[VIDEO] “Tak lepas memotong bertembung treler..” Empat Sekeluarga Maut Pulang Dari Kenduri Kahwin Skip to main content

[VIDEO] “Tak lepas memotong bertembung treler..” Empat Sekeluarga Maut Pulang Dari Kenduri Kahwin

Empat sekeluarga termasuk dua kanak-kanak yang maut selepas terlibat dalam kemalangan di Kilometer 4, Jalan Bentong-Raub, awal pagi tadi sedang dalam perjalanan pulang ke Morib, Selangor selepas menghadiri kenduri kahwin di Kota Bharu, Kelantan.

Menerusi laporan Bernama, Marlina Abdul Muid, 34, yang kehilangan anak lelakinya Muhammad Aisy Harraz Aziz, 7, tidak pernah terlintas akan turut kehilangan dua kakaknya Marlianna, 37, dan Marlia, 36, secara serentak dalam kemalangan pada awal pagi tadi.

Menurutnya, mereka bergerak pulang ke Morib secara berkonvoi dengan tiga kereta, selepas menghadiri majlis perkahwinan adik lelakinya. Turut maut anak saudara Marlina, Muhammad Faizz Aryan Mohd Faizuddin, 9, yang juga merupakan anak Allahyarham Marlia.

“Masa bersiap sebelum bergerak, semuanya elok saja…anak saya memang rapat dengan dua ibu saudaranya, sebab itu mereka naik kereta bersama-sama,” katanya kepada Bernama ketika ditemui di Pusat Forensik Hospital Bentong, di sini hari ini.

Marlina yang merupakan anak ketiga daripada enam beradik berkata, lebih menyayat hati apabila kemalangan itu berlaku di hadapan mata ibu mereka yang menaiki kereta lain bersama-sama adik lelakinya.

“Masa kejadian kereta saya sudah di hadapan manakala kereta mangsa di belakang…ketika dalam perjalanan adik lelaki yang memandu di belakang kereta kakak telefon dan beritahu kakak terlibat dalam kemalangan.

“Kami berpatah balik dan sejurus tiba, anggota bomba berada di tempat kejadian bagi membantu mengeluarkan mereka,” katanya menambah kesemua mangsa akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam di Morib, Selangor.

Dalam kejadian kira-kira 4.10 pagi itu, Marlianna yang juga pemandu Perodua Myvi dan Marlia maut di tempat kejadian manakala Muhammad Aisy Harraz dan sepupunya Muhammad Faizz Aryan, disahkan meninggal dunia pada 6.30 pagi, selepas menerima rawatan di Hospital Bentong.

ﺇِﻧَّﺎ ﻟِﻠّﻪِ ﻭَﺇِﻧَّـﺎ ﺇِﻟَﻴْﻪِ ﺭَﺍﺟِﻌﻮﻥ Salam Takziah buat Pn. Zabaidah Talib sekeluarga... Al-Fatihah...

Posted by Cengkirmuda Muda on Sunday, March 28, 2021

Kemalangan dipercayai berlaku apabila kereta dipandu Marlianna cuba memotong sebuah kereta di hadapannya, namun tidak berjaya sebelum bertembung dengan treler yang membawa muatan kereta dari arah bertentangan.

Walau gaimanapun pemandu treler yang berusia 42 tahun itu tidak mengalami sebarang kecederaan walaupun bahagian hadapan trelernya itu turut rosak.

Comments

Popular Article

“Bawa Awak Ke Sini” -Ada Suara Dalam Video Tangmo, Manager Sempat Tukar Baju

Satu persatu klu atau petunjuk baru muncul bagi membongkarkan rahsia di sebalik pemergian pelakon terkenal Thailand, Tangmo Nida Patcharaveerapong. Sehingga ke hari ini, ibu kepada mendiang masih lagi yakin wujudnya unsur-unsur jenayah sekaligus menolak kenyataan rakan-rakan yang mendakwa artis tersebut tergelincir ketika ingin membuang air kecil. Netizen jumpa petunjuk baru, ada dengar suara pelik dalam video Nida  Justeru itu, ramai netizen tampil melakukan penyiasatan sendiri berbekalkan beberapa rakaman CCTV serta bukti yang sempat tular di media sosial. Terdahulu, satu video sewaktu Nida sedang minum di atas bot berkenaan telah dikeluarkan. Walau bagaimanapun, ramai mendakwa terdengar satu suara yang agak pelik setelah menggunakan satu software bagi mengurangkan bunyi muzik latar @eveapissaya พี่โมสวยมาก สวยเหมือนนางฟ้าเลย 🤍 คลิปสุดท้าย.. #แตงโม #แตงโมนิดา ♬ เสียงต้นฉบับ - Eve Apissaya Suara garang sebut bawa awak ke sini 2 kali…Polis akan siasat lebih lanjut  Hasilnya,

Pagi Baru Saja Beli Pregnancy Test, Wanita Terkejut Malam Terus Lahirkan Anak

Anak adalah anugerah yang paling terindah buat setiap ibu bapa. Walau bagaimanapun, di luar sana ramai sekali pasangan yang belum dikurniakan rezeki menimang zuriat sendiri. Malah ada yang sudah berusaha melakukan segala cara selama bertahun-tahun. Anugerah terindah di akhir tahun yang tak disangka-sangka  Samalah juga dengan situasi yang dialami sepasang suami isteri ini apabila masih lagi belum mempunyai anak meskipun sudah menikah selama 10 tahun. Namun kisah seterusnya cukup luar biasa apabila wanita berkenaan hanya sedar tentang kehamilannya ketika kandungan sudah pun mencecah 9 bulan. @raangju.l anugerah terindah diakhir tahun yg ga disangka²🥺😇makasih buat @bidanzulfa sudah membantu persalinanku# masyaallahtabarakallah❤️🥰 # pejuanggarisdua ♬ original sound - Elita Kurnia Pagi beli pregnancy test, petang rasa perut memulas dan malam terus melahirkan  Menerusi satu video di TikTok Bidan Zulfa, terdahulu kliennya itu sempat membeli satu pregnancy test pada awal pagi dan

Hari-Hari Netizen Malaysia Minta Update Tangmo, Akak Siam Gigih Jadi Translator

Meskipun berlaku di Thailand, namun kisah pemergian pelakon terkenal Tangmo Nida Patcharaveerapong ini turut mendapat perhatian yang sangat besar di Malaysia. Mana taknya, kejadian yang disangkakan cumalah insiden malah bertukar menjadi satu penglibatan jenayah serta kecuaian melibatkan rakan-rakannya sendiri. Ramai pulak netizen Malaysia tunggu update baru tentang kisah Tangmo  Boleh dikatakan hampir kesemua video di TikTok mengenai perkembangan terbaru kisah menyayat hati tersebut menerima komen daripada rakyat Malaysia. Namun rata-rata mengharapkan ada subtitle supaya dapat memahami dengan lebih baik apakah sebenarnya yang terjadi. Lebih-lebih lagi bahasa Thailand sememangnya terkenal dengan keunikan tulisannya dan bukan mudah untuk dibaca. @tubtimcho โรเบิร์ต กระติก #แตงโมนิดา #แตงโม #โหนกระแส #แตงโมภัทรธิดา #หอนกระแส #แตงโมตกเรือ ♬ Ei Yang Wa - Boom Boom Cash Abang dan adik Tangmo nak fight…Mak Tangmo gila harta  Walau bagaimanapun, kini mereka semua sudah mampu menari