Pasangan suami isteri pasti mempunyai masalah tersendiri. Malah, perselisihan faham adalah antara perkara yang sering berlaku dalam rumah tangga.
Sekiranya tidak dibendung, lambat laun ia boleh menjadi satu konflik besar sehingga boleh memusnahkan hubungan baik antara pasangan.
Begitulah yang terjadi kepada seorang wanita malang di India yang dikenali dengan nama Ayesha Banu Makrani ini. Difahamkan lagi, wanita berusia 23 tahun itu telah mendirikan rumah tangga bersama suami, Aarif Khan Garuji pada Julai 2018 tahun lalu.
Tak puas hati, nilai mas kahwin sedikit
Namun, baru sahaja dua bulan menjengah ke alam perkahwinan, Ayesha dipukul dan didera oleh suami dan keluarga mentua atas alasan nilai mas kahwin yang diberi kepada suami sangat sedikit.
Tidak tahan diseksa, Ayesha nekad melarikan diri dari rumah untuk tinggal di rumah bapa kandungnya, pada Disember 2018. Bagaimanapun, ketua kampung memujuk dan meminta Ayesha pulang ke pangkuan suami.
Tak tahan didera, Ayesha nekad bunuh diri
Akhirnya, setelah sekian lama memendam rasa diseksa dan hidup merana, Ayesha tidak mampu bertahan selepas membuat keputusan untuk membunuh diri.
Pada 25 Februari 2021, sebelum melompat ke dalam sungai Ayesha merakam satu video terakhir dan dihantar kepada suami dan keluarganya.
Menerusi video berkenaan, Ayesha meluahkan segala perasaan yang terbuku dalam hatinya selama ini. Walaupun sering didera, tetapi Ayesha mengakui perasaan cintanya terhadap suami tidak akan pernah berubah.
“Hello, Assalamualaikum. Nama saya Ayesha Arif Khan. Apa yang saya lakukan sekarang, saya lakukan tanpa paksaan. Apa yang ingin saya katakan sekarang, Tuhan memberikan saya hidup hanya setakat ini dan hidup yang singkat ini sangat aman.
“Saya mencintai Aarif (suami). Kalau dia mahukan kebebasan, saya akan biarkan dia bebas. Apa pun, hidup saya berakhir di sini. Saya gembira dapat berjumpa Allah,” luahnya sayu.
Berikutan itu, pihak keluarga Ayesha terus menghubungi pihak polis. Malangnya, mereka terlambat dan Ayesha tidak sempat diselamatkan akibat lemas.
Suami ‘suruh mati’ & rakam video
Apa yang lebih mengejutkan adalah sebelum kejadian terbabit, Ayesha sempat berhubung dengan suaminya melalui telefon.
Menerusi rakaman percakapan selama 70 minit tersebut, pihak polis membongkar suaminya mencabar Ayesha dengan mengatakan, “Pergi mati dan hantar video kematian kau”.
Tulis surat untuk suami
Bukan itu sahaja, dua minggu selepas kematian Ayesha, peguamnya iaitu Zafar Pathan mendedahkan satu surat yang ditulis tangan oleh mangsa ditujukan khas buat suaminya.
Dalam surat itu, Ayesha memberitahu bahawa dia telah dikurung dalam bilik selama empat hari oleh suaminya tanpa diberi makan.
Layanan buruk Arif terhadap dirinya turut menyebabkan anak dalam kandungannya meninggal dunia.
“Waktu saya mengandung, awak tak pernah jaga saya. Sebaliknya, awak rosakkan saya (pukul dan sebagainya). Sebab itulah saya kehilangan Aaru (bayi dalam kandungan). Sekarang saya tidak mahu hidup,” tulisnya.
Dalam pada itu, Ayesha juga memaklumkan dia tahu suaminya menjalinkan hubungan cinta dengan wanita lain. Perkara itu membuatkan Ayesha berasa sangat kecewa justeru itu nekad untuk menamatkan riwayat hidupnya.
Menurut India.com, kes kematian Ayesha masih dalam siasatan dan pihak polis sedang mengumpul bukti bagi tindakan selanjutnya.
Tonton video penuh:
Sumber: borakdaily
Comments
Post a Comment