Tidak dinafikan apabila ramai masyarakat telah mula berjinak-jinak menggunakan laman media sosial mereka sebagai platform untuk berkongsikan kehidupan seharian.
Ada yang tidak henti-henti memuat naik story di laman Instagram, malah ada juga yang lebih cenderung untuk mengupload pelbagai status di laman Twitter dan Facebook.
Perkara ini dapat digambarkan menerusi sebuah video yang dimuat naik oleh satu akaun di laman Twitter iaitu milik @najihahshahrel apabila dia baru sahaja ingin berkongsikan tentang satu aiskrim terbaru di akaunnya.
Akan tetapi, lain pula yang berlaku apabila aiskrim berkenaan telah pun tertumpah dek kerana mencair sebelum sempat gadis itu menikmati aiskrim tersebut.
Keadaan bertambah lucu apabila terdapat seorang lelaki yang telah meninggalkan komen dengan nada jenaka. “Bila orang luar tanya betul ke Malaysia tengah panas bole tunjuk video ni”, katanya.
Jelas sekali bahawa cuaca yang panas telah memberi impak sehinggakan aiskrim yang baru dibeli telah pun mencair sebelum sempat dimakan.
“Tenang is good…”
The definition of “tenang is good” https://t.co/sVlilOY1Kt
— 𝕹𝖆𝖟 (@nazhfeez_) March 9, 2021
“Beritahu saya Malaysia panas tanpa…”
Tell me Malaysia's hot without telling me Malaysia's hot. https://t.co/RNcVAhBL3n
— Rayquazan (@Zanisme_) March 9, 2021
Kesian gila 😭😭 https://t.co/hIj1bknGS7
— saufiiman_ (@saufiiman1) March 9, 2021
“Punya lah panas…”
punya lah panas, masuk kereta terus tak nampaj ice cream. https://t.co/7R0aC0MxWI
— mimi (@abrazolam) March 10, 2021
Sumber: himpunanceritalawak
Comments
Post a Comment