Laman media sosial digemparkan dengan berita mengenai seorang wanita yang ditemukan dalam keadaan lehernya dijerut di sebuah rumah Taman Bangi, Jalan Reko pagi tadi.
Menurut laporan Harian Metro, pihak polis mengesahkan mayat tersebut ialah Nik Khatijah Nik Mud berusia dalam lingkungan 30-an
Wanita ditemui mati dengan leher terjerut PETALING JAYA – Seorang wanita tempatan ditemui mati dengan leher terjerut di...
Posted by Info Roadblock JPJ/POLIS on Monday, March 8, 2021
Pemergian Allahyarham yang juga Pengurus Jabatan Advokasi badan bukan kerajaan (NGO) Pertubuhan Ikram Malaysia (Ikram) itu mengejutkan ahli keluarga dan sahabat handai.
Menerusi beberapa posting di laman Facebook, kenalan arwah memuat naik posting dedikasi mendoakan agar roh arwah dicucuri rahmat dan ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman.
Sahabat saya telah meninggal dunia
Inna Lillahi wa inna ilaihi wa rajiun Untuk makluman, sahabat saya Nik Khatijah telah meninggalkan dunia. Jenazah...
Posted by Mohd Fadhli on Sunday, March 7, 2021
Rata-rata menyifatkan arwah Nik Khatijah sangat berdedikasi dan bertanggungjawab dalam melakukan kerja selain meminta pihak berkuasa menyiasat sekiranya motif kejadian mempunyai unsur khianat.
Turut bersedih & berdukacita
إنا لله وانا اليه راجعون Turut bersedih dan berdukacita. Salam Takziah buat keluarga almarhumah ukhti Nik Khatijah Nik...
Posted by Nor Hafizah Daud on Sunday, March 7, 2021
Tergamam bila dapat tahu
إنا لله وَإِنَّا إليه راجعون Untuk makluman, Nik Khatijah Nik Mud telah meninggalkan kita. Jenazah beliau ditemui di...
Posted by Nasihah Layyinah on Sunday, March 7, 2021
Selamat berbahagia di dalam jagaan Allah
Selamat jalan Nik. Alang x sangka ada gambar Nik kat poster hitam putih macam ni.... Ramadhan pun sikit je lagi Nik......
Posted by Atikah Mohd Hatta on Monday, March 8, 2021
Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Mohd Zaid Hassan berkata, hasil pemeriksaan awal pada mayat mendapati terdapat kesan jerut pada bahagian leher.
Tambah beliau, mayat dipercayai mati lebih daripada 24 jam sebelum ditemukan oleh seorang lelaki yang menghubungi panggilan MERS 999.
Sumber:Ohmymedia
Comments
Post a comment