Zed Zaidi cadang artis diberi vaksin awal, banyak dapat aduan sakit ‘swab test’ Skip to main content

Zed Zaidi cadang artis diberi vaksin awal, banyak dapat aduan sakit ‘swab test’

MENERIMA banyak aduan daripada penggiat seni tentang kekerapan melakukan ujian calitan untuk setiap projek kerja menyebabkan Persatuan Seniman Malaysia (Seniman) tergerak untuk mencadangkan agar kerajaan mempertimbangkan suntikan vaksin diberikan terlebih dahulu kepada golongan selebriti.
Presidennya, Zed Zaidi atau nama sebenarnya, Rozaidi Jamil, 41, berkata kerajaan sepatutnya ‘mempergunakan’ pengaruh besar dan meluas yang dimiliki oleh anak seni untuk menyebar luaskan pengetahuan serta kebaikan vaksin Covid-19.
“Kalau kita perhatikan banyak negara luar memanfaatkan dan menggunakan pengaruh golongan selebriti untuk membantu dalam memberitahu kebaikan pengambilan vaksin kepada rakyat mereka.
“Kerajaan juga perlu melakukan perkara yang sama di sini. Seniman bersedia bekerjasama dengan kerajaan bagi menjadi frontliner untuk membantu daripada sudut kempen vaksinasi Covid-19 melalui media sosial para selebriti tersebut. Kalau kerajaan tak gunakan pengaruh yang ada pada artis, rugilah.
“Kita ambil contoh paling dekat, seperti di Indonesia, mereka melantik selebriti sebagai ikon dan individu yang terawal untuk terima vaksin. Ia dilakukan agar dapat meyakinkan rakyat mereka bahawa vaksin itu selamat selain dapat menolak gerakan anti vaksin yang turut dilaungkan beberapa selebriti sebelum ini,” katanya kepada mStar.
Zed ditemui pada majlis sidang media Survival Pandemik Anak Seni yang berlangsung di Pusat Pelancongan Malaysia (Matic), Jalan Ampang, Kuala Lumpur pada Rabu.
Selain itu, Zed juga memohon kerajaan mempertimbangkan kekerapan ujian calitan yang terpaksa dilakukan golongan selebriti setiap kali memulakan sesebuah projek baharu.
Dia berharap prosedur operasi standard (SOP) bagi tujuan itu dilonggarkan bagi meringankan beban mereka untuk terus berkarya.
“Seniman banyak dapat aduan daripada artis lebih-lebih daripada pelakon yang mana mereka perlu melakukan banyak kali swab test. Bila dia ada banyak job, kena buat swab test banyak kali.
“Kami harap kerajaan dapat kurangkan SOP bagi meringankan beban mereka untuk berkarya. Ada yang sampai kata dah fed up nak buat swab test banyak kali, dahlah sekarang susah untuk mereka dapat job.
“Kalau dah dapat vaksin, tak perlulah mereka banyak kali buat swab test setiap kali dapat offer kerja. Dari situ dah dapat jimat kos… ingat tak sakit hidung kena cucuk banyak kali?” katanya.
Sementara itu dalam perkembangan, Zed berkata Seniman kini mensasarkan 100 anak seni sebagai perantis pertama program Survival Pandemik Anak Seni yang mendapat kerjasama produk kesihatan VML.
Program itu, katanya adalah salah satu usaha serta sokongan Seniman untuk membantu anak seni yang terjejas dari sudut pendapatan dalam kelangsungan hidup melalui perniagaan.
“Kami sedar tidak semua anak seni mampu untuk memulakan perniagaan kerana memerlukan modal yang besar, menerusi usaha sama ini, mereka bukan saja mendapat bimbingan malah juga latihan asas modul perniagaan serta bantuan dari sudut promosi supaya dapat menjana ekonomi anak seni untuk bergelar ahli perniagaan,” katanya.

Sumber : MstarOnline

Comments

Popular Article

“Bawa Awak Ke Sini” -Ada Suara Dalam Video Tangmo, Manager Sempat Tukar Baju

Satu persatu klu atau petunjuk baru muncul bagi membongkarkan rahsia di sebalik pemergian pelakon terkenal Thailand, Tangmo Nida Patcharaveerapong. Sehingga ke hari ini, ibu kepada mendiang masih lagi yakin wujudnya unsur-unsur jenayah sekaligus menolak kenyataan rakan-rakan yang mendakwa artis tersebut tergelincir ketika ingin membuang air kecil. Netizen jumpa petunjuk baru, ada dengar suara pelik dalam video Nida  Justeru itu, ramai netizen tampil melakukan penyiasatan sendiri berbekalkan beberapa rakaman CCTV serta bukti yang sempat tular di media sosial. Terdahulu, satu video sewaktu Nida sedang minum di atas bot berkenaan telah dikeluarkan. Walau bagaimanapun, ramai mendakwa terdengar satu suara yang agak pelik setelah menggunakan satu software bagi mengurangkan bunyi muzik latar @eveapissaya พี่โมสวยมาก สวยเหมือนนางฟ้าเลย 🤍 คลิปสุดท้าย.. #แตงโม #แตงโมนิดา ♬ เสียงต้นฉบับ - Eve Apissaya Suara garang sebut bawa awak ke sini 2 kali…Polis akan siasat lebih lanjut  Hasilnya,

Pagi Baru Saja Beli Pregnancy Test, Wanita Terkejut Malam Terus Lahirkan Anak

Anak adalah anugerah yang paling terindah buat setiap ibu bapa. Walau bagaimanapun, di luar sana ramai sekali pasangan yang belum dikurniakan rezeki menimang zuriat sendiri. Malah ada yang sudah berusaha melakukan segala cara selama bertahun-tahun. Anugerah terindah di akhir tahun yang tak disangka-sangka  Samalah juga dengan situasi yang dialami sepasang suami isteri ini apabila masih lagi belum mempunyai anak meskipun sudah menikah selama 10 tahun. Namun kisah seterusnya cukup luar biasa apabila wanita berkenaan hanya sedar tentang kehamilannya ketika kandungan sudah pun mencecah 9 bulan. @raangju.l anugerah terindah diakhir tahun yg ga disangka²🥺😇makasih buat @bidanzulfa sudah membantu persalinanku# masyaallahtabarakallah❤️🥰 # pejuanggarisdua ♬ original sound - Elita Kurnia Pagi beli pregnancy test, petang rasa perut memulas dan malam terus melahirkan  Menerusi satu video di TikTok Bidan Zulfa, terdahulu kliennya itu sempat membeli satu pregnancy test pada awal pagi dan

Hari-Hari Netizen Malaysia Minta Update Tangmo, Akak Siam Gigih Jadi Translator

Meskipun berlaku di Thailand, namun kisah pemergian pelakon terkenal Tangmo Nida Patcharaveerapong ini turut mendapat perhatian yang sangat besar di Malaysia. Mana taknya, kejadian yang disangkakan cumalah insiden malah bertukar menjadi satu penglibatan jenayah serta kecuaian melibatkan rakan-rakannya sendiri. Ramai pulak netizen Malaysia tunggu update baru tentang kisah Tangmo  Boleh dikatakan hampir kesemua video di TikTok mengenai perkembangan terbaru kisah menyayat hati tersebut menerima komen daripada rakyat Malaysia. Namun rata-rata mengharapkan ada subtitle supaya dapat memahami dengan lebih baik apakah sebenarnya yang terjadi. Lebih-lebih lagi bahasa Thailand sememangnya terkenal dengan keunikan tulisannya dan bukan mudah untuk dibaca. @tubtimcho โรเบิร์ต กระติก #แตงโมนิดา #แตงโม #โหนกระแส #แตงโมภัทรธิดา #หอนกระแส #แตงโมตกเรือ ♬ Ei Yang Wa - Boom Boom Cash Abang dan adik Tangmo nak fight…Mak Tangmo gila harta  Walau bagaimanapun, kini mereka semua sudah mampu menari