Omza Malaysia Skip to main content

Posts

Showing posts from April, 2021

Video - Terbaring Sakit Akibat Strok, Pensyarah Usaha Mengajar ‘Online’ Buat Pelajar Terharu

Terlantar sakit bukan alasan untuk tidak berbuat apa-apa, sebaliknya seorang pensyarah di salah sebuah kampus di Bandung, Indonesia ini tetap berusaha sedaya upaya melakukan sesi pembelajaran dalam talian untuk para pelajar. Memetik laporan Tribun News, seorang pelajar @balqueen.id atau Balqis memuat naik sebuah video di TikTok memaparkan keadaan seorang pensyarah Aceng Muhtaram yang terbaring sambil mengajar selepas tidak dapat hadir ke kelas akibat diserang strok. Menurut Balqis, dia bersyukur masih dapat menatap wajah pensyarah tersebut walaupun secara ‘online’ dimana sedikit sebanyak membantu proses pembelajaran dalam subjek Administrasi Pendidikan. @balqueen.id lekas sembuh ya pak🤲😭 #WeDOIndonesia #YWY3WeRockTheWorld #fypシ #RangkaiKebaikan #mahasiswa ♬ Doa Untuk Kamu - Aviwkila “Biasanya tiap minggu bapak (pensyarah) masuk kelas, tapi kami baru tahu mengenai khabarnya yang diserang penyakit strok. Alhamdulillah, masih boleh belajar online walaupun tak habis sampai pen

'Selalu kacau bini orang, siap ajak bersetubuh' - Warga asing mati dibunuh dengan tombak sawit

Padah selalu menganggu isteri orang sehingga berani mengajak bersetubuh menyebabkan seorang lelaki warga Indonesia dibunuh oleh rakan senegaranya dalam kejadian di Kampung Siang Siang Laut, Lawas, Sarawak.  Ketua Polis Daerah Lawas, DSP Roslan Leman berkata, mayat mangsa, Imran, 40-an, ditemui terapung di dalam parit ladang sawit pada Rabu, oleh orang ramai.  Ketika ditemui pada jam 9.30 pagi, mayat mangsa tidak berbaju dan hanya memakai seluar jeans berwarna hitam dan dibaluti dengna kanvas.  Pemeriksaan pada mayat mangsa mendapati, ada beberapa kesan kecederaan di bahagian kepala iaitu kesan tetakan, selain kecederaan di bahagian belakang badan dan lutut kiri. Susulan penemuan mayat itu, polis telah menahan seorang suspek berbangsa Bugis berusia 32 tahun (warga Indonesia) pada jam 12.10 tengah hari di sebuah kuarters Ladang Trusan pada hari yang sama.  Suspek mengaku bergaduh dengan mangsa pada Isnin lalu kerana mangsa kerap mengganggu isterinya termasuk mengajak isterinya melakukan

Frontliner Sayu Kematian Ibu Tercinta, Dah Merayu Tetap Susah Rentas Negeri

Setiap rakyat pasti peka akan isu larangan merentas negeri ini, namun masih ada golongan yang selfish mengambil kesempatan terhadap kebenaran diberikan. Sikap mereka ini telah membuatkan yang lain turut terpalit sehinggakan pelepasan bagi urusan kecemasan menjadi sangat rumit. Terkilan tak dapat rentas negeri…nak hantar mak pergi check-up, tapi tak dilayan  Perkongsian Puan Lina Kamarudian menjadi tular dia mana dia meluahkan rasa terkilan gara-gara tidak dapat merentas negeri meskipun mempunyai urusan mustahak. Menurutnya, dia bersama suami hadir ke balai bagi meminta kebenaran balik untuk menghantar mak ke pusat kesihatan. Namun disebabkan tidak ada bukti yang kukuh berupa surat doktor, permohonannya terus tidak dilayan. Dah dapat slip pengesahan pihak pusat rawatan…nak bukti sijil kematian pula  Tambahnya lagi, dikhabarkan bahawa warga emas tersebut collapse dan berada di unit kecemasan. Susulan itu, slip pengesahan daripada pihak pusat rawatan turut dikeluarkan. Keadaan semakin teg

Suami Marah Kena Tolong Hantar Isteri Checkup Hamil-“Hal Kecik Pun Suh Teman”

Pemeriksaan antenatal perlu dijalankan secara berkala agar ibu-ibu hamil tahu mengenai perkembangan janin mereka dari semasa ke semasa. Biasanya ketika ini, mungkin wanita larat saja pergi seorang diri ke pusat kesihatan. Namun sekiranya ada masa, tidak salah untuk para suami menemani dan pastiya isteri anda bakal senyum sampai ke telinga. Hal kecik pun nak suruh teman…Buang masa aku je kau ni  Pun begitu bagi seorang wanita ini, dia seakan-akan makan hati apabila suaminya menganggap pergi menemankannya ke pusat rawatan untuk memeriksa bayi mereka ibarat mengada-ngada sahaja. Pertengkaran itu didengari oleh Cik Miho lalu dikongsikan semula ke Facebook. Lelaki terbabit malah menyifatkan semua itu sebagai membuang masa walhal isterinya boleh pergi sendiri tanpa berteman Mengandung ni bukan senang…Emosi isteri mudah terganggu  Mendengar rungutan kasar si suami yang memarahinya, wanita berkenaan gagal menahan air mata. Oleh yang demikian, pemilik Facebook itu memberikan pesanan bahawa sesu

[VIDEO] Budak 7 Tahun Disahkan Koma Selepas Dicampak 27 Kali Semasa Latihan Judo

Salah satu cara untuk meningkatkan tahap kesihatan rohani dan jasmani anak-anak adalah dengan menghantar mereka ke pusat latihan seni bela diri. Namun, pemilihan pusat latihan seni bela diri sangant penting kerana takut tersalah pilih berkemungkinan salah pula cara guru yang mengajarnya dan boleh merisikokan nyawa anak-anak. Seperti yang berlaku baru-baru ini di Taiwan, seorang kanak-kanak berusia 7 tahun dilaporkan koma selepas 27 kali dicampak oleh jurulatih serta dua orang budak lelaki semasa berlatih seni bela diri Judo di studio. Difahamkan, kanak-kanak yang bernama Huang itu pada awalnya dilaporkan kurang sihat. Lantaran itu, bapa saudara Huang meminta jurulatih Judo (berusia 68 tahun) supaya tidak ‘menderaa’ Huang semasa berlatih Judo. Katanya, jurulatih tidak peduli mengenai kesihatan Huang dan dia disuruh berlatih seperti biasa. Tubuh dijadikan alat Huang kemudiannya tidak diajar untuk mempelajari teknik pergerakan Judo, sebaliknya jurulatih tersebut menjadikan tubuhnya sebaga

“Berhenti la siasat, semua harta hasil 16 tahun berniaga..” – Isteri abang burger

Peniaga burger, Wan Mohd. Faisal Wan Kadir meminta orang ramai berhenti ‘menyiasat’ hal peribadinya selepas tular beberapa posting di media sosial mengenai dirinya yang didakwa menjalani kehidupan mewah. Menerusi laporan Sinar Harian, isterinya Norlaili Shafii berkata, pendedahan foto warganet seperti rumah dan kereta jenis Honda Civic adalah hasil kerja keras mereka sejak 16 tahun menjalani perniagaan. “Rumah ini hutang dengan adik-beradik dan mertua lebih RM16,000 belum terbayar, mujur adik memahami. Saya jual barang kemas untuk bina rumah ini, 306 meter persegi, tiga bilik saja pun. “Mungkin binaan dari luar kelihatan seperti banglo mewah. Kereta beli tahun 2018, bukan hak saya, hak bank, masih hutang. ALLAH Maha Besar, saya sudah tidak mampu jelaskan satu persatu, cukup-cukuplah tu, katanya. Selain gambar tersebut, wanita berusia 37 tahun itu turut menjelaskan foto memaparkan suaminya yang menikmati steak serta resit bayaran mencecah lebih RM900 yang dirakam pada tahun lalu. “Adik

Dah Lampir Surat Doktor Tapi Gagal Rentas Negeri, Gadis Terkilan Pemergian Ayah

Semenjak tercetusnya beberapa isu salah guna kebenaran merentas negeri, pihak polis telah pun mengetatkan syarat dengan hanya meluluskan pelepasan bagi urusan kematian, kecemasan serta pasangan PJJ. Pun begitu, masih ada yang sukar untuk mendapatkannya walaupun keadaan sudah mendesak. Abah call minta tolong bawa pergi rawatan betulkan tapak dialisis…Jadi pergilah nak mohon rentas  Semalam, saudari Aida Najwa baru sahaja berkongsi ceritanya sendiri yang pernah cuba untuk memohon kebenaran rentas negeri gara-gara si ayah yang bernama Nasir Nordin tidak sihat di kampung. Waktu itu, lelaki tersebut meminta tolong untuk membawanya ke pusat perubatan bagi mendapatkan rawatan dialisis Dah bagi sebanyak mungkin dokumen untuk buktikan ayah tak sihat…Tapi pihak polis tak bagi  Memandangkan saudara yang lain kebetulan ada hal manakala adiknya pula tidak mempunyai lesen, jadi sudah tiada cara lain. Akan tetapi, percubaan Aida untuk minta kebenaran di balai polis gagal apabila pihak berkenaan menda

“Bayangkan usia dua tahun kena puasa berbelas jam” - Ibu akui lemah tengok anak hidap leukemia, si kecil tanggung derita lebih kuat berbanding dirinya

IBU mana yang sanggup melihat anaknya menanggung penderitaan yang bukan calang-calang pada usia yang masih kecil. Melihat tubuh yang terlantar di atas katil dengan pelbagai prosedur rawatan sehingga berbulan lamanya, membuatkan hati wanita ini sebak mengenangkan kesakitan yang tidak mampu diungkap si kecil. Menurut Athira Azmi, episod sedih yang menyelubungi keluarga kecilnya bermula pada Februari tahun lalu selepas anak tunggalnya, Alnaira Ikhwan Aliff disahkan menghidap 'Acute Lymphoblastic Leukemia'. "Beberapa bulan sebelum itu iaitu sekitar November 2019, Naira kerap diserang demam. Selalu sangat demam dan saya banyak kali ambil cuti masa dia tak sihat. "Januari 2020, Naira turut terkena jangkitan Influenza A. Dia masih demam, kemudian tak sampai seminggu pulih, dia demam semula. Saya fikir sebab Influenza A. Ada satu ketika, suhu badannya sangat panas. "Kami ke klinik dan bila doktor periksa, doktor kesan darahnya tak normal lalu dirujuk ke hospital. Di hosp

'Kalau dah seksi sangat, saya pun teringin nak r***l' - Remaja tuntut permohonan maaf dari netizen termasuk guru yang dikesan muat naik komen lucah

Remaja perempuan yang mendedahkan mengenai guru lelaki membuat gurauan lucah berhubung gangguan seksual ketika mengajar subjek Pendidikan Jasmani dan Kesihatan (PJK), Ain Husniza Saiful Nizam, meluahkan rasa kesal dan menuntut permohonan dari netizen yang memuat naik komen berbaur lucah, penghinaan dan body shaming terhadapnya di media sosial.  Antara komen yang dimuat naik netizen, "16 tahun macam umur 19 tahun. Asli ke atau pam sendiri. Serah pada polis jer, tak perlu nak femes," tulis Adi Mohd Nor. Turut dikesan, seorang wanita yang dipercayai guru juga mengambil peluang untuk memerli pelajar itu.  "Nak lihat lepas 20 tahun, jadi orang ke dok. (Jawab komen balas netizen) Takpa sedih sekarang. InsyaAllah selepas dua puluh tahun nanti, mak bapak dia akan sedih.  "Saya dah menyaksikan banyak perkara dalam kehidupan ini. Bukan cerita dongeng semata-mata, wait and see. Kita lihatlah nanti, karma pasti ada," tulis Ummi Anam sebelum bertindak menyahaktifkan akaun F

'Melencong habis nak salahkan ayah aku' - Individu tampil pertahankan bapanya yang didakwa buat gurauan lucah ketika mengajar PJK

Viral di media sosial, seorang individu berkongsi mesej WhatsApp yang diperolehinya berhubung kes guru membuat lawak lucah ketika mengajar subjek Pendidikan Jasmani di sekolah.  Individu yang dikenali sebagai Shaffxx itu memuat naik kenyataan tersebut di Twitter dan mengundang banyak reaksi netizen. Menyedari ramai yang mengecam perkongsian itu, Shaffxx terus memadamkan tweet tersebut. Namun sempat discreenshot oleh netizen.  Berdasarkan penjelasan individu berkenaan dalam WhatsApp: Ayah aku ajar Pendidikan Jasmani (PJ). Time tu waktu dia yang mengajar kelas tersebut dan itu kelas pertama dia dengan pelajar perempuan serta dia kena ajar tajuk 'Gangguan Seksual' dalam buku PJ yang mana dia buntu nak ajar macam mana.  Dia cuba berfikir cara untuk mengekpresi dan menjelaskan perkara mengenai gangguan seksual tetapi sukar mencari perkataan yang bersesuaian dengan situasi.  Kemudian dia buat gurauan di mana dia kata, "Kamu kalau nak rogol bla.. bla.. bla.. tapi haaa nasib la ka

Siap dapat kasut baru & duit raya, anak yatim seronok diraikan Fattzura

Pasangan pelakon, Fattah Amin dan Fazura (Fattzura) yang juga merupakan duta jenama Bata telah meraikan sekumpulan anak yatim dalam satu majlis pemberian kasut, hari ini. Menurut laporan Harian Metro, aktres filem Manisnya Cinta Di Cappadoccia itu dan suaminya berbesar hati bagi meraikan dan beramah mesra bersama para penerima sumbangan. “Saya difahamkan rumah anak yatim yang dipilih ini bukan dari pertubuhan yang terkenal. Jadi, secara tak langsung dapat beri peluang kepada mereka yang selama ini mungkin kurang mendapat perhatian. “Sebenarnya dari tahun lalu lagi kami sudah berbincang dengan Bata untuk adakan majlis seperti ini tapi disebabkan pandemik Covid-19 serta Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), ia terpaksa ditangguhkan,” katanya. Selain itu, Fazura juga bersyukur dengan menyifatkan rezeki buat anak-anak yatim sempena ketibaan Syawal tidak lama lagi yang berpeluang untuk memilih kasut baru sekali gus mampu membuatkan mereka tersenyum. Menerusi laman Instagram, Bata turut memuat

“Seolah Otak Di Lutut” – Pembaca Berita ‘Sound Padu’ Isu Kompaun Peniaga RM50k

Lebih baik masuk penjara, itulah antara luahan kecewa peniaga yang tak semena-mena dikenakan jumlah kompaun tidak masuk akal di Kelantan baru-baru ini. Belum reda kisah peniaga burger dikenakan kompaun RM50,000 kerana beroperasi lebih masa kelmarin, seorang peniaga colek dan mee celup di Kampung Chekok Tengah turut menerima padah yang sama. Walaupun rayuan boleh dibuat…tapi kompaun RM50,000 akan diteliti semula  Majoriti selebriti dan individu ternama turut kesal apabila mendapat tahu tentang berita tersebut, sedangkan kedua-duanya berniaga di depan rumah saja. Walaupun peniaga terlibat masih boleh membuat rayuan terhadap kompaun terbabit, namun isu ini akan disiasat lebih terperinci oleh pihak berkuasa “Ketika otak yang letaknya di atas…tapi ada yang bertindak seolah otak di lutut”  Nada ketidakpuashatian terhadap isu tersebut juga disuarakan oleh seorang pembaca berita secara langsung malam tadi. Jelas Luqman Hariz, tindakan itu disifatkan seolah ‘otak di lutut’ kerana mereka cuma pe

(Video) 'Aku hilang sabar dengan kamu ni!' - Remaja dibelasah kerana dipercayai cuba merampas awek rakannya sendiri

Viral lagi di media sosial video seorang lelaki dibelasah sekumpulan individu yang tidak berpuas hati dengannya kerana mangsa didakwa merampas kekasih rakannya sendiri.  Kejadian itu berlaku di Batu Gajah, Perak dan kesemua suspek termasuk mangsa dipercayai berusia 15 tahun.  "Kes buli dan pukul budak beramai-ramai. Dengar cerita, pasal perempuan je," kata sumber.  Jelas sumber lagi, mangsa berkemungkin tidak mengetahui bawah perempuan yang dibawanya ke sana ke sini itu sudah berpunya.  Hal itu diketahui oleh suspek yang merupakan rakan kepada kekasih perempuan berkenaan lalu bertindak mengepung dan memukul mangsa beramai-ramai.  Berdasarkan video berdurasi 7 minit 39 saat itu, mangsa dipukul di bahagian kepala, belakang badan, muka, kaki berkali-kali oleh kumpulan berkenaan.  Suspek: "Aku hilang sabar dengan kamu ni!" Perempuan: "Dia tak salah lah!"  Suspek: "Kamu diam! Jangan masuk campur!"  Suspek: "Dengan member sendiri kamu nak tikam be