“Bayangkan usia dua tahun kena puasa berbelas jam” - Ibu akui lemah tengok anak hidap leukemia, si kecil tanggung derita lebih kuat berbanding dirinya Skip to main content

“Bayangkan usia dua tahun kena puasa berbelas jam” - Ibu akui lemah tengok anak hidap leukemia, si kecil tanggung derita lebih kuat berbanding dirinya

IBU mana yang sanggup melihat anaknya menanggung penderitaan yang bukan calang-calang pada usia yang masih kecil.

Melihat tubuh yang terlantar di atas katil dengan pelbagai prosedur rawatan sehingga berbulan lamanya, membuatkan hati wanita ini sebak mengenangkan kesakitan yang tidak mampu diungkap si kecil.

Menurut Athira Azmi, episod sedih yang menyelubungi keluarga kecilnya bermula pada Februari tahun lalu selepas anak tunggalnya, Alnaira Ikhwan Aliff disahkan menghidap 'Acute Lymphoblastic Leukemia'.

"Beberapa bulan sebelum itu iaitu sekitar November 2019, Naira kerap diserang demam. Selalu sangat demam dan saya banyak kali ambil cuti masa dia tak sihat.

"Januari 2020, Naira turut terkena jangkitan Influenza A. Dia masih demam, kemudian tak sampai seminggu pulih, dia demam semula. Saya fikir sebab Influenza A. Ada satu ketika, suhu badannya sangat panas.

"Kami ke klinik dan bila doktor periksa, doktor kesan darahnya tak normal lalu dirujuk ke hospital. Di hospital, doktor kesan darahnya ada sel kanser. Kemudian pada Februari 2020 ketika di Hospital Ipoh, Naira didiagnos menghidap 'Acute Lymphoblastic Leukemia'," ujarnya kepada mStar.

Alnaira ketika menerima rawatan selepas disahkan menghidap Acute Lymphoblastic Leukemia.

Menurut wanita berusia 29 tahun ini, selepas berbincang dengan suami, dia akhirnya mengambil keputusan untuk berhenti kerja sebagai seorang eksekutif di sebuah syarikat swasta bagi memberi sepenuh tumpuan kepada anak tunggal mereka.

Pada peringkat awal anaknya disahkan menghidap leukemia, Athira berkata dia sendiri berasa 'down' dan kerap menangis mengenangkan penderitaan yang ditanggung anak kecilnya.

"Bayangkan ketika itu usianya baru dua tahun. Dua bulan berkampung di hospital. Ketika itu PKP pula, suami tak dibenarkan untuk teman bersama. Dia berulang alik dari Pantai Remis ke Hospital Ipoh ketika anak di wad.

"Memang waktu itu sangat sukar lebih-lebih saya sebab melihat anak dicucuk, dibedah dan dirawat depan mata. Saya tak kuat, kerap menangis namun bukan di depannya. Tapi anak kecil ni, mereka sebenarnya sangat kuat.

"Saya melihat betapa dia kuat, ia mengajar saya untuk kuat dan perlahan-lahan menerima hakikat. Kita tak boleh lemah sebab kitalah sumber kekuatan mereka," ujarnya yang kini menjalankan bisnes produk kecantikan.

Menurut Athira, antara saat paling membuatkan hatinya hiba adalah apabila melihat anaknya meraung menangis kelaparan kerana terpaksa berpuasa sebelum menjalani prosedur rawatan.

"Bayangkan anak kecil dua tahun kena berpuasa berbelas jam... memang kesian bila dia meraung kelaparan. Selain itu, paling sedih apabila rambutnya mulai gugur kerana rawatan kemoterapi.

Saya melihat betapa dia kuat, ia mengajar saya untuk kuat dan perlahan-lahan menerima hakikat. ATHIRA AZMI IBU

"Kemudian dia kerap kali akan bertanya 'berapa hari kena duduk hospital, bila boleh balik'. Dia seolah-olah dah faham yang dia sakit. Ada juga waktu mencabar, ketika dia dalam rawatan, emosinya tak stabil.

"Daripada anak yang aktif, dia jadi kuat tidur dan suka marah dan meradang. Memang masa ini cukup menguji kesabaran tapi kami tahu, ia adalah sebab kesan ubatnya," katanya lagi.

Setahun selepas didiagnos dan menjalani pelbagai rawatan termasuk kemoterapi, Athira berkata keadaan kesihatan Naira beransur pulih.

"Naira dah habiskan pusingan rawatan kemoterapi. Kini dia bergantung kepada ubat dan perlu menjalani ujian darah sebulan sekali. Ujian baru-baru ini, doktor maklumkan darahnya sudah normal. Tapi dia masih kena teruskan ubat untuk setahun lagi.

"Saya tak sangka video di TikTok mendapat perhatian ramai. Saya cuma nak kongsi pengalaman, dalam masa sama saya nak sampaikan mesej kepada ibu bapa yang juga senasib. Jangan putus asa, jangan fikir umur anak takkan panjang... fikir positif dan kena kuat.

"Teruskan usaha dan ikhtiar. Jangan malu nak kongsi sebab mungkin lebih ramai akan doakan anak kita. Saya syukur, ramai yang beri perhatian kepada Naira dan rezekinya murah sangat. Kami yang tumpang rezekinya.

"Anggap apa yang berlaku sebagai ujian Allah kepada kita, dan pasti ada hikmah di sebalik apa yang berlaku," katanya lagi.

Sumber: mstaronline

Comments

Popular Article

Senarai Lokasi Sekatan Jalan Raya Dalam Tempoh PKPB Di Selangor, Kuala Lumpur & Putrajaya

Umum mengetahui pelaksanaan semula Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) bagi Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya sudah pun dijalankan Memandangkan kes wabak Covid-19 yang semakin meningkat di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya pelbagai prosedur operasi standard (SOP) telah ditetapkan sepanjang tempoh PKPB ini. Kerajaan telah menetapkan bahawa perjalanan merentas daerah dan negeri juga adalah dilarang bagi mengelakkan penularan wabak tersebut. Dalam pada itu, Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) juga bersetuju untuk membenarkan maksimum 10 peratus pekerja daripada 6 tugasan yang disenaraikan untuk berada di pejabat mulai 22 Oktober ini. Antara tugasan yang dibenarkan ialah melibatkan perakaunan, kewangan, pentadbiran, perundangan, perancangan serta teknologi maklumat dan komunikasiI (ICT). Mereka yang berada di pejabat pula dihadkan berkerja selama 4 jam sahaja bermula jam 10 pagi sehingga 2 petang untuk 3 hari seminggu. Bagi majikan, mereka hanya perlu me

[VIDEO] Detik-Detik Akhir Rakaman Kembar 4 Dilahirkan, Wanita Ini Kongsi Momen Kehamilan

Kelahiran anak kembar cukup istimewa di hati ibunya. Perjalanan kehamilan tentu tidak seperti kehamilan biasa. Ibu ini kongsikan pengalamannya melalui kehamilan kembar selama 35 minggu. Ibu kepada bayi kembar empat yang tular baru-baru ini, Puan sha.rissa telah berkongsi perjalanan kehamilan beliau. Kebanyakan netizen kagum dengan ibu ini, cukup kuat menempuhi kehamilan berganda sehingga selamat melahirkan pada usia kehamilan 35 minggu. KETIKA KANDUNGAN BERUSIA 7 & 11 MINGGU Ibu hebat ini mulanya merahsiakan kandungannya ialah kandungan kembar sehinggalah terpaksa menceritakan kepada ketua kerana perlu mengambil cuti. sha.rissa “Ultrasound images at 7 & 11 weeks. I kept it a secret from my friends and colleagues about the quads until delivery. Tapi terpaksa bagitahu my boss sebab kena apply banyak cuti. So I showed him this scan pictures and he was like ”empat???” Btw, thanks boss for being so understanding.” ANTARA UBAT Dan SUPLEMEN YANG DICADANGKAN OLEH DOKTOR Puan Sha.rissa

Video - Bukan malu hidup susah! Bapa ‘lari’ ketika anak rakam sedang makan nasi kosong beri penjelasan - “Hari tu saya cuma ada RM5”

SEORANG bapa dilihat menjamah nasi putih hanya dengan kicap, itu pun baki selepas anaknya makan tengah hari! Kisah ini tular di laman Facebook apabila anak kepada lelaki berkenaan, Nik Aswan yang baru berusia 10 tahun memuat naik video bapanya di akaun TikTok miliknya. Bapanya, Ngah Misnum, 36, bagaimanapun segera memadam video tersebut sebaik sahaja mendapat tahu ia tular dalam masa beberapa jam. “Sejujurnya saya tak sangka langsung dia akan muat naik video tu sebab masa saya sedar dia tengah rakam, saya terus bangun dari tempat duduk. “Tahu-tahu tular sampai dekat Facebook, memang terkejut sangat. Saya terus ambil telefon dia dan padam video tu,” katanya kepada mStar, mengimbas kembali video yang memaparkan ‘adegan’ dirinya makan nasi tanpa lauk. Kehidupan dua beranak yang tidak meminta simpati orang ramai. Bagi mereka yang sempat menonton video tersebut, rata-rata mengakui sebak melihat kehidupan dua beranak itu yang serba sederhana tetapi bahagia. Ngah, yang berasal dari Kuala Neru