Berhenti kerja, balik kampung jaga mak sakit! Video ibu menangis anak nak tinggalkan wad undang air mata - “Pukul 5 pagi saya kena halau” Skip to main content

Berhenti kerja, balik kampung jaga mak sakit! Video ibu menangis anak nak tinggalkan wad undang air mata - “Pukul 5 pagi saya kena halau”

DEMI ibu tersayang, apa sahaja sanggup dilakukan.

Begitulah kisah Saffee Rahim, 30, anak bongsu daripada lima beradik yang kini mengabdikan diri menjaga ibu, Nur Asiah Tamdun, 72, yang baru sahaja dipotong jari kaki akibat diabetes pada Khamis lalu.

Menurut jejaka yang mesra disapa Saffee itu, dia sudah setahun berhenti kerja di ibu negara dan pulang ke kampung halaman di Baling, Kedah demi menjaga ibunya.

Selain diabetes, ibunya juga mempunyai penyakit buah pinggang yang mana dia perlu menjalani rawatan dialisis secara berkala.

"Dulu saya bekerja sebagai tukang kebun di Kuala Lumpur. Dah setahun saya berhenti lepas mak sakit.

"Sekarang saya berniaga, buka kedai makan depan rumah. Saya jual char kuey teow yang saya masak sendiri.

"Kemudian dengan wang dari Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), saya berkongsi buka kedai nasi kukus di Shah Alam. Sekarang kawan yang uruskan di sana.

"Saya sekarang duduk berdua dengan mak untuk jaga dia. Kakak dan abang semua tinggal berasingan. Ayah saya pula sudah meninggal akibat sakit jantung ketika saya tingkatan lima," ujarnya kepada mStar.

Dalam pada itu, video Saffee mengenai ibunya yang dimasukkan ke hospital baru-baru ini turut tular di aplikasi TikTok.

Saya sebut nak balik rumah je mesti mak teriak, tak sampai hati nak tinggal balik. SAFFEE

Kata Saffee, dia dan ibunya gagal menahan sebak selepas membaca segala komen, kata-kata semangat serta kiriman doa netizen.

"Mak sudah dibenarkan pulang ke rumah pada Sabtu lepas. Mak masih mengadu kakinya sakit. Nak letak atas kerusi roda pun kena papah.

"Kaki kanan mak dipotong pada bahagian anak jari. Sekarang tengok kaki dia pun masih pucat.

"Saya rasa sebak baca komen di TikTok. Tunjuk pada mak, menangis dia baca komen-komen semua.

"Mak saya jenis hati terlalu rapuh, dia cepat tersentuh," ujar Saffee lagi.

Sepanjang di hospital, Saffee turut berkongsi kisahnya diusir keluar dari wad.

"Saya paling rapat dan paling manja dengan mak. Ada satu hari tu, pukul 5 pagi saya kena halau, jururawat kata lelaki tak boleh jaga wad perempuan. Saya curi-curi masuk nak jaga mak.

Saffee turut berkongsi perniagaan nasi kukus dengan seorang rakannya di Shah Alam, Selangor.

"Kesian nak tinggal mak jauh-jauh. Saya akur sebab itu aturan mereka. Saya sebut nak balik rumah je mesti mak teriak, tak sampai hati nak tinggal balik," ujarnya lagi.

Video yang memaparkan ibu Saffee menitiskan air mata sambil berada di sisinya itu sehingga kini meraih hampir 100,000 tontonan di TikTok.

Kata Saffee, dia berdoa agar ibunya diberi kesembuhan segera memandangkan puasa dan hari raya bakal menjelma tidak lama lagi.

Sumber: mstaronline

Comments

Popular Article

Senarai Lokasi Sekatan Jalan Raya Dalam Tempoh PKPB Di Selangor, Kuala Lumpur & Putrajaya

Umum mengetahui pelaksanaan semula Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) bagi Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya sudah pun dijalankan Memandangkan kes wabak Covid-19 yang semakin meningkat di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya pelbagai prosedur operasi standard (SOP) telah ditetapkan sepanjang tempoh PKPB ini. Kerajaan telah menetapkan bahawa perjalanan merentas daerah dan negeri juga adalah dilarang bagi mengelakkan penularan wabak tersebut. Dalam pada itu, Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) juga bersetuju untuk membenarkan maksimum 10 peratus pekerja daripada 6 tugasan yang disenaraikan untuk berada di pejabat mulai 22 Oktober ini. Antara tugasan yang dibenarkan ialah melibatkan perakaunan, kewangan, pentadbiran, perundangan, perancangan serta teknologi maklumat dan komunikasiI (ICT). Mereka yang berada di pejabat pula dihadkan berkerja selama 4 jam sahaja bermula jam 10 pagi sehingga 2 petang untuk 3 hari seminggu. Bagi majikan, mereka hanya perlu me

[VIDEO] Detik-Detik Akhir Rakaman Kembar 4 Dilahirkan, Wanita Ini Kongsi Momen Kehamilan

Kelahiran anak kembar cukup istimewa di hati ibunya. Perjalanan kehamilan tentu tidak seperti kehamilan biasa. Ibu ini kongsikan pengalamannya melalui kehamilan kembar selama 35 minggu. Ibu kepada bayi kembar empat yang tular baru-baru ini, Puan sha.rissa telah berkongsi perjalanan kehamilan beliau. Kebanyakan netizen kagum dengan ibu ini, cukup kuat menempuhi kehamilan berganda sehingga selamat melahirkan pada usia kehamilan 35 minggu. KETIKA KANDUNGAN BERUSIA 7 & 11 MINGGU Ibu hebat ini mulanya merahsiakan kandungannya ialah kandungan kembar sehinggalah terpaksa menceritakan kepada ketua kerana perlu mengambil cuti. sha.rissa “Ultrasound images at 7 & 11 weeks. I kept it a secret from my friends and colleagues about the quads until delivery. Tapi terpaksa bagitahu my boss sebab kena apply banyak cuti. So I showed him this scan pictures and he was like ”empat???” Btw, thanks boss for being so understanding.” ANTARA UBAT Dan SUPLEMEN YANG DICADANGKAN OLEH DOKTOR Puan Sha.rissa

Video - Bukan malu hidup susah! Bapa ‘lari’ ketika anak rakam sedang makan nasi kosong beri penjelasan - “Hari tu saya cuma ada RM5”

SEORANG bapa dilihat menjamah nasi putih hanya dengan kicap, itu pun baki selepas anaknya makan tengah hari! Kisah ini tular di laman Facebook apabila anak kepada lelaki berkenaan, Nik Aswan yang baru berusia 10 tahun memuat naik video bapanya di akaun TikTok miliknya. Bapanya, Ngah Misnum, 36, bagaimanapun segera memadam video tersebut sebaik sahaja mendapat tahu ia tular dalam masa beberapa jam. “Sejujurnya saya tak sangka langsung dia akan muat naik video tu sebab masa saya sedar dia tengah rakam, saya terus bangun dari tempat duduk. “Tahu-tahu tular sampai dekat Facebook, memang terkejut sangat. Saya terus ambil telefon dia dan padam video tu,” katanya kepada mStar, mengimbas kembali video yang memaparkan ‘adegan’ dirinya makan nasi tanpa lauk. Kehidupan dua beranak yang tidak meminta simpati orang ramai. Bagi mereka yang sempat menonton video tersebut, rata-rata mengakui sebak melihat kehidupan dua beranak itu yang serba sederhana tetapi bahagia. Ngah, yang berasal dari Kuala Neru