‘Crown’ reput & mekap buruk, pengantin sedih dianiya mak andam Skip to main content

‘Crown’ reput & mekap buruk, pengantin sedih dianiya mak andam

Setiap pengantin yang melangsungkan perkahwinan pastinya mahukan penampilan mereka terlihat sempurna dan cantik ketika bersanding di atas pelamin.

Jadi, peranan mak andam atau MUA pastinya amat penting dalam memastikan pengantin terlihat menonjol ketika hari bahagia mereka.

Mekap sanding buruk

Namun, ada juga yang bernasib kurang baik apabila menjadi mangsa penipuan mak andam sehingga majlis yang sepatutnya merupakan hari istimewa berubah menjadi hari yang memalukan.

Hal ini dikongsikan seorang wanita yang dikenali sebagai Yana Nazaruddin di Facebook apabila didandan dengan sambil lewa oleh mak andam dan hasilnya sangat mengecewakan.


Mesej tak diendah

Menurutnya, dia berasa dianiya apabila jurumekap menatarias wajahnya dan menyediakan veil serta crown dengan sambil lewa.

Lebih menyakitkan hati, apabila dihubungi untuk mendapatkan penjelasan, hanya bluetick WhatApps sahaja diterima.

“Assalamualaikum .dah lama pendam tunggu permintaan maaf dari dia selama 24jam tp yg dapat hanya bluetick sahaja .Entahlh sedih kecewa semua ada tak thu nak rasa apa bila kena aniaya mcm ni,” tulis Yana

Ditegur tak terima

Tambah Yana lagi, tiada langsung permohonan maaf diterima apabila ditegur dan pihak mereka seakan tidak boleh terima kenyataan apabila hasil kerja mereka dipertikai pelanggan.

“Permintaan maaf bila ditegur langsung tak wujud ya dan tak boleh terima kenyataan. Tak boleh berbincang. Bagi crown yg dah reput teruk sentuh sikit pun boleh patah. Dgn veil yg dh colour lusuh putihnya. Tak thu lh nk cakap apa dh. Niat nk berbincang dgn baik tapi yg dapat ibarat dihalau.” –tambahnya.

Sedih tengok muka pengantin

Sehubungan dengan itu, rata-rata warganet yang bersimpati dengan pengantin tersebut telah meninggalkan komen diruangan Facebook pengantin itu.

Rata-rata mengkritik tindakan yang dilakukan pihak butik kerana memperlakukan pengantin dengan sebegitu lebih-lebih lagi di hari bahagia mereka dan sudah pun telah mengeluarkan modal yang besar untuk perkahwinan.

Kalau tak pandai berkarya jangan aniaya orang

MUA Bellaz nak tolong

Disebalik kesedihan tersebut, seorang MUA terkenal iaitu MUA Bellaz telah tampil untuk membantu dengan cuba menghubugi Yana Nazaruddin.

Jadi, sama-sama kita nantikan hasil mekap dari MUA Bellaz.

Sumber: ohmymedia

Comments

Popular Article

“Bawa Awak Ke Sini” -Ada Suara Dalam Video Tangmo, Manager Sempat Tukar Baju

Satu persatu klu atau petunjuk baru muncul bagi membongkarkan rahsia di sebalik pemergian pelakon terkenal Thailand, Tangmo Nida Patcharaveerapong. Sehingga ke hari ini, ibu kepada mendiang masih lagi yakin wujudnya unsur-unsur jenayah sekaligus menolak kenyataan rakan-rakan yang mendakwa artis tersebut tergelincir ketika ingin membuang air kecil. Netizen jumpa petunjuk baru, ada dengar suara pelik dalam video Nida  Justeru itu, ramai netizen tampil melakukan penyiasatan sendiri berbekalkan beberapa rakaman CCTV serta bukti yang sempat tular di media sosial. Terdahulu, satu video sewaktu Nida sedang minum di atas bot berkenaan telah dikeluarkan. Walau bagaimanapun, ramai mendakwa terdengar satu suara yang agak pelik setelah menggunakan satu software bagi mengurangkan bunyi muzik latar @eveapissaya พี่โมสวยมาก สวยเหมือนนางฟ้าเลย 🤍 คลิปสุดท้าย.. #แตงโม #แตงโมนิดา ♬ เสียงต้นฉบับ - Eve Apissaya Suara garang sebut bawa awak ke sini 2 kali…Polis akan siasat lebih lanjut  Hasilnya,

Hari-Hari Netizen Malaysia Minta Update Tangmo, Akak Siam Gigih Jadi Translator

Meskipun berlaku di Thailand, namun kisah pemergian pelakon terkenal Tangmo Nida Patcharaveerapong ini turut mendapat perhatian yang sangat besar di Malaysia. Mana taknya, kejadian yang disangkakan cumalah insiden malah bertukar menjadi satu penglibatan jenayah serta kecuaian melibatkan rakan-rakannya sendiri. Ramai pulak netizen Malaysia tunggu update baru tentang kisah Tangmo  Boleh dikatakan hampir kesemua video di TikTok mengenai perkembangan terbaru kisah menyayat hati tersebut menerima komen daripada rakyat Malaysia. Namun rata-rata mengharapkan ada subtitle supaya dapat memahami dengan lebih baik apakah sebenarnya yang terjadi. Lebih-lebih lagi bahasa Thailand sememangnya terkenal dengan keunikan tulisannya dan bukan mudah untuk dibaca. @tubtimcho โรเบิร์ต กระติก #แตงโมนิดา #แตงโม #โหนกระแส #แตงโมภัทรธิดา #หอนกระแส #แตงโมตกเรือ ♬ Ei Yang Wa - Boom Boom Cash Abang dan adik Tangmo nak fight…Mak Tangmo gila harta  Walau bagaimanapun, kini mereka semua sudah mampu menari

Isu Pelajar Dihina Dah Settle, Rupanya Pensyarah Sendiri Bantu Dapatkan Laptop?

Rentetan tularnya satu klip video kontroversi seolah-olah memperlekeh pelajar dari keluarga berstatus B40, seorang pensyarah kontrak kini sedang disiasat oleh pihak universiti awam di Perak. Hasil maklumat terkini mendapati sesi kuliah online tersebut sebenarnya berlangsung pada semester lalu, namun ramai pihak tertanya-tanya apakah motif ia hanya dimuat naik di laman Twitter semalam. @uitm_channel Kenyataan Naib Canselor berkenaan Isu Pelajar B40 ♬ original sound - Universiti Teknologi MARA Meskipun tuan badan belum perjelaskan cerita sebenar…ramai mula henti kecam lepas tahu kisah sebaliknya  Meskipun pihak empunya badan belum tampil menjelaskan situasi sebenar, namun kemarahan netizen tanpa disangka-sangka sudah semakin reda. Walaupun kenyataan pensyarah tersebut dikecam masyarakat seluruh negara, tetapi ramai mula hormat kepadanya semula lepas mengetahui kisah sebalik video berkenaan. Ini video tahun lepas, kawan sekelas yang tularkan…dia padam akaun lepas dah jadi viral  M