'Dia nampak macam takut-takut' - Budak perempuan disyaki dipergunakan individu tidak bertanggungjawab untuk dapatkan duit dengan cara mudah Skip to main content

'Dia nampak macam takut-takut' - Budak perempuan disyaki dipergunakan individu tidak bertanggungjawab untuk dapatkan duit dengan cara mudah

Isnin lalu, 12 April 2021, netizen dihebohkan dengan posting viral di mana pasangan ini didatangi seorang kanak-kanak perempuan pada jam 1.30 pagi, semata-mata untuk meminta bantuan. 

Kanak-kanak itu menggoncang pintu pagar dan memberi salam tanpa henti di kala hujan lebat membuatkan pasangan itu terjaga dari tidur. Apabila ditanya tujuan kedatangannya, kanak-kanak itu menjawab dia memerlukan sedikit wang belanja untuk adiknya yang nak pergi ke sekolah. 

Bagaimanapun hasrat si suami mahu menghulurkan sedikit wang, ditegah oleh si isteri yang mengesyaki ada sesuatu yang tidak kena sebelum menghubungi polis dan memaklumkan kedatangan kanak-kanak yang tidak dikenali itu

BACA SELANJUTNYA: 'NAK DUIT UNTUK ADIK, NAK PERGI SEKOLAH' - PASANGAN TERKEJUT, BUDAK DATANG RUMAH JAM 1.30 PAGI NAK MINTA BANTUAN, TAPI...'

Susulan perkongsian viral itu, tampil seorang wanita menghubungi The Reporter dan mendakwa pernah didatangi oleh kanak-kanak perempuan yang sama ketika dia dan adiknya singgah di sebuah stesen minyak. Kali ini, kanak-kanak itu meminta mereka mengisi minyak kereta ibunya.

SAYA baru kena (terserempak dengan budak dalam video viral) baru-baru ini (12 April 2021). Nombor plat kereta dia pun kitorang sempat rakam, gambar budak ini pun kita sempat rakam. 

Kami kena di stesen minyak. Dia panggil saya semasa saya seorang diri ke tandas, sementara adik saya dalam kereta tengah bersiap untuk pergi kerja. 

Dia panggil saya, nak minta tolong. Saya tanya, tolong apa. Dia kata, mak minta tolong isikan minyak kereta kawan. Saya ingatkan mak dia tak reti nak isi minyak, then saya tengok dekat pam minyak tak ada kereta pun. Rupanya kereta dia park di sebelah kereta saya je

Then saya dengan adik duduk dalam kereta agak lama jugalah, dalam 10 minit macam tu. Mak dia parking dekat dengan tempat air dan pam angin tu. Budak perempuan itu masih kat tandas itu lagi. Dia macam takut-takut. Tak pastilah sama ada itu lakonan atau dia memang takut. 

10 minit kemudian, saya temankan adik ke tandas. Budak perempuan itu nampak kitorang, tapi dia tak panggil. Dia menyorok. Mak dia pula parking di tempat jauh. 

Selepas kitorang selesai isi minyak, adik saya suruh pusing balik sebab nak panggil budak itu. Masa pusing tu, saya nampak ada sebuah kereta jenis Honda Jazz berwarna putih, park di belakang kereta mak dia, agak rapat juga. 

Then kitorang panggil budak tu. Adik saya nak bayarkan minyak kereta mak dia tu. Selepas itu dia pergi dekat mak dia, masuk kereta dan mak dia terus gerak. Tak masuk pun stesen minyak. Kitorang pusing-pusing area tu. Nampak kereta diorang parking dekat tepi homestay. Dalam tu ada baju bergantung. 

Bahaya sekarang ni, mujur dia (mak budak) hantar anak dia macam ni je. Kalau dia yang masuk tandas juga, bawa pula benda tajam, haaa! Selepas ni kalau nak pergi tandas seorang diri kena berhati-hati. Phone kena bawa bersama. 

Sumber: Pengadu (Followers The Reporter)

Comments

Popular Article

“Bawa Awak Ke Sini” -Ada Suara Dalam Video Tangmo, Manager Sempat Tukar Baju

Satu persatu klu atau petunjuk baru muncul bagi membongkarkan rahsia di sebalik pemergian pelakon terkenal Thailand, Tangmo Nida Patcharaveerapong. Sehingga ke hari ini, ibu kepada mendiang masih lagi yakin wujudnya unsur-unsur jenayah sekaligus menolak kenyataan rakan-rakan yang mendakwa artis tersebut tergelincir ketika ingin membuang air kecil. Netizen jumpa petunjuk baru, ada dengar suara pelik dalam video Nida  Justeru itu, ramai netizen tampil melakukan penyiasatan sendiri berbekalkan beberapa rakaman CCTV serta bukti yang sempat tular di media sosial. Terdahulu, satu video sewaktu Nida sedang minum di atas bot berkenaan telah dikeluarkan. Walau bagaimanapun, ramai mendakwa terdengar satu suara yang agak pelik setelah menggunakan satu software bagi mengurangkan bunyi muzik latar @eveapissaya พี่โมสวยมาก สวยเหมือนนางฟ้าเลย 🤍 คลิปสุดท้าย.. #แตงโม #แตงโมนิดา ♬ เสียงต้นฉบับ - Eve Apissaya Suara garang sebut bawa awak ke sini 2 kali…Polis akan siasat lebih lanjut  Hasilnya,

Pagi Baru Saja Beli Pregnancy Test, Wanita Terkejut Malam Terus Lahirkan Anak

Anak adalah anugerah yang paling terindah buat setiap ibu bapa. Walau bagaimanapun, di luar sana ramai sekali pasangan yang belum dikurniakan rezeki menimang zuriat sendiri. Malah ada yang sudah berusaha melakukan segala cara selama bertahun-tahun. Anugerah terindah di akhir tahun yang tak disangka-sangka  Samalah juga dengan situasi yang dialami sepasang suami isteri ini apabila masih lagi belum mempunyai anak meskipun sudah menikah selama 10 tahun. Namun kisah seterusnya cukup luar biasa apabila wanita berkenaan hanya sedar tentang kehamilannya ketika kandungan sudah pun mencecah 9 bulan. @raangju.l anugerah terindah diakhir tahun yg ga disangka²🥺😇makasih buat @bidanzulfa sudah membantu persalinanku# masyaallahtabarakallah❤️🥰 # pejuanggarisdua ♬ original sound - Elita Kurnia Pagi beli pregnancy test, petang rasa perut memulas dan malam terus melahirkan  Menerusi satu video di TikTok Bidan Zulfa, terdahulu kliennya itu sempat membeli satu pregnancy test pada awal pagi dan

Hari-Hari Netizen Malaysia Minta Update Tangmo, Akak Siam Gigih Jadi Translator

Meskipun berlaku di Thailand, namun kisah pemergian pelakon terkenal Tangmo Nida Patcharaveerapong ini turut mendapat perhatian yang sangat besar di Malaysia. Mana taknya, kejadian yang disangkakan cumalah insiden malah bertukar menjadi satu penglibatan jenayah serta kecuaian melibatkan rakan-rakannya sendiri. Ramai pulak netizen Malaysia tunggu update baru tentang kisah Tangmo  Boleh dikatakan hampir kesemua video di TikTok mengenai perkembangan terbaru kisah menyayat hati tersebut menerima komen daripada rakyat Malaysia. Namun rata-rata mengharapkan ada subtitle supaya dapat memahami dengan lebih baik apakah sebenarnya yang terjadi. Lebih-lebih lagi bahasa Thailand sememangnya terkenal dengan keunikan tulisannya dan bukan mudah untuk dibaca. @tubtimcho โรเบิร์ต กระติก #แตงโมนิดา #แตงโม #โหนกระแส #แตงโมภัทรธิดา #หอนกระแส #แตงโมตกเรือ ♬ Ei Yang Wa - Boom Boom Cash Abang dan adik Tangmo nak fight…Mak Tangmo gila harta  Walau bagaimanapun, kini mereka semua sudah mampu menari