Diabai bekas isteri sepanjang perkahwinan, Aidid akui nikahi Serina Februari lalu Skip to main content

Diabai bekas isteri sepanjang perkahwinan, Aidid akui nikahi Serina Februari lalu

Selepas pelbagai episod mengenai kontroversi perkahwinan Serina Redzuawan dan seorang anggota polis dikenali sebagai Meor Muhammad Aidid Meor Jamaluddin menjadi perbincangan netizen, akhirnya menantu baru Chef Wan tampil membuka mulut.

Dalam perkongsian yang dibuat oleh Mstar merujuk kenyataan daripada sebuah akhbar, Aidid telah mengakui bahawa mereka memang sudah bernikah pada Februari lalu.

Namun, menerusi kenyataan tersebut, dia menjawab segala tuduhan yang dikeluarkan oleh bekas isterinya dikenali sebagai Nur Hamizah mengenai dimadukan tanpa kebenaran.

“Hubungan saya dan dia (Nur Hamizah) sudah bertahun lama bermasalah dan hambar. Hati saya sudah lama tertutup untuknya. Saya bernikah dengan Serina pada bulan Februari lalu.“

“Tapi Serina bukan punca kami berantakan. Benar ketika berkahwin kali kedua, dia masih isteri saya. Itu fakta yang saya tak boleh nafikan. Lagipun pada masa sama proses tuntutan cerai di mahkamah memakan masa.”

“Kami hanya bercerai secara sah pada 9 Mac lalu. Kini hanya Serina isteri saya, tidak timbul lagi kisah atau perihal bermadu.” Kata Aidid

Selain daripada itu, Aidid turut menjelaskan bahawa dia bersedia untuk memberi kerjasama dengan pihak polis berhubung dakwaan berkahwin tanpa kebenaran.

“Saya sedia bekerjasama dengan pihak berwajib. Saya dapat tahu, bekas isteri, Nur Hamizah Shaffee membuat laporan polis konon dia dimadukan tanpa kebenaran. Saya sedia bertanggungjawab!”

Aidid turut menambah yang dia berasa kecewa apabila bekas isteri mendakwa hubungan mereka tidak mempunyai masalah.

“Kami menjalinkan hubungan rumah tangga secara jarak jauh atas tuntutan kerja. Namun itu bukan alasan untuk tidak menjalankan tanggungjawab.”

“Selain rumah tangga bermasalah, perkahwinan saya dan dia juga ada campur tangan keluarganya. Hati suami mana yang boleh tahan sabar apabila isteri tidak menghormatinya.”

“Balik jenguk saya pun susah. Berbulan-bulan saya terbiar tanpa dipedulikan perasaan dan kebajikan diri. Makan pakai saya pun tak terjaga. Ibu bapa dan kawan saya jadi saksi hidup ini macam orang bujang.” jelasnya

Kenyataan yang keluarkan Aidid ini adalah bagi menjawab segala spekulasi mengenai perkahwinannya dengan Serina Redzuawan yang menjadi bualan netizen sejak kebelakangan ini.

Ia juga adalah kenyataan balas terhadap semua tuduhan yang dikeluarkan oleh bekas isterinya semalam hingga membuatkan ramai terkejut termasuklah bapa Serina iaitu chef selebriti terkenal, Datuk Redzuawan Ismail atau Chef Wan.

Sumber: ohmymedia

Comments

Popular Article

“Bawa Awak Ke Sini” -Ada Suara Dalam Video Tangmo, Manager Sempat Tukar Baju

Satu persatu klu atau petunjuk baru muncul bagi membongkarkan rahsia di sebalik pemergian pelakon terkenal Thailand, Tangmo Nida Patcharaveerapong. Sehingga ke hari ini, ibu kepada mendiang masih lagi yakin wujudnya unsur-unsur jenayah sekaligus menolak kenyataan rakan-rakan yang mendakwa artis tersebut tergelincir ketika ingin membuang air kecil. Netizen jumpa petunjuk baru, ada dengar suara pelik dalam video Nida  Justeru itu, ramai netizen tampil melakukan penyiasatan sendiri berbekalkan beberapa rakaman CCTV serta bukti yang sempat tular di media sosial. Terdahulu, satu video sewaktu Nida sedang minum di atas bot berkenaan telah dikeluarkan. Walau bagaimanapun, ramai mendakwa terdengar satu suara yang agak pelik setelah menggunakan satu software bagi mengurangkan bunyi muzik latar @eveapissaya พี่โมสวยมาก สวยเหมือนนางฟ้าเลย 🤍 คลิปสุดท้าย.. #แตงโม #แตงโมนิดา ♬ เสียงต้นฉบับ - Eve Apissaya Suara garang sebut bawa awak ke sini 2 kali…Polis akan siasat lebih lanjut  Hasilnya,

Pagi Baru Saja Beli Pregnancy Test, Wanita Terkejut Malam Terus Lahirkan Anak

Anak adalah anugerah yang paling terindah buat setiap ibu bapa. Walau bagaimanapun, di luar sana ramai sekali pasangan yang belum dikurniakan rezeki menimang zuriat sendiri. Malah ada yang sudah berusaha melakukan segala cara selama bertahun-tahun. Anugerah terindah di akhir tahun yang tak disangka-sangka  Samalah juga dengan situasi yang dialami sepasang suami isteri ini apabila masih lagi belum mempunyai anak meskipun sudah menikah selama 10 tahun. Namun kisah seterusnya cukup luar biasa apabila wanita berkenaan hanya sedar tentang kehamilannya ketika kandungan sudah pun mencecah 9 bulan. @raangju.l anugerah terindah diakhir tahun yg ga disangka²🥺😇makasih buat @bidanzulfa sudah membantu persalinanku# masyaallahtabarakallah❤️🥰 # pejuanggarisdua ♬ original sound - Elita Kurnia Pagi beli pregnancy test, petang rasa perut memulas dan malam terus melahirkan  Menerusi satu video di TikTok Bidan Zulfa, terdahulu kliennya itu sempat membeli satu pregnancy test pada awal pagi dan

Hari-Hari Netizen Malaysia Minta Update Tangmo, Akak Siam Gigih Jadi Translator

Meskipun berlaku di Thailand, namun kisah pemergian pelakon terkenal Tangmo Nida Patcharaveerapong ini turut mendapat perhatian yang sangat besar di Malaysia. Mana taknya, kejadian yang disangkakan cumalah insiden malah bertukar menjadi satu penglibatan jenayah serta kecuaian melibatkan rakan-rakannya sendiri. Ramai pulak netizen Malaysia tunggu update baru tentang kisah Tangmo  Boleh dikatakan hampir kesemua video di TikTok mengenai perkembangan terbaru kisah menyayat hati tersebut menerima komen daripada rakyat Malaysia. Namun rata-rata mengharapkan ada subtitle supaya dapat memahami dengan lebih baik apakah sebenarnya yang terjadi. Lebih-lebih lagi bahasa Thailand sememangnya terkenal dengan keunikan tulisannya dan bukan mudah untuk dibaca. @tubtimcho โรเบิร์ต กระติก #แตงโมนิดา #แตงโม #โหนกระแส #แตงโมภัทรธิดา #หอนกระแส #แตงโมตกเรือ ♬ Ei Yang Wa - Boom Boom Cash Abang dan adik Tangmo nak fight…Mak Tangmo gila harta  Walau bagaimanapun, kini mereka semua sudah mampu menari