Bagi yang tengah seronok bercinta, pasti sangat excited untuk berkongsi tentang pasangan masing-masing di media sosial. Walau bagaimanapun, keterujaan seorang gadis ini memaparkan video berkaitan teman lelakinya yang juga seorang askar menjadi tumpuan ramai di TikTok.
Tak semuanya indah bila kahwin dengan anggota beruniform…Kena tahu dan faham realiti sebenar
Meraih 32 ribu jumlah tontonan, rakaman itu turut menarik perhatian wanita yang mempunyai suami askar. Kata Puan Khatika, jangan disangka menjadi suri kepada anggota beruniform itu semuanya akan indah. Hakikatnya, realiti kehidupan untuk bergelar seorang isteri anggota tersebut amat payah lagi-lagi jika ada panggilan tugas.
Ada tentera yang kena keluar operasi berbulan-bulan…Dah ready ke nak bersalin sorang?
Kebanyakan anggota kadang-kadang perlu menyertai operasi sehingga 3 ke 6 bulan selain tidak dapat pulang ke rumah untuk jangka masa yang lama. Dengan nada berseloroh, Khatika sempat bertanyakan gadis itu adakah sudah bersedia untuk melalui proses bersalin seorang diri tanpa kehadiran suami.
@k.h.a.t.i.k.a #stitch dengan @𝐸𝓎𝓇𝒶𝒶 🌹 hahahaha dapat bersalin sorang2 dik😂😂😂
♬ bunyi asal - ika🍃
Time bersalin dua-dua anak, suami kena kawad…Ada laki kat sebelah boleh jugak tolong gosok
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen bersetuju dengan perkongsian daripada Khatika. Dalam pada itu, ramai pula isteri kepada anggota-anggota tentera yang lain turut berkongsi pengalaman mereka sewaktu tempoh mengandung dan juga melahirkan.
sumber: kisahdunia
Comments
Post a Comment