Ingat kisah Kak Ros? Sebelum ini ‘tersadai’ di luar rumah bersama 10 anak, kini sudah bangkit... hari pertama berniaga di bazar dapat untung lebih RM800! Skip to main content

Ingat kisah Kak Ros? Sebelum ini ‘tersadai’ di luar rumah bersama 10 anak, kini sudah bangkit... hari pertama berniaga di bazar dapat untung lebih RM800!

MASIH ingatkah anda dengan kisah Kak Ros, seorang ibu kepada 10 anak yang terpaksa keluar dari rumah sewanya seminggu sebelum Ramadan yang lalu?

Kisahnya viral dan mendapat perhatian ramai selepas dikongsikan oleh seorang pemuda Cina, Keow Wee Loong menerusi laman Instagram lebih seminggu yang lalu.

Jika sebelum ini kehidupan Kak Ros atau nama sebenarnya Rosliza Hassan begitu terumbang ambing dengan pendapatan yang tidak seberapa, kini sedikit demi sedikit wanita itu mampu bangkit hasil pertolongan ramai pihak.

Selain Wee Loong, antara individu terawal yang tampil membantu Kak Ros adalah Ahli Parlimen Bukit Mertajam, Steven Sim Chee Keong dan Adun Machang Bubuk, Lee Khai Loon.

Bukan sahaja mencarikan tempat perlindungan yang selesa untuk ibu itu bersama 10 anaknya, malah mereka membantu Kak Ros bangkit dengan menjana pendapatan sendiri melalui berniaga di bazar Ramadan.

Berkongsi cerita dengan mStar, Wee Loong berkata Kak Ros secara rasminya mula berniaga di Bazar Ramadan Alma, berdekatan dengan tempat tinggal barunya di Machang Bubuk, pada hari kedua Ramadan (Rabu).

"Perancangan untuk Kak Ros berniaga di bazar Ramadan sudah saya rancangkan ketika mula-mula membantunya pindah minggu lalu. Hasil perbincangan bersama YB Steven dan YB Khai Loon, kami sepakat bantu Kak Ros carikan peluang untuknya berniaga di bazar Ramadan.

"Dan YB Khai hubungi Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) untuk mendapat satu tapak untuk Kak Ros berniaga di bazar Ramadan Alma. Kak Ros menjual beberapa menu seperti ayam goreng, pasembur, sosej dan juga minuman seperti laicikang.

"Bayangkan dalam masa seminggu, daripada keadaan Kak Ros yang terpaksa keluar rumah dan kini dia bangkit untuk keluarga. Siapa sangka jualan pada 1 Ramadan yang kita anggap sebagai percubaan, Kak Ros mendapat keuntungan RM700!" cerita Wee Loong yang juga jurugambar bebas.

Tambah Wee Loong, dia bersama-sama Khai Loon membantu wanita tersebut daripada menyediakan bahan-bahan, peralatan dan modal untuk peringkat permulaan.

Bayangkan dalam masa seminggu, daripada keadaan Kak Ros yang terpaksa keluar rumah dan kini dia bangkit untuk keluarga. KEOW WEE LOONG JURUGAMBAR BEBAS

"YB Khai Loon sendiri turun padang membeli kelengkapan untuk Kak Ros berniaga. Saya kata kepada dia, 'Kak Ros jangan bimbang pasal anak... saya boleh bantu jadi nanny dan pastikan mereka semua cukup makan'. Saya mahu dia fokus berniaga.

"Sambutan di gerai Kak Ros pada 1 Ramadan lalu sangat menggalakkan. Mujur dua orang anaknya turut membantu ibu mereka di gerai. Saya cadangkan kepada dua anaknya yang kerja di kedai makan supaya berhenti kerja dan bantu ibu mereka.

"Sebab dengan sambutan yang diterima, bisnes Kak Ros boleh berkembang dan pergi lebih jauh," kata pemuda berusia 33 tahun itu lagi.

Menurut Wee Loong, jualan pada hari kedua Ramadan iaitu hari pertama Kak Ros secara rasminya berniaga, jumlah keuntungan yang diperoleh begitu menggalakkan iaitu sekitar RM847.90.

"Kak Ros memang sangat gembira dengan bisnes baharunya. Kami berharap agar sepanjang Ramadan dan pada masa depan, bisnes Kak Ros terus mendapat sambutan dan semakin berkembang," kata Wee Loong lagi.

Sumber: mstaronline

Comments

Popular Article

Senarai Lokasi Sekatan Jalan Raya Dalam Tempoh PKPB Di Selangor, Kuala Lumpur & Putrajaya

Umum mengetahui pelaksanaan semula Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) bagi Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya sudah pun dijalankan Memandangkan kes wabak Covid-19 yang semakin meningkat di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya pelbagai prosedur operasi standard (SOP) telah ditetapkan sepanjang tempoh PKPB ini. Kerajaan telah menetapkan bahawa perjalanan merentas daerah dan negeri juga adalah dilarang bagi mengelakkan penularan wabak tersebut. Dalam pada itu, Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) juga bersetuju untuk membenarkan maksimum 10 peratus pekerja daripada 6 tugasan yang disenaraikan untuk berada di pejabat mulai 22 Oktober ini. Antara tugasan yang dibenarkan ialah melibatkan perakaunan, kewangan, pentadbiran, perundangan, perancangan serta teknologi maklumat dan komunikasiI (ICT). Mereka yang berada di pejabat pula dihadkan berkerja selama 4 jam sahaja bermula jam 10 pagi sehingga 2 petang untuk 3 hari seminggu. Bagi majikan, mereka hanya perlu me

[VIDEO] Detik-Detik Akhir Rakaman Kembar 4 Dilahirkan, Wanita Ini Kongsi Momen Kehamilan

Kelahiran anak kembar cukup istimewa di hati ibunya. Perjalanan kehamilan tentu tidak seperti kehamilan biasa. Ibu ini kongsikan pengalamannya melalui kehamilan kembar selama 35 minggu. Ibu kepada bayi kembar empat yang tular baru-baru ini, Puan sha.rissa telah berkongsi perjalanan kehamilan beliau. Kebanyakan netizen kagum dengan ibu ini, cukup kuat menempuhi kehamilan berganda sehingga selamat melahirkan pada usia kehamilan 35 minggu. KETIKA KANDUNGAN BERUSIA 7 & 11 MINGGU Ibu hebat ini mulanya merahsiakan kandungannya ialah kandungan kembar sehinggalah terpaksa menceritakan kepada ketua kerana perlu mengambil cuti. sha.rissa “Ultrasound images at 7 & 11 weeks. I kept it a secret from my friends and colleagues about the quads until delivery. Tapi terpaksa bagitahu my boss sebab kena apply banyak cuti. So I showed him this scan pictures and he was like ”empat???” Btw, thanks boss for being so understanding.” ANTARA UBAT Dan SUPLEMEN YANG DICADANGKAN OLEH DOKTOR Puan Sha.rissa

Video - Bukan malu hidup susah! Bapa ‘lari’ ketika anak rakam sedang makan nasi kosong beri penjelasan - “Hari tu saya cuma ada RM5”

SEORANG bapa dilihat menjamah nasi putih hanya dengan kicap, itu pun baki selepas anaknya makan tengah hari! Kisah ini tular di laman Facebook apabila anak kepada lelaki berkenaan, Nik Aswan yang baru berusia 10 tahun memuat naik video bapanya di akaun TikTok miliknya. Bapanya, Ngah Misnum, 36, bagaimanapun segera memadam video tersebut sebaik sahaja mendapat tahu ia tular dalam masa beberapa jam. “Sejujurnya saya tak sangka langsung dia akan muat naik video tu sebab masa saya sedar dia tengah rakam, saya terus bangun dari tempat duduk. “Tahu-tahu tular sampai dekat Facebook, memang terkejut sangat. Saya terus ambil telefon dia dan padam video tu,” katanya kepada mStar, mengimbas kembali video yang memaparkan ‘adegan’ dirinya makan nasi tanpa lauk. Kehidupan dua beranak yang tidak meminta simpati orang ramai. Bagi mereka yang sempat menonton video tersebut, rata-rata mengakui sebak melihat kehidupan dua beranak itu yang serba sederhana tetapi bahagia. Ngah, yang berasal dari Kuala Neru