Baru-baru ini, seorang pemandu teksi ‘online’ di Sumatera Selatan mengaku berpura-pura hilang demi berjumpa dan meluangkan masa bersama kekasih gelapnya.
Menurut laporan Suara.com, Epan Tarnando ditemukan dalam keadaan baik selepas isterinya Sekar Asri membuat laporan polis kerana risau setelah lelaki tersebut tidak pulang ke rumah.
Difahamkan, lelaki berusia 30 tahun itu sempat menginap di rumah kekasih gelapnya yang dikenali sebagai Melisa di daerah Kertapati sebelum berhasrat mahu berangkat ke rumah ibu bapa wanita berkenaan di Lampung.
Epan & kekasih gelap
Epan berkata, dia bertengkar dengan ibu mentua sebelum mengambil keputusan untuk berjumpa dengan Melisa. Kemudian, dia sengaja tidak memberitahu khabar kepada ahli keluarga agar mereka terfikir kononnya menjadi mangsa samun.
Selain itu, Epan mengakui baru sebulan menjalin hubungan sulit dengan Melisa dimana selalu menghabiskan masa bersama wanita berusia 24 tahun itu tanpa pengetahuan si isteri.
Memetik laporan Tribun News pula, dia berlaku curang kerana tidak dapat menahan nafsu berikutan isterinya baru sahaja bersalin bulan lalu.
Isteri Epan
Terkejut dengan kecurangan tersebut, Sekar mengakui kecewa dengan sikap suaminya selain memohon maaf kerana menyusahkan pelbagai pihak untuk mencari suaminya.
Sumber: borakdaily
Comments
Post a Comment