Maut dihempap pokok, pemuda GrabFood rupanya cari rezeki sara keluarga Skip to main content

Maut dihempap pokok, pemuda GrabFood rupanya cari rezeki sara keluarga

“Sejak ayahnya tidak boleh bekerja selama dua bulan kerana menjalani pembedahan, Syed Izzat Izzudin yang mengambil alih tugas mencari rezeki untuk menyara keluarga kami,” kata Inang Suhana Abu Bakar.

Inang adalah ibu kepada penghantar makanan GrabFood yang meninggal dunia selepas dihempap pokok tumbang akibat ribut di Alam Damai, Taman Len Seng, Cheras, semalam.

Menurut laporan Bernama, Inang berkata arwah yang berusia 20 tahun adalah anak yang rajin membantu keluarga, namun dia bersedih kerana tidak boleh menerima kenyataan cara kematian Allahyarham.

Selama ini, saya menonton di televisyen dan lihat di media sosial (kejadian pokok tumbang), tetapi tidak menyangka ia berlaku kepada anak sendiri,” katanya

Syed Izzat dijangka dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Alam Damai selepas selesai bedah siasat di Hospital Canselor Tuanku Muhriz Universiti Kebangsaan Malaysia hari ini.

Selain itu, menerusi beberapa posting di laman Facebook, ahli keluarga dan kenalan rapat Syed Izzat turut meluahkan perasaan sebak atas pemergian mangsa.

Adik sepupu yang sangat baik…

SYED IZZAT IZZUDIN DALAM KENANGAN 💔😔 Al-Fatihah Ijat. Adik sepupu yang baik sangat, kerja keras demi cari rezeki. Allah...

Posted by Nrl Asmadyana on Thursday, April 15, 2021

Moga roh kawan baik aku dicucuri rahmat…

innalillahiwainnailaihirojiun aku mcm tak percaya kawan baik aku dah meninggal 😭 . semoga rohnya dicucuri rahmat ,...

Posted by Bae Yaya on Thursday, April 15, 2021

Terdahulu, tular gambar dan video mangsa di media sosial yang dibantu orang ramai dalam keadaan hujan lebat sebelum dibaringkan di perkarangan stesen minyak Petronas Alam Damai.

Sumber: Ohmymedia

Comments

Popular Article

“Bawa Awak Ke Sini” -Ada Suara Dalam Video Tangmo, Manager Sempat Tukar Baju

Satu persatu klu atau petunjuk baru muncul bagi membongkarkan rahsia di sebalik pemergian pelakon terkenal Thailand, Tangmo Nida Patcharaveerapong. Sehingga ke hari ini, ibu kepada mendiang masih lagi yakin wujudnya unsur-unsur jenayah sekaligus menolak kenyataan rakan-rakan yang mendakwa artis tersebut tergelincir ketika ingin membuang air kecil. Netizen jumpa petunjuk baru, ada dengar suara pelik dalam video Nida  Justeru itu, ramai netizen tampil melakukan penyiasatan sendiri berbekalkan beberapa rakaman CCTV serta bukti yang sempat tular di media sosial. Terdahulu, satu video sewaktu Nida sedang minum di atas bot berkenaan telah dikeluarkan. Walau bagaimanapun, ramai mendakwa terdengar satu suara yang agak pelik setelah menggunakan satu software bagi mengurangkan bunyi muzik latar @eveapissaya พี่โมสวยมาก สวยเหมือนนางฟ้าเลย 🤍 คลิปสุดท้าย.. #แตงโม #แตงโมนิดา ♬ เสียงต้นฉบับ - Eve Apissaya Suara garang sebut bawa awak ke sini 2 kali…Polis akan siasat lebih lanjut  Hasilnya,

Pagi Baru Saja Beli Pregnancy Test, Wanita Terkejut Malam Terus Lahirkan Anak

Anak adalah anugerah yang paling terindah buat setiap ibu bapa. Walau bagaimanapun, di luar sana ramai sekali pasangan yang belum dikurniakan rezeki menimang zuriat sendiri. Malah ada yang sudah berusaha melakukan segala cara selama bertahun-tahun. Anugerah terindah di akhir tahun yang tak disangka-sangka  Samalah juga dengan situasi yang dialami sepasang suami isteri ini apabila masih lagi belum mempunyai anak meskipun sudah menikah selama 10 tahun. Namun kisah seterusnya cukup luar biasa apabila wanita berkenaan hanya sedar tentang kehamilannya ketika kandungan sudah pun mencecah 9 bulan. @raangju.l anugerah terindah diakhir tahun yg ga disangka²🥺😇makasih buat @bidanzulfa sudah membantu persalinanku# masyaallahtabarakallah❤️🥰 # pejuanggarisdua ♬ original sound - Elita Kurnia Pagi beli pregnancy test, petang rasa perut memulas dan malam terus melahirkan  Menerusi satu video di TikTok Bidan Zulfa, terdahulu kliennya itu sempat membeli satu pregnancy test pada awal pagi dan

Hari-Hari Netizen Malaysia Minta Update Tangmo, Akak Siam Gigih Jadi Translator

Meskipun berlaku di Thailand, namun kisah pemergian pelakon terkenal Tangmo Nida Patcharaveerapong ini turut mendapat perhatian yang sangat besar di Malaysia. Mana taknya, kejadian yang disangkakan cumalah insiden malah bertukar menjadi satu penglibatan jenayah serta kecuaian melibatkan rakan-rakannya sendiri. Ramai pulak netizen Malaysia tunggu update baru tentang kisah Tangmo  Boleh dikatakan hampir kesemua video di TikTok mengenai perkembangan terbaru kisah menyayat hati tersebut menerima komen daripada rakyat Malaysia. Namun rata-rata mengharapkan ada subtitle supaya dapat memahami dengan lebih baik apakah sebenarnya yang terjadi. Lebih-lebih lagi bahasa Thailand sememangnya terkenal dengan keunikan tulisannya dan bukan mudah untuk dibaca. @tubtimcho โรเบิร์ต กระติก #แตงโมนิดา #แตงโม #โหนกระแส #แตงโมภัทรธิดา #หอนกระแส #แตงโมตกเรือ ♬ Ei Yang Wa - Boom Boom Cash Abang dan adik Tangmo nak fight…Mak Tangmo gila harta  Walau bagaimanapun, kini mereka semua sudah mampu menari