Kebiasaannya, peniaga wanita yang memiliki wajah cantik sering menjadi tular di serata laman sosial dan menarik perhatian ramai netizen.
Namun, kali ini berbeza pula apabila sebuah perkongsian di Instagram @makassar_iinfo memaparkan seprang penjual nasi kuning kacak yang mencuri tumpuan ramai orang di laman sosial.
Menerusi video berkenaan, jelas dilihat seorang pemuda berbaju coklat sedang membungkus ‘nasi kuning’ untuk pelanggannya.
Bagaimanapun aksinya itu telah dirakam dan dimuat naik di laman sosial.
“Di mana ni menjual nasi? Penjualnya mirip ‘oppa’ Korea,” tulis di ruangan kapsyen.
Bukan itu sahaja, ramai yang mengatakan wajah pemuda itu mirip ‘oppa’ (abang) Korea menyebabkan ramai gadis jatuh hati!
Tiba-tiba mengidam
Sehingga kini video tersebut menerima pelbagai komen daripada netizen yang ingin mengetahui lokasi kedainya.
Lebih-lebih lagi apabila ramai gadis yang terpukau melihat senyuman manis jejaka berwajah tampan itu, mereka secara tiba-tiba mengidam mahu makan nasi.
Setiap pagi teringin nasi kuning
Orang Korea buat pembedahan mahal2, kalah dengan penjual nasi
Sumber: borakdaily
Comments
Post a Comment