Nonny Nadirah tayang ‘body’ lagi, Mila Jirin dah malas nak tegur sahabat Skip to main content

Nonny Nadirah tayang ‘body’ lagi, Mila Jirin dah malas nak tegur sahabat

Nampaknya Instagram pelakon, Nonny Nadirah kembali menjadi bualan apabila terdapat satu muat naik gambar wanita berkemban persis dirinya yang membuatkan netizen tertanya-tanya.

Walaupun tidak meninggalkan kapsyen yang menjelaskan perihal tersebut, namun ia seakan sengaja dimuat naik memandangkan akaun Instagram satu minuman kesihatan turut di sertakan walaupun ruangan komen ditutup.

Luahan seorang sahabat

Kesal dengan tindakan sahabatnya, penyanyi dan juga usahawan, Mila Jirin telah memuat naik satu luahan panjang lebar di  Instagramnya seakan berputus asa untuk menasihati Nonny Nadirah andai benar dia memang memuat naik gambar berkemban itu.

AKU CUMA ADA DOA ….AKU DOA MOGA ALLAH JENTIK HATI KAU…AKU DOA ALLAH KETUK KEPALA KAU. Sebab hanya Allah mampu ubah apa yang ada dalam kepala otak kau.”

“Punya ramai DM / KOMEN maki hamun aku sebab aku TEGUR KAU secara terbuka.. Sampai aku terpaksa off komen sbb aku pulak yang strrss…Aku tak BODOH nak tegur tanpa betul betul lakukan apa yang perlu di lakukan sebagai sahabat!”

“Takkan lah bodoh aku tak whatsapp…tak call…tak direct bercakap…Kau JANJI kat aku tapi???”

“Sebelum aku cakap secara PUBLIC. Ada SEBAB aku LOUD!! Aku tak perlukan PUBLISITI pun seperti mana orang dok kutuk aku.”

“Aku telan orang maki hamun aku…Aku telan orang kutuk aku asalkan AKU DAPAT BAGITAU PADA 1 DUNIA NI YANG KAU TU ANAK YANG BAIK! SAHABAT YANG BAIK!”

“Harini aku antara yang SANGAT FRUST! Rasa macam selama ni aku bercakap dengan seorang PELAKON!”

“Mungkin selama ini aku sahaja yang anggap kau SAHABAT…”

“Tahniah sahabat!”

“Aku dah tak mampu buat apa apa…mungkin 1 JUTA FOLLOWERS yang kau impikan 👏”

“AKU CUMA ADA DOA ….AKU DOA MOGA ALLAH JENTIK HATI KAU…AKU DOA ALLAH KETUK KEPALA KAU. Sebab hanya Allah mampu ubah apa yang ada dalam kepala otak kau.”

“Aku post kat sini, sebab aku tau ko akan baca disini….” –tulis Mila panjang lebar.

Doakan sahabat kembali ke jalan benar

Mila dilihat seakan beremosi kerana berasa ralat dengan tindakan sahabatnya yang dipercayai mulai berubah daripada penampilannya sebelum ini yang mana bertudung litup.

Di akhir penulisan Mila, dia mendoakan agar sahabatnya itu kembali semula kelandasan yang benar kerana dia sudah penat untuk menangis buat sahabatnya itu.

Sebelum ini, Mila Jirin telah memuat naik satu pesanan buat Nonny selepas gambar dan video berpakaian seksi pelakon wanita berkenaan tular di media sosial.

Dia mengakui begitu terkejut dan sempat menghubungi Nonny yang berada di Sabah dengan harapan pelakon itu menafikan dia yang memuat naik foto-foto itu.

Namun, sangkaannya meleset kerana Nonny mengakui dia yang melakukan sehingga Mila berasa begitu sedih melihat perubahan sahabatnya.

sumber: ohmymedia

Comments

Popular Article

Senarai Lokasi Sekatan Jalan Raya Dalam Tempoh PKPB Di Selangor, Kuala Lumpur & Putrajaya

Umum mengetahui pelaksanaan semula Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) bagi Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya sudah pun dijalankan Memandangkan kes wabak Covid-19 yang semakin meningkat di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya pelbagai prosedur operasi standard (SOP) telah ditetapkan sepanjang tempoh PKPB ini. Kerajaan telah menetapkan bahawa perjalanan merentas daerah dan negeri juga adalah dilarang bagi mengelakkan penularan wabak tersebut. Dalam pada itu, Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) juga bersetuju untuk membenarkan maksimum 10 peratus pekerja daripada 6 tugasan yang disenaraikan untuk berada di pejabat mulai 22 Oktober ini. Antara tugasan yang dibenarkan ialah melibatkan perakaunan, kewangan, pentadbiran, perundangan, perancangan serta teknologi maklumat dan komunikasiI (ICT). Mereka yang berada di pejabat pula dihadkan berkerja selama 4 jam sahaja bermula jam 10 pagi sehingga 2 petang untuk 3 hari seminggu. Bagi majikan, mereka hanya perlu me

[VIDEO] Detik-Detik Akhir Rakaman Kembar 4 Dilahirkan, Wanita Ini Kongsi Momen Kehamilan

Kelahiran anak kembar cukup istimewa di hati ibunya. Perjalanan kehamilan tentu tidak seperti kehamilan biasa. Ibu ini kongsikan pengalamannya melalui kehamilan kembar selama 35 minggu. Ibu kepada bayi kembar empat yang tular baru-baru ini, Puan sha.rissa telah berkongsi perjalanan kehamilan beliau. Kebanyakan netizen kagum dengan ibu ini, cukup kuat menempuhi kehamilan berganda sehingga selamat melahirkan pada usia kehamilan 35 minggu. KETIKA KANDUNGAN BERUSIA 7 & 11 MINGGU Ibu hebat ini mulanya merahsiakan kandungannya ialah kandungan kembar sehinggalah terpaksa menceritakan kepada ketua kerana perlu mengambil cuti. sha.rissa “Ultrasound images at 7 & 11 weeks. I kept it a secret from my friends and colleagues about the quads until delivery. Tapi terpaksa bagitahu my boss sebab kena apply banyak cuti. So I showed him this scan pictures and he was like ”empat???” Btw, thanks boss for being so understanding.” ANTARA UBAT Dan SUPLEMEN YANG DICADANGKAN OLEH DOKTOR Puan Sha.rissa

Video - Bukan malu hidup susah! Bapa ‘lari’ ketika anak rakam sedang makan nasi kosong beri penjelasan - “Hari tu saya cuma ada RM5”

SEORANG bapa dilihat menjamah nasi putih hanya dengan kicap, itu pun baki selepas anaknya makan tengah hari! Kisah ini tular di laman Facebook apabila anak kepada lelaki berkenaan, Nik Aswan yang baru berusia 10 tahun memuat naik video bapanya di akaun TikTok miliknya. Bapanya, Ngah Misnum, 36, bagaimanapun segera memadam video tersebut sebaik sahaja mendapat tahu ia tular dalam masa beberapa jam. “Sejujurnya saya tak sangka langsung dia akan muat naik video tu sebab masa saya sedar dia tengah rakam, saya terus bangun dari tempat duduk. “Tahu-tahu tular sampai dekat Facebook, memang terkejut sangat. Saya terus ambil telefon dia dan padam video tu,” katanya kepada mStar, mengimbas kembali video yang memaparkan ‘adegan’ dirinya makan nasi tanpa lauk. Kehidupan dua beranak yang tidak meminta simpati orang ramai. Bagi mereka yang sempat menonton video tersebut, rata-rata mengakui sebak melihat kehidupan dua beranak itu yang serba sederhana tetapi bahagia. Ngah, yang berasal dari Kuala Neru