Pelajar sanggup berlapar demi ibu akhirnya ‘tewas’, minta bantuan selepas putus bekalan makanan... elaun belajar semua kirim ke kampung! Skip to main content

Pelajar sanggup berlapar demi ibu akhirnya ‘tewas’, minta bantuan selepas putus bekalan makanan... elaun belajar semua kirim ke kampung!

"UNTUNGNYA ibu bapa dia... anak yang mengenang budi."

Demikian antara komen yang dilontarkan netizen terhadap satu perkongsian yang dimuat naik oleh aktivis masyarakat, Kuan Chee Heng di laman Facebooknya.

Menerusi posting berkenaan, Kuan Chee Heng atau lebih dikenali sebagai Uncle Kentang berkongsi kisah mengenai seorang anak muda yang sanggup berlapar demi menghantar wang kepada ibunya di kampung.

Menurut Uncle Kentang, anak muda berkenaan masih menuntut di sebuah Kolej Vokasional di Semenyih, Selangor.

"Anak Permatang Pauh. Sanggup berlapar. Mak didahulukan. Hebat anak Melayu ini di Semenyih... sedang belajar di Kolej Vokasional.

"Dapat elaun RM400 sebulan. Kirim balik kampung bagi mak RM300. Sendiri ada tinggal RM100 sahaja.

"Kata beliau, mak di kampung lebih memerlukan. Anak macam ini memang patut aku tabik habis," tulisnya pada perkongsian tersebut.

Tambah Uncle Kentang, anak muda berkenaan bersama rakan memohon bantuan daripadanya kerana terputus bekalan makanan gara-gara kekurangan wang.

"Anak soleh... semoga kamu berjaya dunia akhirat. Sanggup berlapar, asal dapat kirim wang balik kampung. Bijak beliau dan rakan mohon makanan dari kami," tulisnya lagi.

Sehingga kini posting berkenaan meraih lebih daripada 200 shares.

Menjengah ke ruangan komen, majoriti netizen menyuarakan hasrat mereka untuk membantu menghulurkan sumbangan bagi meringankan beban anak muda berkenaan.

"Uncle up nombor akaun adik ni atau nombor telefon dia. Bab-bab mak ni sensitif sangat.

"Duduk mana adik ni, Uncle? Nak jumpa belanja makan.

"Boleh share number anak yang sentiasa mendahulukan ibu dan keluarga?" demikian antara komen yang dilontarkan netizen.

Insan yang hebat! Mak dia lagi hebat... didik anak yang mendahulukan orang tua. NETIZEN

Dalam masa yang sama juga, kebanyakan netizen memuji sikap anak muda berkenaan yang disifatkan sebagai seorang anak yang bertanggungjawab dan mengenang jasa orang tua.

"Pada usia sebegini pemikiran minda dah mantap, memang susah nak cari zaman sekarang. Attitude dah ada, disiplin dah ada, rela berkorban demi keluarga dan dia dah tahu nilai wang, tak akan bazir di masa hadapan.

"Insan yang hebat! Mak dia lagi hebat... didik anak yang mendahulukan orang tua.

"Satu dalam seribu! Anak ini akan menjadi hebat dan berjaya.. rezekinya akan murah sentiasa," komen netizen.

Sumber: mstaronline

Comments

Popular Article

“Bawa Awak Ke Sini” -Ada Suara Dalam Video Tangmo, Manager Sempat Tukar Baju

Satu persatu klu atau petunjuk baru muncul bagi membongkarkan rahsia di sebalik pemergian pelakon terkenal Thailand, Tangmo Nida Patcharaveerapong. Sehingga ke hari ini, ibu kepada mendiang masih lagi yakin wujudnya unsur-unsur jenayah sekaligus menolak kenyataan rakan-rakan yang mendakwa artis tersebut tergelincir ketika ingin membuang air kecil. Netizen jumpa petunjuk baru, ada dengar suara pelik dalam video Nida  Justeru itu, ramai netizen tampil melakukan penyiasatan sendiri berbekalkan beberapa rakaman CCTV serta bukti yang sempat tular di media sosial. Terdahulu, satu video sewaktu Nida sedang minum di atas bot berkenaan telah dikeluarkan. Walau bagaimanapun, ramai mendakwa terdengar satu suara yang agak pelik setelah menggunakan satu software bagi mengurangkan bunyi muzik latar @eveapissaya พี่โมสวยมาก สวยเหมือนนางฟ้าเลย 🤍 คลิปสุดท้าย.. #แตงโม #แตงโมนิดา ♬ เสียงต้นฉบับ - Eve Apissaya Suara garang sebut bawa awak ke sini 2 kali…Polis akan siasat lebih lanjut  Hasilnya,

Pagi Baru Saja Beli Pregnancy Test, Wanita Terkejut Malam Terus Lahirkan Anak

Anak adalah anugerah yang paling terindah buat setiap ibu bapa. Walau bagaimanapun, di luar sana ramai sekali pasangan yang belum dikurniakan rezeki menimang zuriat sendiri. Malah ada yang sudah berusaha melakukan segala cara selama bertahun-tahun. Anugerah terindah di akhir tahun yang tak disangka-sangka  Samalah juga dengan situasi yang dialami sepasang suami isteri ini apabila masih lagi belum mempunyai anak meskipun sudah menikah selama 10 tahun. Namun kisah seterusnya cukup luar biasa apabila wanita berkenaan hanya sedar tentang kehamilannya ketika kandungan sudah pun mencecah 9 bulan. @raangju.l anugerah terindah diakhir tahun yg ga disangka²🥺😇makasih buat @bidanzulfa sudah membantu persalinanku# masyaallahtabarakallah❤️🥰 # pejuanggarisdua ♬ original sound - Elita Kurnia Pagi beli pregnancy test, petang rasa perut memulas dan malam terus melahirkan  Menerusi satu video di TikTok Bidan Zulfa, terdahulu kliennya itu sempat membeli satu pregnancy test pada awal pagi dan

Hari-Hari Netizen Malaysia Minta Update Tangmo, Akak Siam Gigih Jadi Translator

Meskipun berlaku di Thailand, namun kisah pemergian pelakon terkenal Tangmo Nida Patcharaveerapong ini turut mendapat perhatian yang sangat besar di Malaysia. Mana taknya, kejadian yang disangkakan cumalah insiden malah bertukar menjadi satu penglibatan jenayah serta kecuaian melibatkan rakan-rakannya sendiri. Ramai pulak netizen Malaysia tunggu update baru tentang kisah Tangmo  Boleh dikatakan hampir kesemua video di TikTok mengenai perkembangan terbaru kisah menyayat hati tersebut menerima komen daripada rakyat Malaysia. Namun rata-rata mengharapkan ada subtitle supaya dapat memahami dengan lebih baik apakah sebenarnya yang terjadi. Lebih-lebih lagi bahasa Thailand sememangnya terkenal dengan keunikan tulisannya dan bukan mudah untuk dibaca. @tubtimcho โรเบิร์ต กระติก #แตงโมนิดา #แตงโม #โหนกระแส #แตงโมภัทรธิดา #หอนกระแส #แตงโมตกเรือ ♬ Ei Yang Wa - Boom Boom Cash Abang dan adik Tangmo nak fight…Mak Tangmo gila harta  Walau bagaimanapun, kini mereka semua sudah mampu menari