Pelakon Terlibat Iklan Judi Raya Dedah Hal Sebenar, Tak Berniat Gadaikan Maruah Skip to main content

Pelakon Terlibat Iklan Judi Raya Dedah Hal Sebenar, Tak Berniat Gadaikan Maruah

Belum genap seminggu umat Islam berpuasa, tular sebuah video iklan raya yang didakwa mempromosikan aktiviti perjudian. Gara-gara itu, video tersebut telah diturunkan manakala tindakan tegas bakal dikenakan terhadap pihak terbabit.

Pelakon iklan raya perjudian tampil buka mulut 

Susulan kekecohan tersebut, pelakon yang terbabit dalam video itu akhirnya tampil membuka cerita sebenar. Pada asalnya, saudara Saifullah Mohd Yunus bersama rakan-rakan yang lain mendakwa ditawar untuk jayakan sebuah projek penggambaran video muzik (MV) oleh wakil produksi sekitar bulan Mac lalu. Nombor peribadi mereka hanya dimasukkan ke dalam group WhatsApp sahaja, serta tidak menerima sebarang kontrak atau storyline.

Hanya sedar ia melibatkan perjudian di hujung penggambaran 

Walau bagaimanapun, pemuda berusia 26 tahun ini akui menyesal kerana tidak menarik diri selepas terbabit 70% penggambaran yang awalnya memang berkaitan raya. Namun begitu, mereka hanya menyedari ia adalah judi selepas masuk bahagian kedua di penghujung projek tersebut. Kelima-limanya diminta lip sync 4 baris lagu yang berkaitan perjudian oleh pihak produksi ‘on the spot’ di set kampung tersebut.

Tak tidur sebab dapat kecaman teruk…tapi memang tak berniat pun gadaikan maruah & agama 

Dalam pada itu, Saifullah mewakili 4 lagi rakannya memohon maaf kepada seluruh rakyat Malaysia kerana tidak berniat pun untuk mencemarkan sambutan Ramadan dan Aidilfitri. Dia turut akui gagal tidur lena selepas mendapat kecaman bertubi-tubi daripada netizen gara-gara muncul dalam video tersebut. Justeru, kejadian sebegini diharapkan dapat jadi iktibar agar jangan terima sebarang tawaran sewenang-wenangnya.

Comments

Popular Article

Senarai Lokasi Sekatan Jalan Raya Dalam Tempoh PKPB Di Selangor, Kuala Lumpur & Putrajaya

Umum mengetahui pelaksanaan semula Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) bagi Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya sudah pun dijalankan Memandangkan kes wabak Covid-19 yang semakin meningkat di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya pelbagai prosedur operasi standard (SOP) telah ditetapkan sepanjang tempoh PKPB ini. Kerajaan telah menetapkan bahawa perjalanan merentas daerah dan negeri juga adalah dilarang bagi mengelakkan penularan wabak tersebut. Dalam pada itu, Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) juga bersetuju untuk membenarkan maksimum 10 peratus pekerja daripada 6 tugasan yang disenaraikan untuk berada di pejabat mulai 22 Oktober ini. Antara tugasan yang dibenarkan ialah melibatkan perakaunan, kewangan, pentadbiran, perundangan, perancangan serta teknologi maklumat dan komunikasiI (ICT). Mereka yang berada di pejabat pula dihadkan berkerja selama 4 jam sahaja bermula jam 10 pagi sehingga 2 petang untuk 3 hari seminggu. Bagi majikan, mereka hanya perlu me

[VIDEO] Detik-Detik Akhir Rakaman Kembar 4 Dilahirkan, Wanita Ini Kongsi Momen Kehamilan

Kelahiran anak kembar cukup istimewa di hati ibunya. Perjalanan kehamilan tentu tidak seperti kehamilan biasa. Ibu ini kongsikan pengalamannya melalui kehamilan kembar selama 35 minggu. Ibu kepada bayi kembar empat yang tular baru-baru ini, Puan sha.rissa telah berkongsi perjalanan kehamilan beliau. Kebanyakan netizen kagum dengan ibu ini, cukup kuat menempuhi kehamilan berganda sehingga selamat melahirkan pada usia kehamilan 35 minggu. KETIKA KANDUNGAN BERUSIA 7 & 11 MINGGU Ibu hebat ini mulanya merahsiakan kandungannya ialah kandungan kembar sehinggalah terpaksa menceritakan kepada ketua kerana perlu mengambil cuti. sha.rissa “Ultrasound images at 7 & 11 weeks. I kept it a secret from my friends and colleagues about the quads until delivery. Tapi terpaksa bagitahu my boss sebab kena apply banyak cuti. So I showed him this scan pictures and he was like ”empat???” Btw, thanks boss for being so understanding.” ANTARA UBAT Dan SUPLEMEN YANG DICADANGKAN OLEH DOKTOR Puan Sha.rissa

Video - Bukan malu hidup susah! Bapa ‘lari’ ketika anak rakam sedang makan nasi kosong beri penjelasan - “Hari tu saya cuma ada RM5”

SEORANG bapa dilihat menjamah nasi putih hanya dengan kicap, itu pun baki selepas anaknya makan tengah hari! Kisah ini tular di laman Facebook apabila anak kepada lelaki berkenaan, Nik Aswan yang baru berusia 10 tahun memuat naik video bapanya di akaun TikTok miliknya. Bapanya, Ngah Misnum, 36, bagaimanapun segera memadam video tersebut sebaik sahaja mendapat tahu ia tular dalam masa beberapa jam. “Sejujurnya saya tak sangka langsung dia akan muat naik video tu sebab masa saya sedar dia tengah rakam, saya terus bangun dari tempat duduk. “Tahu-tahu tular sampai dekat Facebook, memang terkejut sangat. Saya terus ambil telefon dia dan padam video tu,” katanya kepada mStar, mengimbas kembali video yang memaparkan ‘adegan’ dirinya makan nasi tanpa lauk. Kehidupan dua beranak yang tidak meminta simpati orang ramai. Bagi mereka yang sempat menonton video tersebut, rata-rata mengakui sebak melihat kehidupan dua beranak itu yang serba sederhana tetapi bahagia. Ngah, yang berasal dari Kuala Neru