Polis tengok je bukan terus tangkap, penonton bengang babak drama tak masuk akal Skip to main content

Polis tengok je bukan terus tangkap, penonton bengang babak drama tak masuk akal

Bagi peminat drama tempatan, pasti mengikuti jalan cerita Tak Sempurna Mencintaimu karya penulisan Rehan Makhtar yang ditayangkan di slot Akasia TV3 sejak 29 Mac lalu.

Namun menerusi episod ke-16 semalam, terdapat babak yang menjadi bualan warganet membabitkan watak Sirat (Intan Najuwa), Mellisa (Rita Nadira), Taqim (Redza Rosli) serta beberapa anggota polis.

Babak berkenaan memaparkan Sirat diculik oleh Mellisa, sebelum muncul Taqim yang cuba menyelamatkan keadaan dengan bantuan pihak polis.

Paling tak masuk akal

Bagaimanapun, penonton memberikan pendapat bahawa babak tersebut tidak masuk akal apabila polis yang sepatutnya bertindak pantas, hanya ‘tercegat’ di belakang Taqim tanpa berbuat apa-apa.

Malah seorang pengguna platform TikTok, @KuAhmad turut memuat naik sedutan babak tersebut dengan meluahkan rasa tidak puas hati apabila melihat pihak polis ‘tercengang’ sebegitu rupa.

Ini kerana menurut @KuAhmad, pihak polis sepatutnya boleh menerjah Mellisa sebelum wanita itu mengeluarkan pisau tetapi hanya mula bertindak selepas Taqim merampas senjata berkenaan.

Babak2 tak logik!

@ahmad97ff

Aku pulak yg excited tngok babak2 tak logik tu 😂😂😂😂 #fyp #fypmalaysia🇲🇾 #fypindonesia #taklogic #dramamelayu

♬ bunyi asal - KuAhmad

Berikutan itu, ramai memenuhi ruangan komen video tersebut dengan mengkritik kualiti drama tempatan yang disifatkan lebih kepada ‘merepek’ untuk disajikan kepada penonton.

Polis datang macam nak beraya

Nama pun drama Melayu, nak jangka apa

Geram tengok polis tu!

Selain beberapa pelakon berkenaan, drama arahan Emi Suffian itu turut dibintangi oleh Fendy Bakry, Nafiez Zaidi, Azza Elite, Wan Maimunah dan ramai lagi.

Sumber: ohmymedia

Comments

Popular Article

Senarai Lokasi Sekatan Jalan Raya Dalam Tempoh PKPB Di Selangor, Kuala Lumpur & Putrajaya

Umum mengetahui pelaksanaan semula Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) bagi Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya sudah pun dijalankan Memandangkan kes wabak Covid-19 yang semakin meningkat di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya pelbagai prosedur operasi standard (SOP) telah ditetapkan sepanjang tempoh PKPB ini. Kerajaan telah menetapkan bahawa perjalanan merentas daerah dan negeri juga adalah dilarang bagi mengelakkan penularan wabak tersebut. Dalam pada itu, Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) juga bersetuju untuk membenarkan maksimum 10 peratus pekerja daripada 6 tugasan yang disenaraikan untuk berada di pejabat mulai 22 Oktober ini. Antara tugasan yang dibenarkan ialah melibatkan perakaunan, kewangan, pentadbiran, perundangan, perancangan serta teknologi maklumat dan komunikasiI (ICT). Mereka yang berada di pejabat pula dihadkan berkerja selama 4 jam sahaja bermula jam 10 pagi sehingga 2 petang untuk 3 hari seminggu. Bagi majikan, mereka hanya perlu me

[VIDEO] Detik-Detik Akhir Rakaman Kembar 4 Dilahirkan, Wanita Ini Kongsi Momen Kehamilan

Kelahiran anak kembar cukup istimewa di hati ibunya. Perjalanan kehamilan tentu tidak seperti kehamilan biasa. Ibu ini kongsikan pengalamannya melalui kehamilan kembar selama 35 minggu. Ibu kepada bayi kembar empat yang tular baru-baru ini, Puan sha.rissa telah berkongsi perjalanan kehamilan beliau. Kebanyakan netizen kagum dengan ibu ini, cukup kuat menempuhi kehamilan berganda sehingga selamat melahirkan pada usia kehamilan 35 minggu. KETIKA KANDUNGAN BERUSIA 7 & 11 MINGGU Ibu hebat ini mulanya merahsiakan kandungannya ialah kandungan kembar sehinggalah terpaksa menceritakan kepada ketua kerana perlu mengambil cuti. sha.rissa “Ultrasound images at 7 & 11 weeks. I kept it a secret from my friends and colleagues about the quads until delivery. Tapi terpaksa bagitahu my boss sebab kena apply banyak cuti. So I showed him this scan pictures and he was like ”empat???” Btw, thanks boss for being so understanding.” ANTARA UBAT Dan SUPLEMEN YANG DICADANGKAN OLEH DOKTOR Puan Sha.rissa

Video - Bukan malu hidup susah! Bapa ‘lari’ ketika anak rakam sedang makan nasi kosong beri penjelasan - “Hari tu saya cuma ada RM5”

SEORANG bapa dilihat menjamah nasi putih hanya dengan kicap, itu pun baki selepas anaknya makan tengah hari! Kisah ini tular di laman Facebook apabila anak kepada lelaki berkenaan, Nik Aswan yang baru berusia 10 tahun memuat naik video bapanya di akaun TikTok miliknya. Bapanya, Ngah Misnum, 36, bagaimanapun segera memadam video tersebut sebaik sahaja mendapat tahu ia tular dalam masa beberapa jam. “Sejujurnya saya tak sangka langsung dia akan muat naik video tu sebab masa saya sedar dia tengah rakam, saya terus bangun dari tempat duduk. “Tahu-tahu tular sampai dekat Facebook, memang terkejut sangat. Saya terus ambil telefon dia dan padam video tu,” katanya kepada mStar, mengimbas kembali video yang memaparkan ‘adegan’ dirinya makan nasi tanpa lauk. Kehidupan dua beranak yang tidak meminta simpati orang ramai. Bagi mereka yang sempat menonton video tersebut, rata-rata mengakui sebak melihat kehidupan dua beranak itu yang serba sederhana tetapi bahagia. Ngah, yang berasal dari Kuala Neru