Sanggup Pendam Masalah Sendiri & Tidak Meluah, Wanita Dijemput Ajal Akibat Stress Yang Melampau Skip to main content

Sanggup Pendam Masalah Sendiri & Tidak Meluah, Wanita Dijemput Ajal Akibat Stress Yang Melampau

Walaupun sudah banyak kempen kesedaran dilakukan, namun masih ada yang memandang remeh selain menyifatkan penghidap masalah jiwa sebagai ‘insan lemah iman’. Secara dasarnya, stres mungkin nampak seperti sesuatu yang normal. Tapi sebenarnya, ia boleh dialami oleh sesiapa sahaja tanpa diskriminasi umur dan akan melarat jika berlarutan lebih lama. Sampai satu tahap, sesetengah mereka menemui ajal tidak kira akibat kemerosotan tahap kesihatan mahupun nekad menamatkan hayat sendiri.

Dah besarkan? Tak usah nak cerita masalah sana sini…Belajar berdikari 

Apabila berdepan dengan masalah, kebanyakan penghidap kemurungan jiwa ini gemar memendam sendiri tekanan yang terbuku di hati mereka. Lebih-lebih lagi bagi orang dewasa, rata-ratanya beranggapan bahawa meluahkan segala masalah hidup kepada sesiapa pun adalah sejenis tindakan kurang matang dan mungkin boleh membebankan pihak lain. Bahkan keputusan menyimpan sendiri masalah juga disifatkan sebagai lebih berdikari berbanding menceritakannya kepada keluarga atau kenalan rapat.

Lepas diselidik rupanya nenek stress sebab pendam masalah sendiri 

Tidak bersetuju dengan pemikiran sedemikian rupa, seorang gadis dengan akaun Twitter @Naya tampil berkongsikan mengenai tragedi pemergian neneknya sendiri. Jelasnya, wanita warga emas itu juga gemar memendam sendiri segala masalah sehingga akhirnya menjurus kepada masalah kesihatan yang kritikal sekali gus mengakibatkan nyawanya melayang.


Setiap masalah perlu dilepaskan termasuklah dengan cara menangis 

Menurut pakar psikiatri bernama Elly Ingkiriwang di portal Kompas, sifat suka memendam perasaan akan menyebabkan berlakunya situasi yang dinamakan sebagai psikosomatik. Ia adalah faktor utama stress yang mencetuskan gangguan jiwa. Tambah pakar perubatan ini, setiap masalah perlu ‘dilepaskan’ menggunakan saluran yang bersesuaian termasuklah dengan cara menangis. Paling penting, setiap orang harus mendiagnosis masalah-masalah mereka sebagai langkah mencari jalan penyelesaian dari peringkat awal.

Sumber: Kisahdunia

Comments

Popular Article

Senarai Lokasi Sekatan Jalan Raya Dalam Tempoh PKPB Di Selangor, Kuala Lumpur & Putrajaya

Umum mengetahui pelaksanaan semula Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) bagi Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya sudah pun dijalankan Memandangkan kes wabak Covid-19 yang semakin meningkat di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya pelbagai prosedur operasi standard (SOP) telah ditetapkan sepanjang tempoh PKPB ini. Kerajaan telah menetapkan bahawa perjalanan merentas daerah dan negeri juga adalah dilarang bagi mengelakkan penularan wabak tersebut. Dalam pada itu, Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) juga bersetuju untuk membenarkan maksimum 10 peratus pekerja daripada 6 tugasan yang disenaraikan untuk berada di pejabat mulai 22 Oktober ini. Antara tugasan yang dibenarkan ialah melibatkan perakaunan, kewangan, pentadbiran, perundangan, perancangan serta teknologi maklumat dan komunikasiI (ICT). Mereka yang berada di pejabat pula dihadkan berkerja selama 4 jam sahaja bermula jam 10 pagi sehingga 2 petang untuk 3 hari seminggu. Bagi majikan, mereka hanya perlu me

[VIDEO] Detik-Detik Akhir Rakaman Kembar 4 Dilahirkan, Wanita Ini Kongsi Momen Kehamilan

Kelahiran anak kembar cukup istimewa di hati ibunya. Perjalanan kehamilan tentu tidak seperti kehamilan biasa. Ibu ini kongsikan pengalamannya melalui kehamilan kembar selama 35 minggu. Ibu kepada bayi kembar empat yang tular baru-baru ini, Puan sha.rissa telah berkongsi perjalanan kehamilan beliau. Kebanyakan netizen kagum dengan ibu ini, cukup kuat menempuhi kehamilan berganda sehingga selamat melahirkan pada usia kehamilan 35 minggu. KETIKA KANDUNGAN BERUSIA 7 & 11 MINGGU Ibu hebat ini mulanya merahsiakan kandungannya ialah kandungan kembar sehinggalah terpaksa menceritakan kepada ketua kerana perlu mengambil cuti. sha.rissa “Ultrasound images at 7 & 11 weeks. I kept it a secret from my friends and colleagues about the quads until delivery. Tapi terpaksa bagitahu my boss sebab kena apply banyak cuti. So I showed him this scan pictures and he was like ”empat???” Btw, thanks boss for being so understanding.” ANTARA UBAT Dan SUPLEMEN YANG DICADANGKAN OLEH DOKTOR Puan Sha.rissa

Video - Bukan malu hidup susah! Bapa ‘lari’ ketika anak rakam sedang makan nasi kosong beri penjelasan - “Hari tu saya cuma ada RM5”

SEORANG bapa dilihat menjamah nasi putih hanya dengan kicap, itu pun baki selepas anaknya makan tengah hari! Kisah ini tular di laman Facebook apabila anak kepada lelaki berkenaan, Nik Aswan yang baru berusia 10 tahun memuat naik video bapanya di akaun TikTok miliknya. Bapanya, Ngah Misnum, 36, bagaimanapun segera memadam video tersebut sebaik sahaja mendapat tahu ia tular dalam masa beberapa jam. “Sejujurnya saya tak sangka langsung dia akan muat naik video tu sebab masa saya sedar dia tengah rakam, saya terus bangun dari tempat duduk. “Tahu-tahu tular sampai dekat Facebook, memang terkejut sangat. Saya terus ambil telefon dia dan padam video tu,” katanya kepada mStar, mengimbas kembali video yang memaparkan ‘adegan’ dirinya makan nasi tanpa lauk. Kehidupan dua beranak yang tidak meminta simpati orang ramai. Bagi mereka yang sempat menonton video tersebut, rata-rata mengakui sebak melihat kehidupan dua beranak itu yang serba sederhana tetapi bahagia. Ngah, yang berasal dari Kuala Neru