“Seolah Otak Di Lutut” – Pembaca Berita ‘Sound Padu’ Isu Kompaun Peniaga RM50k Skip to main content

“Seolah Otak Di Lutut” – Pembaca Berita ‘Sound Padu’ Isu Kompaun Peniaga RM50k

Lebih baik masuk penjara, itulah antara luahan kecewa peniaga yang tak semena-mena dikenakan jumlah kompaun tidak masuk akal di Kelantan baru-baru ini. Belum reda kisah peniaga burger dikenakan kompaun RM50,000 kerana beroperasi lebih masa kelmarin, seorang peniaga colek dan mee celup di Kampung Chekok Tengah turut menerima padah yang sama.

Walaupun rayuan boleh dibuat…tapi kompaun RM50,000 akan diteliti semula 

Majoriti selebriti dan individu ternama turut kesal apabila mendapat tahu tentang berita tersebut, sedangkan kedua-duanya berniaga di depan rumah saja. Walaupun peniaga terlibat masih boleh membuat rayuan terhadap kompaun terbabit, namun isu ini akan disiasat lebih terperinci oleh pihak berkuasa

“Ketika otak yang letaknya di atas…tapi ada yang bertindak seolah otak di lutut” 

Nada ketidakpuashatian terhadap isu tersebut juga disuarakan oleh seorang pembaca berita secara langsung malam tadi. Jelas Luqman Hariz, tindakan itu disifatkan seolah ‘otak di lutut’ kerana mereka cuma penjaja kecil dan ada yang terpaksa menanggung lebih 10 orang isi rumah untuk diberi makan. Rakaman itu turut menjadi tular selepas dimuat naik oleh salah seorang pelayar Twitter.

Mantap, ini baru betul berita…tak berlapik & ‘makan dalam’ ayat tu 

Rata-rata netizen bukan sahaja menyambut baik, malah memuji teguran berani yang dilakukan oleh pembaca berita lelaki tersebut. Ujar mereka lagi, frasa yang digunakan sangat ‘mendalam’ maksudnya.


Sumber: kisahdunia

Comments

Popular Article

“Bawa Awak Ke Sini” -Ada Suara Dalam Video Tangmo, Manager Sempat Tukar Baju

Satu persatu klu atau petunjuk baru muncul bagi membongkarkan rahsia di sebalik pemergian pelakon terkenal Thailand, Tangmo Nida Patcharaveerapong. Sehingga ke hari ini, ibu kepada mendiang masih lagi yakin wujudnya unsur-unsur jenayah sekaligus menolak kenyataan rakan-rakan yang mendakwa artis tersebut tergelincir ketika ingin membuang air kecil. Netizen jumpa petunjuk baru, ada dengar suara pelik dalam video Nida  Justeru itu, ramai netizen tampil melakukan penyiasatan sendiri berbekalkan beberapa rakaman CCTV serta bukti yang sempat tular di media sosial. Terdahulu, satu video sewaktu Nida sedang minum di atas bot berkenaan telah dikeluarkan. Walau bagaimanapun, ramai mendakwa terdengar satu suara yang agak pelik setelah menggunakan satu software bagi mengurangkan bunyi muzik latar @eveapissaya พี่โมสวยมาก สวยเหมือนนางฟ้าเลย 🤍 คลิปสุดท้าย.. #แตงโม #แตงโมนิดา ♬ เสียงต้นฉบับ - Eve Apissaya Suara garang sebut bawa awak ke sini 2 kali…Polis akan siasat lebih lanjut  Hasilnya,

Pagi Baru Saja Beli Pregnancy Test, Wanita Terkejut Malam Terus Lahirkan Anak

Anak adalah anugerah yang paling terindah buat setiap ibu bapa. Walau bagaimanapun, di luar sana ramai sekali pasangan yang belum dikurniakan rezeki menimang zuriat sendiri. Malah ada yang sudah berusaha melakukan segala cara selama bertahun-tahun. Anugerah terindah di akhir tahun yang tak disangka-sangka  Samalah juga dengan situasi yang dialami sepasang suami isteri ini apabila masih lagi belum mempunyai anak meskipun sudah menikah selama 10 tahun. Namun kisah seterusnya cukup luar biasa apabila wanita berkenaan hanya sedar tentang kehamilannya ketika kandungan sudah pun mencecah 9 bulan. @raangju.l anugerah terindah diakhir tahun yg ga disangka²🥺😇makasih buat @bidanzulfa sudah membantu persalinanku# masyaallahtabarakallah❤️🥰 # pejuanggarisdua ♬ original sound - Elita Kurnia Pagi beli pregnancy test, petang rasa perut memulas dan malam terus melahirkan  Menerusi satu video di TikTok Bidan Zulfa, terdahulu kliennya itu sempat membeli satu pregnancy test pada awal pagi dan

Hari-Hari Netizen Malaysia Minta Update Tangmo, Akak Siam Gigih Jadi Translator

Meskipun berlaku di Thailand, namun kisah pemergian pelakon terkenal Tangmo Nida Patcharaveerapong ini turut mendapat perhatian yang sangat besar di Malaysia. Mana taknya, kejadian yang disangkakan cumalah insiden malah bertukar menjadi satu penglibatan jenayah serta kecuaian melibatkan rakan-rakannya sendiri. Ramai pulak netizen Malaysia tunggu update baru tentang kisah Tangmo  Boleh dikatakan hampir kesemua video di TikTok mengenai perkembangan terbaru kisah menyayat hati tersebut menerima komen daripada rakyat Malaysia. Namun rata-rata mengharapkan ada subtitle supaya dapat memahami dengan lebih baik apakah sebenarnya yang terjadi. Lebih-lebih lagi bahasa Thailand sememangnya terkenal dengan keunikan tulisannya dan bukan mudah untuk dibaca. @tubtimcho โรเบิร์ต กระติก #แตงโมนิดา #แตงโม #โหนกระแส #แตงโมภัทรธิดา #หอนกระแส #แตงโมตกเรือ ♬ Ei Yang Wa - Boom Boom Cash Abang dan adik Tangmo nak fight…Mak Tangmo gila harta  Walau bagaimanapun, kini mereka semua sudah mampu menari