Setelah viral di Twitter, Uncle OKU gembira dapat beratus2 ‘order’ pewangi kereta Skip to main content

Setelah viral di Twitter, Uncle OKU gembira dapat beratus2 ‘order’ pewangi kereta

Baru-baru ini, tular tentang kisah seorang penjual produk wangian kereta yang bergelar Orang Kurang Upaya (OKU) gigih bersiaran langsung (live) di Shopee, namun jumlah penonton hanya sekitar 7 orang sahaja.

Siapa sangka, setelah kisahnya menjadi tular di Twitter penjual tersebut menerima sehingga beratus-ratus tempahan sehingga membuatkan dirinya tak menang tangan melayan pelanggan.

Terima ratusan order daripada pelanggan

Memetik temubual bersama mStar, penjual yang dikenali sebagai Foo Chia Keat itu berkata dia tidak sangka perkongsian tentang kisahnya menjadi tular sehingga ramai menghubunginya untuk membeli produk wangian.

“Saya hanya tahu malam tadi (Sabtu malam) sebab ada pelanggan beritahu ‘posting’ itu viral di Twitter. Saya memang terkejut sebab terima beratus-ratus pesanan dalam tempoh 24 jam.

“Sebelum-sebelum ini apabila saya buat ‘live’, viewers tak ramai pun. Macam hari itu hanya 7 atau 8 orang sahaja yang masuk. Semua pesan melalui Shopee.

“Berbeza sangat… Sebelum ini hanya beberapa botol sahaja terjual, tapi kini beratus-ratus. Saya memang seronok dan anggap ini adalah rezeki. Orang kata rezeki takkan salah alamat,” katanya gembira atas sokongan orang ramai.

Sentiasa gigih berusaha

Masih berstatus bujang dan tinggal bersama keluarganya di Cheras, Chia Keat berkata bahawa dia baru 2 tahun menjual produk wangian tersebut.

Biarpun seorang OKU, kekurangan dirinya itu bukanlah satu penghalang untuk mencari rezeki.

Bukan itu sahaja, pemuda itu fasih berbahasa Melayu dan cukup gemar bercakap dalam bahasa kebangsaan sewaktu bersiaran langsung.

“Selagi ada kudrat, saya suka berusaha dan takkan putus asa. Tahun lalu saya beberapa kali dimasukkan ke hospital kerana masalah semput. Tahun ini syukur kesihatan saya baik.

“Sambutan yang diterima ketika ini membuatkan saya lebih bersemangat. Sekarang saya dibantu juga oleh seorang kawan lebih-lebih lagi ketika menerima banyak pesanan ketika ini,” luahnya kepada mStar.

Jangan pernah putus asa dalam mencari rezeki

Terima kasih semua yang support saya hari ini.. Benda ini saya memang plan akan berlaku satu hari nanti, cuma tak sangka...

Posted by Foo Chia Keat on Sunday, April 18, 2021

Dalam pada itu, Chia Keat menasihatkan orang ramai agar jangan berputus asa dalam mencari rezeki.

“Apa yang boleh saya katakan, jangan pernah berputus asa. Bak kata pepatah, hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih. Ingatlah rezeki itu takkan pernah salah alamat.

“Terima kasih kepada semua yang sokong saya dan juga kawan saya tolong saya selama ini. Terima kasih juga guru saya yang selama ini didik saya menjadi seorang yang berguna. Tanpa guru, tak adalah saya yang sekarang,” ujarnya lagi.

Malah, dia turut mengucapkan terima kasih kepada orang sekeliling yang menyokong dirinya selama ini, termasuklah rakan serta gurunya.

Sumber: ohmymedia

Comments

Popular Article

JANGAN DICIUM ANAK2 YANG SEDANG TIDUR KERANA ITU SALAH SATU SEBAB ANAK KITA MENJADI DEGIL.

Apabila anak anda nakal kita selalu marahi mereka, bukan marah sebab kita tak suka tapi marah sebab kita takut tejadi apa-apa dekat mereka, tapi nak buat macam mana dah budak mestila degil. Degil-degil itu pun datang dari ayahnya jugak jadi tidak boleh kita berbuat apa-apa, lari sana lari sini tetiba senyap ,lahhh,,dah tidur bawah meja rupanya. kita yang melihat si comel tertidur pula dengan gaya bermacam ragam, aksi comel dan menawan, mesti geram dan ingin menciumnya, tahukah anda bahaya mencium anak ketika sedang tidur. Berikut penerangan ustaz ismail kamus yang mungkin perlu ada tahu. si comel ku. geramm nak cium kan. hmmm. ~ jika Anak-anak degil @ nakal ~ – Sediakan air satu jug – Baca Basmalah 786 kali – Baca surah yasin ayat 72 وَذَلَّلْنَاهَا لَهُمْ فَمِنْهَا رَكُوبُهُمْ وَمِنْهَا يَأْكُلُونَ “Dan Kami tundukkan binatang-binatang itu untuk mereka, maka sebagiannya mereka tunggangi dan sebagiannya mereka makan” Selesai baca hembus ke air & bagi anak m

Senarai Lokasi Sekatan Jalan Raya Dalam Tempoh PKPB Di Selangor, Kuala Lumpur & Putrajaya

Umum mengetahui pelaksanaan semula Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) bagi Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya sudah pun dijalankan Memandangkan kes wabak Covid-19 yang semakin meningkat di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya pelbagai prosedur operasi standard (SOP) telah ditetapkan sepanjang tempoh PKPB ini. Kerajaan telah menetapkan bahawa perjalanan merentas daerah dan negeri juga adalah dilarang bagi mengelakkan penularan wabak tersebut. Dalam pada itu, Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) juga bersetuju untuk membenarkan maksimum 10 peratus pekerja daripada 6 tugasan yang disenaraikan untuk berada di pejabat mulai 22 Oktober ini. Antara tugasan yang dibenarkan ialah melibatkan perakaunan, kewangan, pentadbiran, perundangan, perancangan serta teknologi maklumat dan komunikasiI (ICT). Mereka yang berada di pejabat pula dihadkan berkerja selama 4 jam sahaja bermula jam 10 pagi sehingga 2 petang untuk 3 hari seminggu. Bagi majikan, mereka hanya perlu me

[VIDEO] Detik-Detik Akhir Rakaman Kembar 4 Dilahirkan, Wanita Ini Kongsi Momen Kehamilan

Kelahiran anak kembar cukup istimewa di hati ibunya. Perjalanan kehamilan tentu tidak seperti kehamilan biasa. Ibu ini kongsikan pengalamannya melalui kehamilan kembar selama 35 minggu. Ibu kepada bayi kembar empat yang tular baru-baru ini, Puan sha.rissa telah berkongsi perjalanan kehamilan beliau. Kebanyakan netizen kagum dengan ibu ini, cukup kuat menempuhi kehamilan berganda sehingga selamat melahirkan pada usia kehamilan 35 minggu. KETIKA KANDUNGAN BERUSIA 7 & 11 MINGGU Ibu hebat ini mulanya merahsiakan kandungannya ialah kandungan kembar sehinggalah terpaksa menceritakan kepada ketua kerana perlu mengambil cuti. sha.rissa “Ultrasound images at 7 & 11 weeks. I kept it a secret from my friends and colleagues about the quads until delivery. Tapi terpaksa bagitahu my boss sebab kena apply banyak cuti. So I showed him this scan pictures and he was like ”empat???” Btw, thanks boss for being so understanding.” ANTARA UBAT Dan SUPLEMEN YANG DICADANGKAN OLEH DOKTOR Puan Sha.rissa