Tiada istilah berkira! Anak hadiah cash RM25,000 sempena hari lahir ibu, setiap bulan beri RM20,000 - “Mak ayah ni ‘paip’ rezeki” Skip to main content

Tiada istilah berkira! Anak hadiah cash RM25,000 sempena hari lahir ibu, setiap bulan beri RM20,000 - “Mak ayah ni ‘paip’ rezeki”

SETIAP anak pastinya memasang impian untuk membahagiakan kedua ibu bapa mereka.
Menerusi aplikasi TikTok, tular video memaparkan seorang wanita menyerahkan wang tunai berjumlah RM25,000 kepada ibunya.
Wanita berkenaan, Nabilah Nazib, 30, ketika dihubungi mStar sempat bercerita mengenai kisah sebenar di sebalik video tular yang meraih lebih 160,000 tontonan itu.
Mesra disapa Nabilah, dia berkata ia merupakan hadiah kepada ibunya, Rushila Abdul Karim, 57, untuk dijadikan sebagai simpanan di dalam bank.
"Video itu dirakam pada hari Jumaat. Saya memang dah berjanji nak bawa mak pergi bank untuk dia punya lucky draw (cabutan istimewa) Sijil Simpanan Premium (SSP).
"Saya keluarkan wang tunai dan ia memang khas untuk dia. Mak jenis tak pakai barang kemas, handbag dan sebagainya. Kebetulan hari lahir mak pada 22 April.
"Bila fikir nak bagi hadiah apa, saya buat keputusan untuk bagi wang. Lagipun dia tak pernah menang lucky draw bank tu sebab tak pernah menyimpan banyak. Jadi saya bagi jumlah yang besar untuk dia sertai kali ini," ujarnya.
Kalau mak ayah dah tiada, 'senjata' doa untuk kita pun dah tak ada. NABILAH
Menurut Nabilah yang juga pengasas produk kesihatan rambut, dia sama sekali tidak menyangka video pemberian buat ibunya itu akan meraih perhatian ramai di TikTok.
Jelasnya, ia dimuat naik untuk disimpan sebagai kenangan, namun berharap video itu dapat memberi inspirasi kepada insan di luar sana agar terus berbakti kepada orang tua mereka.
"Saya gembira apabila ia dapat menjadi peringatan bersama. Saya harap video tu dapat memberi inspirasi.
"Tak kisah banyak atau sikit, kita perlu berbakti kepada ibu dan ayah," ujarnya.
Nabilah berharap video yang dikongsi mampu memberi inspirasi kepada mereka di luar sana.
Kata Nabilah yang sudah lima tahun menjalankan perniagaan, ibu bapa dianggap sebagai 'paip' rezeki dan keberkatan mereka menjadi perkara utama yang dititikberatkan olehnya.
"Mak ayah ni 'paip' rezeki. Kalau nak lagi banyak wang mengalir, bagi je banyak lagi kepada mereka.
"Doa mereka sangat penting. Kalau mak ayah dah tiada, 'senjata' doa untuk kita pun dah tak ada," ujarnya lagi.
Malah kata Nabilah, dia setiap bulan akan memberi wang berjumlah RM20,000 buat kedua orang tuanya.
"Saya dulu mula berniaga untuk mak saya sebab masa tu dia nak bersara kerja. Dulu mak saya kerja audit di bank selama 30 tahun.
"Masa mula-mula berniaga, saya janji untuk tolong mak ayah. Dari awal walaupun untung tak banyak, berapa yang mereka minta saya akan bagi.
"Untuk yang baru nak berniaga, teruskan usaha anda walaupun belum nampak hasil. Kalau rasa kurang atau tak cukup, tetap je bagi kat mak ayah sebanyak yang kita mampu.
"Paling penting keredaan mereka, ia nombor satu pada saya. Itu je rahsianya," ujarnya yang menetap di Kuala Lumpur.
@sugardollbynn

We cant choose our parents, but sure we can be a good daughter. Cus the choice is ours. Appreciation comes first! Good luck mak! #fyp #mommydaughter

♬ Hanya Rindu - Andmesh

Comments

Popular Article

Senarai Lokasi Sekatan Jalan Raya Dalam Tempoh PKPB Di Selangor, Kuala Lumpur & Putrajaya

Umum mengetahui pelaksanaan semula Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) bagi Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya sudah pun dijalankan Memandangkan kes wabak Covid-19 yang semakin meningkat di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya pelbagai prosedur operasi standard (SOP) telah ditetapkan sepanjang tempoh PKPB ini. Kerajaan telah menetapkan bahawa perjalanan merentas daerah dan negeri juga adalah dilarang bagi mengelakkan penularan wabak tersebut. Dalam pada itu, Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) juga bersetuju untuk membenarkan maksimum 10 peratus pekerja daripada 6 tugasan yang disenaraikan untuk berada di pejabat mulai 22 Oktober ini. Antara tugasan yang dibenarkan ialah melibatkan perakaunan, kewangan, pentadbiran, perundangan, perancangan serta teknologi maklumat dan komunikasiI (ICT). Mereka yang berada di pejabat pula dihadkan berkerja selama 4 jam sahaja bermula jam 10 pagi sehingga 2 petang untuk 3 hari seminggu. Bagi majikan, mereka hanya perlu me

[VIDEO] Detik-Detik Akhir Rakaman Kembar 4 Dilahirkan, Wanita Ini Kongsi Momen Kehamilan

Kelahiran anak kembar cukup istimewa di hati ibunya. Perjalanan kehamilan tentu tidak seperti kehamilan biasa. Ibu ini kongsikan pengalamannya melalui kehamilan kembar selama 35 minggu. Ibu kepada bayi kembar empat yang tular baru-baru ini, Puan sha.rissa telah berkongsi perjalanan kehamilan beliau. Kebanyakan netizen kagum dengan ibu ini, cukup kuat menempuhi kehamilan berganda sehingga selamat melahirkan pada usia kehamilan 35 minggu. KETIKA KANDUNGAN BERUSIA 7 & 11 MINGGU Ibu hebat ini mulanya merahsiakan kandungannya ialah kandungan kembar sehinggalah terpaksa menceritakan kepada ketua kerana perlu mengambil cuti. sha.rissa “Ultrasound images at 7 & 11 weeks. I kept it a secret from my friends and colleagues about the quads until delivery. Tapi terpaksa bagitahu my boss sebab kena apply banyak cuti. So I showed him this scan pictures and he was like ”empat???” Btw, thanks boss for being so understanding.” ANTARA UBAT Dan SUPLEMEN YANG DICADANGKAN OLEH DOKTOR Puan Sha.rissa

Video - Bukan malu hidup susah! Bapa ‘lari’ ketika anak rakam sedang makan nasi kosong beri penjelasan - “Hari tu saya cuma ada RM5”

SEORANG bapa dilihat menjamah nasi putih hanya dengan kicap, itu pun baki selepas anaknya makan tengah hari! Kisah ini tular di laman Facebook apabila anak kepada lelaki berkenaan, Nik Aswan yang baru berusia 10 tahun memuat naik video bapanya di akaun TikTok miliknya. Bapanya, Ngah Misnum, 36, bagaimanapun segera memadam video tersebut sebaik sahaja mendapat tahu ia tular dalam masa beberapa jam. “Sejujurnya saya tak sangka langsung dia akan muat naik video tu sebab masa saya sedar dia tengah rakam, saya terus bangun dari tempat duduk. “Tahu-tahu tular sampai dekat Facebook, memang terkejut sangat. Saya terus ambil telefon dia dan padam video tu,” katanya kepada mStar, mengimbas kembali video yang memaparkan ‘adegan’ dirinya makan nasi tanpa lauk. Kehidupan dua beranak yang tidak meminta simpati orang ramai. Bagi mereka yang sempat menonton video tersebut, rata-rata mengakui sebak melihat kehidupan dua beranak itu yang serba sederhana tetapi bahagia. Ngah, yang berasal dari Kuala Neru