Tular foto dengan 2 ‘wanita’ seksi, PU Amin tampil jawab kecaman netizen Skip to main content

Tular foto dengan 2 ‘wanita’ seksi, PU Amin tampil jawab kecaman netizen

Tiada angin tiada ribut, baru-baru ini tular beberapa gambar memperlihatkan Pencetus Ummah (PU) Amin bergambar bersama 2 wanita seksi menampakkan aurat dalam satu majlis yang diadakan di bulan Ramadan

Gambar-gambar tersebut dikongsi di laman Instagram oleh pemilik akaun @nadiraisaac, dipercayai individu yang mengadakan majlis tersebut.

“Tak salah bergambar, takkan nak cakap tak boleh awak ahli neraka?”

Memetik temubual bersama Utusan, lelaki berusia 31 tahun itu bagaimanapun menganggap perkara terbabit tidak salah memandangkan dirinya bukan berpelukan atau menyentuh wanita-wanita tersebut.

Menurut pemilik nama Mohamad Amirul Amin Maula Lokman Hakim itu, dia sedar gambar yang diambil oleh individu tertentu pada malam Sabtu lalu di sebuah hotel terkemuka di ibu negara akan dimuat naik dalam laman sosial.

Malah, dia turut menduga akan menerima kecaman orang ramai.

“Betul, pakaian mereka tidak menutup aurat. Tapi tak akanlah bila orang nak bergambar saya nak kata ‘tak boleh, awak ahli neraka’? Samalah juga jika ada golongan mak nyah yang nak bergambar, tak akan saya nak cakap begitu?

“Orang perli dan sindir saya senyum dalam gambar itu. Habis, dah namanya ambil gambar, tak akanlah saya nak buat muka marah pula?

“Pula itu, ada kalangan warganet yang komen itu sengaja jadikan ia bahan perbalahan parti politik pula,” katanya semasa dihubungi Utusan Malaysia hari ini.

Dijemput menghadiri majlis berbuka puasa sebagai pembaca doa

Jelas Amin lagi, dia hadir ke majlis berbuka puasa itu sebagai tetamu jemputan untuk membaca doa selain memberi tazkirah Maghrib sebelum pulang menunaikan tanggungjawab sebagai imam di sebuah masjid.

“Sebelum pergi pun, saya dah bincang dengan isteri dan rakan-rakan. Semua kata ini peluang untuk berdakwah dan itulah yang saya lakukan semasa berada di majlis berkenaan.

“Depan-depan saya cakap semasa beri tazkirah kepada semua tetamu yang hadir. Saya sentuh mengenai topik pematuhan pakaian, sensitiviti di bulan Ramadan, kuasa dan keampunan Allah SWT, semua nampak gembira dan menerima baik bila dengar ceramah saya.

“Selama ini orang asyik kata saya cuma cakap dan nasihat orang dalam Facebook saja, bila saya turun padang macam ini dan bukannya cuma berada di surau atau masjid, pun kena kecam juga? Macam mana ini?” katanya.

Dalam pada itu, bekas peserta Pencetus Ummah itu telah pun meminta agar gambar tersebut diturunkan daripada pemilik akaun media sosial tersebut. Namun nampaknya, permintaan itu masih belum dituruti.

Selain itu, dia juga tidak menolak andaian sekiranya gambar itu akan digunakan bagi tujuan melonjakkan jenama produk tertentu tanpa pengetahuannya dan mendoakan semua yang terlibat mendapat hidayah.

Tak reti jaga air muka sendiri, jagalah air muka Ustaz tu

Menjengah ke ruangan komen perkongsian Instagram tersebut, rata-rata netizen mengecam tindakan wanita itu kerana memuat naik gambar yang boleh menimbulkan fitnah berkenaan.

Tau kan panggil Ustaz, jagalah pakaian


Terdahulu, 2 keping gambar yang memaparkan dirinya bersama dua wanita seksi dalam sebuah majlis tersebar meluas setelah ia dikongsi oleh seorang daripada wanita tersebut di dalam akaun media sosialnya.

Sumber: ohmymedia

Comments

Popular Article

“Bawa Awak Ke Sini” -Ada Suara Dalam Video Tangmo, Manager Sempat Tukar Baju

Satu persatu klu atau petunjuk baru muncul bagi membongkarkan rahsia di sebalik pemergian pelakon terkenal Thailand, Tangmo Nida Patcharaveerapong. Sehingga ke hari ini, ibu kepada mendiang masih lagi yakin wujudnya unsur-unsur jenayah sekaligus menolak kenyataan rakan-rakan yang mendakwa artis tersebut tergelincir ketika ingin membuang air kecil. Netizen jumpa petunjuk baru, ada dengar suara pelik dalam video Nida  Justeru itu, ramai netizen tampil melakukan penyiasatan sendiri berbekalkan beberapa rakaman CCTV serta bukti yang sempat tular di media sosial. Terdahulu, satu video sewaktu Nida sedang minum di atas bot berkenaan telah dikeluarkan. Walau bagaimanapun, ramai mendakwa terdengar satu suara yang agak pelik setelah menggunakan satu software bagi mengurangkan bunyi muzik latar @eveapissaya พี่โมสวยมาก สวยเหมือนนางฟ้าเลย 🤍 คลิปสุดท้าย.. #แตงโม #แตงโมนิดา ♬ เสียงต้นฉบับ - Eve Apissaya Suara garang sebut bawa awak ke sini 2 kali…Polis akan siasat lebih lanjut  Hasilnya,

Pagi Baru Saja Beli Pregnancy Test, Wanita Terkejut Malam Terus Lahirkan Anak

Anak adalah anugerah yang paling terindah buat setiap ibu bapa. Walau bagaimanapun, di luar sana ramai sekali pasangan yang belum dikurniakan rezeki menimang zuriat sendiri. Malah ada yang sudah berusaha melakukan segala cara selama bertahun-tahun. Anugerah terindah di akhir tahun yang tak disangka-sangka  Samalah juga dengan situasi yang dialami sepasang suami isteri ini apabila masih lagi belum mempunyai anak meskipun sudah menikah selama 10 tahun. Namun kisah seterusnya cukup luar biasa apabila wanita berkenaan hanya sedar tentang kehamilannya ketika kandungan sudah pun mencecah 9 bulan. @raangju.l anugerah terindah diakhir tahun yg ga disangka²🥺😇makasih buat @bidanzulfa sudah membantu persalinanku# masyaallahtabarakallah❤️🥰 # pejuanggarisdua ♬ original sound - Elita Kurnia Pagi beli pregnancy test, petang rasa perut memulas dan malam terus melahirkan  Menerusi satu video di TikTok Bidan Zulfa, terdahulu kliennya itu sempat membeli satu pregnancy test pada awal pagi dan

Hari-Hari Netizen Malaysia Minta Update Tangmo, Akak Siam Gigih Jadi Translator

Meskipun berlaku di Thailand, namun kisah pemergian pelakon terkenal Tangmo Nida Patcharaveerapong ini turut mendapat perhatian yang sangat besar di Malaysia. Mana taknya, kejadian yang disangkakan cumalah insiden malah bertukar menjadi satu penglibatan jenayah serta kecuaian melibatkan rakan-rakannya sendiri. Ramai pulak netizen Malaysia tunggu update baru tentang kisah Tangmo  Boleh dikatakan hampir kesemua video di TikTok mengenai perkembangan terbaru kisah menyayat hati tersebut menerima komen daripada rakyat Malaysia. Namun rata-rata mengharapkan ada subtitle supaya dapat memahami dengan lebih baik apakah sebenarnya yang terjadi. Lebih-lebih lagi bahasa Thailand sememangnya terkenal dengan keunikan tulisannya dan bukan mudah untuk dibaca. @tubtimcho โรเบิร์ต กระติก #แตงโมนิดา #แตงโม #โหนกระแส #แตงโมภัทรธิดา #หอนกระแส #แตงโมตกเรือ ♬ Ei Yang Wa - Boom Boom Cash Abang dan adik Tangmo nak fight…Mak Tangmo gila harta  Walau bagaimanapun, kini mereka semua sudah mampu menari