Video - 7 beradik terima hadiah barang LV bernilai RM60,000 daripada kakak sulung, tahun ini masing-masing dapat pakej umrah Skip to main content

Video - 7 beradik terima hadiah barang LV bernilai RM60,000 daripada kakak sulung, tahun ini masing-masing dapat pakej umrah

BUKAN satu kejutan, tetapi tujuh kejutan yang dibuat oleh seorang wanita apabila menghadiahkan barangan jenama mewah buat adik-beradiknya.

Menerusi satu video di aplikasi TikTok, wanita berkenaan menghadiahkan barangan jenama fesyen terkenal dari Perancis, Louis Vuitton (LV) sempena hari jadi adik-beradiknya."Saya sayang semua adik-beradik saya," ujar wanita itu menerusi video yang meraih lebih 170,000 tontonan selain dihujani komen-komen positif dalam kalangan netizen.

Wanita berkenaan, Hartini Sulaiman memberitahu, dia merupakan anak kedua daripada lapan adik beradik yang terdiri daripada tiga lelaki dan lima perempuan.

Anak perempuan sulung berusia 41 tahun itu berkata, kesemua barangan LV itu adalah hadiah yang diberikan sepanjang 2020 buat seorang abang dan enam adiknya yang menyambut ulang tahun kelahiran.

"Mereka tidak meminta untuk dihadiahkan barangan berjenama atau mewah tetapi saya sendiri yang mahu menggembirakan adik-beradik saya.

"Tuhan beri rezeki lebih dan kesenangan kepada saya, jadi saya mahu adik-beradik turut rasa apa yang saya menerusi pemberian hadiah tersebut," katanya kepada mStar.

Lebih dikenali sebagai Kak Bie, katanya, hadiah LV tersebut berharga serendah RM6,800 sehingga mencecah RM12,000 sebuah, menjadikan jumlah keseluruhan hampir RM60,000.

"Antara hadiah tersebut ada yang saya beli, beli secara online termasuk mendapatkan bantuan adik dan khidmat pembeli peribadi (personal shopper).

"Saya juga mendapat nasihat daripada adik-beradik lain serta jurujual di butik mengenai kualiti, warna dan material serta jenis yang bersesuaian dengan citarasa masing-masing. Adik-beradik lelaki akan dapat LV, manakala perempuan dapat beg tangan LV," ujarnya yang berasal dari Kuantan, Pahang.

Tuhan beri rezeki lebih dan kesenangan kepada saya, jadi saya mahu adik-beradik turut rasa apa yang saya menerusi pemberian hadiah tersebut HARTINI SULAIMAN (KAK BIE)

Menurut usahawan produk kecantikan itu, ini bukanlah pertama kali adik-beradiknya dihadiahkan dengan barangan mewah, kerana pada tahun sebelumnya dia pernah menghadiahkan mereka dengan barangan kemas untuk perempuan dan jam tangan buat lelaki.

"Semua adik-beradik saya telah berkahwin, malah ada yang bergaji besar, tapi saya tetap mahu menggembirakan mereka dengan hadiah-hadiah berjenama.

"Nak berkongsi rezeki dengan orang luar, kita juga perlu berkongsi rezeki dengan orang yang dekat dengan kita seperti adik-beradik," katanya.

Mengulas lanjut, ibu kepada dua cahaya mata itu terkenang zaman kanak-kanaknya bersama adik-beradik setiap kali memberikan hadiah kepada mereka.

"Teringat masa zaman kanak-kanak, masa semua masih kecil dan bersekolah sehingga sekarang masing-masing ada kehidupan sendiri.

"Walaupun semua dah besar, saya tetap ada rasa tanggungjawab sebagai anak perempuan sulung kepada abang dan adik-adik saya," katanya.

Kak Bie berkata, dia amat berharap tanpa mengira apa jua dugaan dan cabaran yang perlu dilalui pada masa akan datang, hubungan mereka adik-beradik tetap kuat dan berkekalan.

"Bagi tahun 2021, saya merancang untuk menaja pakej umrah kepada adik-beradik sebagai hadiah hari jadi," katanya sambil menambah adik-beradiknya boleh menunaikan umrah secara percuma sebaik jemaah umrah dari Malaysia dibenarkan untuk menunaikan ibadah itu.

Terdahulu, wanita itu pernah tular kerana menghadiahkan telefon bimbit dan gelang emas kepada dua pembantu rumahnya.

Sumber: mstaronline

Comments

Popular Article

“Bawa Awak Ke Sini” -Ada Suara Dalam Video Tangmo, Manager Sempat Tukar Baju

Satu persatu klu atau petunjuk baru muncul bagi membongkarkan rahsia di sebalik pemergian pelakon terkenal Thailand, Tangmo Nida Patcharaveerapong. Sehingga ke hari ini, ibu kepada mendiang masih lagi yakin wujudnya unsur-unsur jenayah sekaligus menolak kenyataan rakan-rakan yang mendakwa artis tersebut tergelincir ketika ingin membuang air kecil. Netizen jumpa petunjuk baru, ada dengar suara pelik dalam video Nida  Justeru itu, ramai netizen tampil melakukan penyiasatan sendiri berbekalkan beberapa rakaman CCTV serta bukti yang sempat tular di media sosial. Terdahulu, satu video sewaktu Nida sedang minum di atas bot berkenaan telah dikeluarkan. Walau bagaimanapun, ramai mendakwa terdengar satu suara yang agak pelik setelah menggunakan satu software bagi mengurangkan bunyi muzik latar @eveapissaya พี่โมสวยมาก สวยเหมือนนางฟ้าเลย 🤍 คลิปสุดท้าย.. #แตงโม #แตงโมนิดา ♬ เสียงต้นฉบับ - Eve Apissaya Suara garang sebut bawa awak ke sini 2 kali…Polis akan siasat lebih lanjut  Hasilnya,

Hari-Hari Netizen Malaysia Minta Update Tangmo, Akak Siam Gigih Jadi Translator

Meskipun berlaku di Thailand, namun kisah pemergian pelakon terkenal Tangmo Nida Patcharaveerapong ini turut mendapat perhatian yang sangat besar di Malaysia. Mana taknya, kejadian yang disangkakan cumalah insiden malah bertukar menjadi satu penglibatan jenayah serta kecuaian melibatkan rakan-rakannya sendiri. Ramai pulak netizen Malaysia tunggu update baru tentang kisah Tangmo  Boleh dikatakan hampir kesemua video di TikTok mengenai perkembangan terbaru kisah menyayat hati tersebut menerima komen daripada rakyat Malaysia. Namun rata-rata mengharapkan ada subtitle supaya dapat memahami dengan lebih baik apakah sebenarnya yang terjadi. Lebih-lebih lagi bahasa Thailand sememangnya terkenal dengan keunikan tulisannya dan bukan mudah untuk dibaca. @tubtimcho โรเบิร์ต กระติก #แตงโมนิดา #แตงโม #โหนกระแส #แตงโมภัทรธิดา #หอนกระแส #แตงโมตกเรือ ♬ Ei Yang Wa - Boom Boom Cash Abang dan adik Tangmo nak fight…Mak Tangmo gila harta  Walau bagaimanapun, kini mereka semua sudah mampu menari

Isu Pelajar Dihina Dah Settle, Rupanya Pensyarah Sendiri Bantu Dapatkan Laptop?

Rentetan tularnya satu klip video kontroversi seolah-olah memperlekeh pelajar dari keluarga berstatus B40, seorang pensyarah kontrak kini sedang disiasat oleh pihak universiti awam di Perak. Hasil maklumat terkini mendapati sesi kuliah online tersebut sebenarnya berlangsung pada semester lalu, namun ramai pihak tertanya-tanya apakah motif ia hanya dimuat naik di laman Twitter semalam. @uitm_channel Kenyataan Naib Canselor berkenaan Isu Pelajar B40 ♬ original sound - Universiti Teknologi MARA Meskipun tuan badan belum perjelaskan cerita sebenar…ramai mula henti kecam lepas tahu kisah sebaliknya  Meskipun pihak empunya badan belum tampil menjelaskan situasi sebenar, namun kemarahan netizen tanpa disangka-sangka sudah semakin reda. Walaupun kenyataan pensyarah tersebut dikecam masyarakat seluruh negara, tetapi ramai mula hormat kepadanya semula lepas mengetahui kisah sebalik video berkenaan. Ini video tahun lepas, kawan sekelas yang tularkan…dia padam akaun lepas dah jadi viral  M