Berbanding di kedai makan biasa, selalunya bayaran menjamu selera di hotel akan dikira mengikut individu (kepala) dan harganya boleh tahan mahal juga. Pun begitu, pelanggan boleh mengambil sebanyak mana hidangan yang dimahukan mereka apabila sudah memilih pakej bufet. Namun kadangkala, apa yang diambil terlebih-lebih pula di atas meja dan akhirnya tidak dihabiskan.
Saya ambil makanan yang kami tak habis makan je…Daripada dibuang
Mengalami situasi yang sama, namun wanita ini mempunyai cara sebaliknya bagi mengelakkan pembaziran makanan. Menerusi rakaman yang sudah dikongsikan sejak beberapa hari lalu, terlihat dia secara diam-diam membungkus semula lebihan hidangan hotel itu ke dalam bekasnya sendiri. Daripada dibuang ke tong sampah begitu sahaja, lebih baik ia dibawa pulang.
Tak perasan ada orang ambil gambar…Malu saya
Tanpa disedari, gelagat lucunya itu telah dirakam oleh salah seorang rakannya di sana. Meskipun agak segan kerana diketawakan, namun dia tidak menghiraukan dan terus membungkus sehingga habis.
@hazwaniey91 xperasan ada orang ambik gambar....malu saya...
♬ Terpesona sama kamu - iam.moon:)
Takyah malu kadang-kadang mak-mak ingat anak…Faham perasaan tu
Menjengah ke ruangan komen pula, nampaknya ramai netizen memberikan reaksi positif malah pernah juga membuat hal sama agar tidak membazir. Bagi mereka, lebihan makanan yang dibungkus itu biasanya akan diberi kepada keluarga di rumah untuk merasa.
Sumber: kisahdunia
Comments
Post a Comment