Video - Dipercayai salah siapkan ‘order’, suami isteri didakwa ‘sound’ pekerja KFC Skip to main content

Video - Dipercayai salah siapkan ‘order’, suami isteri didakwa ‘sound’ pekerja KFC

Seorang penghantar makanan, Affiq Azizi berkongsi satu posting video di Facebook memaparkan seorang pelanggan didakwa ‘memarahi’ pekerja sebuah restoran Kentucky Fried Chicken (KFC) di Klang, tengah hari tadi.

Menerusi posting tersebut, dia yang kebetulan sedang menunggu pesanan pada mulanya ternampak seorang lelaki didakwa mengeluarkan kata-kata kesat kepada pekerja KFC dipercayai akibat tersalah menyediakan ‘order’.

“Aku masuk KFC memang kosong kecuali ada sorang lelaki berbangsa India. Elok je aku masuk nak amik order aku dengar dia cakap pada pelayan KFC tu “u bodoh ke? Tak tau macam mana banyak macam mana sikit ke?”..,” tulisnya.

Atas dasar belas kasihan kerana pekerja KFC itu hanya mampu mendiamkan diri, Affiq kemudian menegur tindakan lelaki tersebut agar menghormati pekerja beragama Islam yang sedang berpuasa.

‘Shift’ Foodpanda aku tengah hari, tiba2…

“Kesian pada pelayan KFC tu yang diam tatkala dia kena marah, aku terus sound brother tu “abang, cakap baik sikit bang, itu orang islam. Dia puasa. Respek sikit. Banyak langsi lu punya bahasa”,” katanya.

Affiq mendakwa lelaki berkenaan sempat meminta maaf dan tidak lama selepas itu, tiba-tiba muncul seorang wanita dipercayai isteri kepada lelaki terbabit.

“Aku cakap la, memang dia salah tapi sekurang-kurangnya cakap elok2. Bulan puasa ni mungkin dia memang letih ke apa.

“Selang beberapa minit, dia hantar bini dia pulak untuk sound aku. Bini dia kata kenapa u mau backup pelayan KFC ni? Aku cakap of course saya backup sebab dia orang Islam.

“So wajib bagi aku untuk mempertahankan dia. Dia bising2 kat kaunter dan masa keluar korang boleh dengar dia cakap “bodoh” “puasa punya orang bodoh” . Semakin melampau,” ujarnya.

Posting itu mendapat perkongsian hampir 700 kali dan ratusan komen netizen yang rata-rata turut meluahkan rasa kurang senang terhadap pasangan tersebut.

Namun, tidak adil sekiranya mendengar cerita sebelah pihak sahaja. Diharapkan pasangan itu boleh tampil memberikan penjelasan agar tidak menyinggung perasaan mana-mana pihak.

Sumber: ohmymedia

Comments

Popular Article

JANGAN DICIUM ANAK2 YANG SEDANG TIDUR KERANA ITU SALAH SATU SEBAB ANAK KITA MENJADI DEGIL.

Apabila anak anda nakal kita selalu marahi mereka, bukan marah sebab kita tak suka tapi marah sebab kita takut tejadi apa-apa dekat mereka, tapi nak buat macam mana dah budak mestila degil. Degil-degil itu pun datang dari ayahnya jugak jadi tidak boleh kita berbuat apa-apa, lari sana lari sini tetiba senyap ,lahhh,,dah tidur bawah meja rupanya. kita yang melihat si comel tertidur pula dengan gaya bermacam ragam, aksi comel dan menawan, mesti geram dan ingin menciumnya, tahukah anda bahaya mencium anak ketika sedang tidur. Berikut penerangan ustaz ismail kamus yang mungkin perlu ada tahu. si comel ku. geramm nak cium kan. hmmm. ~ jika Anak-anak degil @ nakal ~ – Sediakan air satu jug – Baca Basmalah 786 kali – Baca surah yasin ayat 72 وَذَلَّلْنَاهَا لَهُمْ فَمِنْهَا رَكُوبُهُمْ وَمِنْهَا يَأْكُلُونَ “Dan Kami tundukkan binatang-binatang itu untuk mereka, maka sebagiannya mereka tunggangi dan sebagiannya mereka makan” Selesai baca hembus ke air & bagi anak m

Senarai Lokasi Sekatan Jalan Raya Dalam Tempoh PKPB Di Selangor, Kuala Lumpur & Putrajaya

Umum mengetahui pelaksanaan semula Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) bagi Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya sudah pun dijalankan Memandangkan kes wabak Covid-19 yang semakin meningkat di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya pelbagai prosedur operasi standard (SOP) telah ditetapkan sepanjang tempoh PKPB ini. Kerajaan telah menetapkan bahawa perjalanan merentas daerah dan negeri juga adalah dilarang bagi mengelakkan penularan wabak tersebut. Dalam pada itu, Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) juga bersetuju untuk membenarkan maksimum 10 peratus pekerja daripada 6 tugasan yang disenaraikan untuk berada di pejabat mulai 22 Oktober ini. Antara tugasan yang dibenarkan ialah melibatkan perakaunan, kewangan, pentadbiran, perundangan, perancangan serta teknologi maklumat dan komunikasiI (ICT). Mereka yang berada di pejabat pula dihadkan berkerja selama 4 jam sahaja bermula jam 10 pagi sehingga 2 petang untuk 3 hari seminggu. Bagi majikan, mereka hanya perlu me

[VIDEO] Detik-Detik Akhir Rakaman Kembar 4 Dilahirkan, Wanita Ini Kongsi Momen Kehamilan

Kelahiran anak kembar cukup istimewa di hati ibunya. Perjalanan kehamilan tentu tidak seperti kehamilan biasa. Ibu ini kongsikan pengalamannya melalui kehamilan kembar selama 35 minggu. Ibu kepada bayi kembar empat yang tular baru-baru ini, Puan sha.rissa telah berkongsi perjalanan kehamilan beliau. Kebanyakan netizen kagum dengan ibu ini, cukup kuat menempuhi kehamilan berganda sehingga selamat melahirkan pada usia kehamilan 35 minggu. KETIKA KANDUNGAN BERUSIA 7 & 11 MINGGU Ibu hebat ini mulanya merahsiakan kandungannya ialah kandungan kembar sehinggalah terpaksa menceritakan kepada ketua kerana perlu mengambil cuti. sha.rissa “Ultrasound images at 7 & 11 weeks. I kept it a secret from my friends and colleagues about the quads until delivery. Tapi terpaksa bagitahu my boss sebab kena apply banyak cuti. So I showed him this scan pictures and he was like ”empat???” Btw, thanks boss for being so understanding.” ANTARA UBAT Dan SUPLEMEN YANG DICADANGKAN OLEH DOKTOR Puan Sha.rissa