Video - Disihir ketika produk laris, wanita berniqab dakwa dengar bisikan suruh tikam suami! - “Paling sakit waktu mata kail keluar tapi tak ada darah” Skip to main content

Video - Disihir ketika produk laris, wanita berniqab dakwa dengar bisikan suruh tikam suami! - “Paling sakit waktu mata kail keluar tapi tak ada darah”

DUGAAN demi dugaan yang dilalui wanita ini akibat disihir sejak tahun 2017 ternyata membawa impak yang cukup besar dalam hidupnya.

Dakwa Aida Suriyanti Abdullah, 33, bukan sahaja kesihatan dirinya terganggu, malah dia turut berhadapan peristiwa mistik seperti bisikan jahat yang menyuruhnya melakukan perkara bukan-bukan.

Mesra disapa Mekda, ibu kepada seorang cahaya mata itu mengakui sudah berubat di serata negeri dan kini keadannnya beransur pulih.

"Saya kena pada tahun 2017. Waktu tu perniagaan jamu saya tengah laris. Tiba-tiba pada suatu hari, saya nak angkat botol produk pun tak boleh.

"Kemudian mak suruh balik kampung jumpa ustaz. Makin hari makin teruk. Saya dengar bisikan di telinga suruh tikam suami, campak anak dan sebagainya.

"Saya berubat di Kedah, Kuala Lumpur dan Perak. Sekarang dah OK sikit. Walaupun dalam tempoh itu emosi saya tak stabil macam orang gila, saya tetap berniaga," ujarnya yang menetap di Putrajaya.

Mekda ambil keputusan berniqab selepas dia disihir.

Bercerita lanjut kepada mStar, Mekda berkata dia melalui detik hitam apabila pelbagai barangan dikeluarkan daripada tubuhnya sewaktu menjalani rawatan altenatif dengan pengamal perubatan tradisional.

Malah, dia turut berkongsi video-video sekitar proses rawatan itu menerusi media sosial untuk memberi peringatan kepada orang ramai mengenai kewujudan sihir.

"Paku, mata kail, miang buluh keluar di bahagian kaki. Kemudian ustaz pernah keluarkan duit siling dan tanah busuk melalui bahagian belakang tubuh saya. Katanya tanah kubur.

Mungkin saya lupa diri masa produk tengah naik, jadi Allah nak tegur saya. MEKDA

"Waktu dia tarik, badan rasa panas. Paling sakit waktu keluar mata kail di kaki saya. Ibaratnya saya menjerit sampai satu taman boleh dengar. Tapi tak ada darah yang keluar," dakwanya lagi.

Dalam tempoh menerima rawatan itu, Mekda turut melakukan penghijrahan dan mula mengenakan niqab.

Menurutnya lagi, dia reda diuji begitu dan menganggap ia sebagai satu teguran Allah

Antara objek aneh yang didakwa dikeluarkan melalui tubuhnya.

"Ada satu ketika, saya tengah sujud dalam solat. Saya nampak bayangan api yang sangat panas. Esoknya saya terus terdetik untuk berniqab dan pakai sampai sekarang.

"Saya sentiasa fikir positif. Saya pun dah maafkan sesiapa yang hantar sihir kepada saya. Mungkin saya lupa diri masa produk tengah naik, jadi Allah nak tegur saya.

"Yang penting jangan tinggalkan amalan kita. Saya juga terharu dengan sokongan suami. Selain itu, saya terharu apabila netizen bagi sokongan di media sosial," ujarnya lagi.

Menurut Mekda, dia dan suami, Muhamad Rizuwan Khalin, 35, berkahwin pada tahun 2016 dan dikurniakan seorang cahaya mata perempuan berusia empat tahun.

Mekda sudah memaafkan individu yang menghantar sihir kepadanya.

Dalam pada itu, Mekda turut menitipkan pesan buat individu yang berniat jahat sehingga sanggup melakukan perbuatan sihir agar sentiasa ingat dengan hukum Allah.

"Kita memang rasa puas bila dapat balas kemarahan kita, kedengkian kita pada orang. Selagi tak rasa azab Allah, kita tak kan rasa menyesal bila kita buat sesuatu perkara yang menyakitkan orang lain.

"Tapi ingat balasan Allah akan berganda sakit dari apa kita buat dekat orang. Saya doakan dan mohon Allah kesiankan orang yang hatinya begini supaya Allah ketuk pintu hati dia.

"Semoga Allah beri hati yang baharu pada dia untuk dia bertaubat dan mulakan kehidupan yang baru. Tiada sedikit dendam pun dihati saya," ujarnya lagi.

Sumber: mstar online

Comments

Popular Article

JANGAN DICIUM ANAK2 YANG SEDANG TIDUR KERANA ITU SALAH SATU SEBAB ANAK KITA MENJADI DEGIL.

Apabila anak anda nakal kita selalu marahi mereka, bukan marah sebab kita tak suka tapi marah sebab kita takut tejadi apa-apa dekat mereka, tapi nak buat macam mana dah budak mestila degil. Degil-degil itu pun datang dari ayahnya jugak jadi tidak boleh kita berbuat apa-apa, lari sana lari sini tetiba senyap ,lahhh,,dah tidur bawah meja rupanya. kita yang melihat si comel tertidur pula dengan gaya bermacam ragam, aksi comel dan menawan, mesti geram dan ingin menciumnya, tahukah anda bahaya mencium anak ketika sedang tidur. Berikut penerangan ustaz ismail kamus yang mungkin perlu ada tahu. si comel ku. geramm nak cium kan. hmmm. ~ jika Anak-anak degil @ nakal ~ – Sediakan air satu jug – Baca Basmalah 786 kali – Baca surah yasin ayat 72 وَذَلَّلْنَاهَا لَهُمْ فَمِنْهَا رَكُوبُهُمْ وَمِنْهَا يَأْكُلُونَ “Dan Kami tundukkan binatang-binatang itu untuk mereka, maka sebagiannya mereka tunggangi dan sebagiannya mereka makan” Selesai baca hembus ke air & bagi anak m

Sayangilah mak sementara dia masih ada. Kerana doanya tiada hijab. Hilanglah satu rahmat bila Mak kembali kepada Pencipta-Nya.

Mak tu, Walau mulutnya marah, tapi hatinya tidak. Mak tu, Walau dia kata lantaklah kamu, tapi otaknya masih fikirkan hal kamu. Mak tu, Walau dia kata taknak makan sudah, tapi sedar² lauk kegemaran kamu ada kat atas meja. Mak tu, Walau dia kata kamu buat salah kamu tanggung sendiri, tapi dia yg tak tidur malam fikirkan masalah kamu, tahu² dia yg bagi jalan utk kamu selesaikan masalah kamu. Mak tu,  Walau dia kata kamu jahat, degil, sampai dia penat bagi nasihat, tapi dlm setiap solatnya ada doa utk kamu. Mak tu, Walau kamu dah ada keluarga sendiri, tapi dia masih risaukan kesihatan kamu. Mak tu, Walau kamu dah besar panjang & tinggal jauh darinya, tapi dia masih gembira jika dpt masakkan & sendukkan nasi ke pinggan anak²nya. Mak tu, Walau katanya dia dah tua nak rehat taknak masak dah, tapi dialah paling sibuk memasak bila tahu anaknya nak balik makan.  Mak tu, Walau nampak dia letih, tapi hatinya paling gembira bila lihat anaknya makan masakannya dgn penuh selera. M

Senarai Lokasi Sekatan Jalan Raya Dalam Tempoh PKPB Di Selangor, Kuala Lumpur & Putrajaya

Umum mengetahui pelaksanaan semula Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) bagi Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya sudah pun dijalankan Memandangkan kes wabak Covid-19 yang semakin meningkat di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya pelbagai prosedur operasi standard (SOP) telah ditetapkan sepanjang tempoh PKPB ini. Kerajaan telah menetapkan bahawa perjalanan merentas daerah dan negeri juga adalah dilarang bagi mengelakkan penularan wabak tersebut. Dalam pada itu, Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) juga bersetuju untuk membenarkan maksimum 10 peratus pekerja daripada 6 tugasan yang disenaraikan untuk berada di pejabat mulai 22 Oktober ini. Antara tugasan yang dibenarkan ialah melibatkan perakaunan, kewangan, pentadbiran, perundangan, perancangan serta teknologi maklumat dan komunikasiI (ICT). Mereka yang berada di pejabat pula dihadkan berkerja selama 4 jam sahaja bermula jam 10 pagi sehingga 2 petang untuk 3 hari seminggu. Bagi majikan, mereka hanya perlu me