Bekerja sebagai seorang cashier di kaunter pembayaran bukan tugas mudah sebenarnya. Tidak sekadar perlu pantas scan harga dan memasukkan barangan ke dalam plastik, malah kadangkala terpaksa menahan sabar berdepan perangai pelanggan. Namun begitu, terdapat satu isu yang paling ditakuti oleh kelompok pekerja ini. Apa lagi kalau bukan masalah kekurangan (short) duit ketika penutupan shift.
Cuak kawan kerja beritahu duit kedai short RM5000
Bagi kebanyakan situasi, biasanya jumlah kerugian itu akan digantikan dengan cara menolak gaji pekerja yang menjaga shift itu. Turut berdepan perkara sama, seorang gadis mula merasa cuak dan hampir menangis gara-gara diberitahu telah short duit sebanyak RM5000
Dapat tahu short RM5000 cuma prank…Kawan kerja datang tenangkan keadaan
Namun ada sesuatu yang tidak diketahuinya. Kejadian itu adalah satu rekaan dan prank semata-mata hasil rancangan kawan-kawan sekerjanya. Setelah mendapat tahu berita kehilangan RM5000 cumalah usikan sahaja, dia kelihatan menarik nafas lega tapi sempat memukul badan sambil ditenangkan oleh seorang lagi staf perempuan bertudung.
@khaisaliyiyi prank kawan short rm5k be like 🤣🤣😂 comel je dia sedih #for #foryou #foryoupage #prank #fypシ #fypdongggggggg #fyppppppppppppppppppppppp #fypp
♬ original sound - Khaisal Iyiyi
Aku short RM50 pun dah nak nak nagis lagilah RM5000
Netizen juga seakan-akan memahami dilema dirasai oleh gadis ini apabila bergelar seorang cashier. Apa lagi sesudah membayangkan berapa besar nilai gaji bulanan yang akan dipotong untuk menggantikan short ribuan ringgit
Sumber: kisahdunia
Comments
Post a comment