Percintaan melibatkan dua negara pasti akan mempunyai cabaran terutamanya dari segi berkomunikasi. Tidak cukup sehari dua, malah ia mengambil masa yang lama khususnya dalam mencari keserasian. Namun kalau hati dah sayang, tiada apa yang mustahil.
Gelagat suami isteri menjadi viral…suruh isteri cakap Bahasa Melayu
Menerusi perkongsian di laman TikTok pada 2 hari yang lepas, telah tular satu rakaman gelagat suami isteri berbeza negara sedang santai berbual di dalam kereta. Namun wanita yang berasal dari German itu kelihatan agak bercelaru untuk bertutur dalam Bahasa Melayu.
Try hard nak cakap Bahasa Melayu…tak faham bini ‘bebel’ apa, mampu sengih je kat tepi
Walaupun kedengaran sukar dan nampak try hard, wanita tersebut tetap berusaha untuk bertutur dalam bahasa kebangsaan Malaysia tersebut. Namun suaminya kelihatan tidak faham apa yang cuba diperkatakan dan hanya tergelak di sebelah melihat akan gelagat wanita kesayangannya itu. Di hujung video, dia sempat menyuruh agar rakaman tersebut dihentikan.
@amirchelly Bila dia try cakap melayu
♬ original sound - Amirchelly🇩🇪🇲🇾
Cantiknya wife, muka macam sama…bang kat German ada belacan ke?
Menjengah di ruangan komen pula, rata-rata netizen memuji dan terpesona akan wajah gadis German yang dikatakan sangat cantik itu. Malah ada juga yang sempat berseloroh menanyakan kewujudan belacan di negara tersebut.
Sumber: viralnewupdates
Comments
Post a Comment