Meskipun sedikit berbeza dengan orang lain, ia tidak menjadi penghalang cinta di antara dua pasangan pengantin baru ini. Terdahulu, wanita tersebut pernah viral kerana memiliki saiz badan yang kecil umpama budak sekolah. Hakikatnya, dia sudah memasuki umur 27 tahun namun masih terlihat begitu muda sehingga disalah anggap seperti abang dan adik apabila keluar berdua dengan suami tercinta.
Alhamdulillah rezeki baru kahwin…Buleh bini kecik, tok laki dukung sahaja
Kini, mereka sekali lagi menjadi tular selepas memuat naik rakaman ketika menghabiskan masa bersama di luar. Tatkala pasangan lain mungkin hanya berpegangan tangan sambil menikmati pemandangan indah, lain pula dilakukan oleh suami isteri ini. Ibarat belangkas, kedua-dua tampak sangat bahagia dan tidak berenggang meskipun hanya mahu masuk ke dalam kereta.
@buyahhh alhamdulillah rezeki baru kahwin🥰 ##fyp
♬ Anugerah - Syakir Daulay
@buyahhh buleh bini kecik , tok laki dukung saje la 🤣 ##fyp
♬ Sayang Pasto by Pelangi Records - Pelangi Records
Tok laki belanja air upah merajuk…Dilambungnya tengah ramai orang
Dalam sebuah lagi video perkongsian yang sudah meraih lebih setengah juta tontonan, dilihat si suami mendukung isterinya tatkala keluar dari sebuah kedai serbaneka. Cumanya kali ini, lelaki tersebut telah melambung pula wanita kecil itu sehingga kedengaran satu jeritan yang cukup comel.
@buyahhh tok laki lanje air upoh ngajuk.. tngh org rmai nye lambung gtu je bini😂##fyp
♬ bunyi asal - zana
Bestnya kena timang…Macam patung…Kau cintai pasangan pakai hati
Bukanlah tidak boleh berjalan, namun Yaya menjelaskan Tok Lakinya memang suka mendukung. Netizen juga menyifatkan mereka berdua sebagai comel sekali gus mendoakan kesejahteraan rumah tangga suami isteri ini.
Sumber: kisahdunia
Comments
Post a Comment