[VIDEO] Lama Tak Boleh Rentas, Gadis Sebak Dapat Jumpa Mak Ayah Dekat Sempadan Skip to main content

[VIDEO] Lama Tak Boleh Rentas, Gadis Sebak Dapat Jumpa Mak Ayah Dekat Sempadan

Sehingga ke hari ini, rakyat Malaysia masih belum dibenarkan untuk merentas negeri kecuali jika mempunyai surat yang diluluskan oleh pihak polis. Susulan itu, ramai sekali yang sudah lama tidak dapat berjumpa dengan ahli keluarga masing-masing.

Tak dapat rentas nak jumpa mak ayah…akhirnya bertemu di sempadan negeri saja 

Pertemuan istimewa antara anak dengan ibu bapanya di sempadan negeri Kedah dan Perlis nyata cukup meruntun jiwa selepas tular di aplikasi TikTok baru-baru ini. Rakaman itu memaparkan kedua-dua orang tua datang untuk berjumpa gadis dikenali Ceksyae memandangkan kebenaran rentas negeri masih belum dibenarkan

Detik pertemuan disaksikan pegawai polis di sekatan…Mak datang siap bawa sekali lauk kegemaran anak 

Detik-detik sebak tersebut turut disaksikan oleh beberapa orang pegawai polis dan tentera yang bertugas menjaga sekatan jalan raya di kawasan sama. Selain mengubat rindu, lebih menyentuh jiwa apabila ibunya siap membawa lauk kegemaran yang dimasak sendiri.

@ceksyaee

Moga Ramadhan kali ni diberi kekuatan dan kesabaran yang lebih🤲🏻❤️ #masukberanda #fyp #fypdongggggggggシ

♬ original sound - shaaa - broken girl 🥲

Duduk negara sendiri pun dah macam pelarian…Susahnya nak balik jumpa mak, semoga kembali normal 

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen juga terharu melihat detik pertemuan antara tiga beranak tersebut. Selain tumpang gembira apabila keluarga berkenaan akhirnya bersatu walaupun sekejap, mereka turut berharap agar situasi pandemik ini tidak berpanjangan.


Sumber: kisahdunia

Comments

Popular Article

Senarai Lokasi Sekatan Jalan Raya Dalam Tempoh PKPB Di Selangor, Kuala Lumpur & Putrajaya

Umum mengetahui pelaksanaan semula Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) bagi Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya sudah pun dijalankan Memandangkan kes wabak Covid-19 yang semakin meningkat di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya pelbagai prosedur operasi standard (SOP) telah ditetapkan sepanjang tempoh PKPB ini. Kerajaan telah menetapkan bahawa perjalanan merentas daerah dan negeri juga adalah dilarang bagi mengelakkan penularan wabak tersebut. Dalam pada itu, Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) juga bersetuju untuk membenarkan maksimum 10 peratus pekerja daripada 6 tugasan yang disenaraikan untuk berada di pejabat mulai 22 Oktober ini. Antara tugasan yang dibenarkan ialah melibatkan perakaunan, kewangan, pentadbiran, perundangan, perancangan serta teknologi maklumat dan komunikasiI (ICT). Mereka yang berada di pejabat pula dihadkan berkerja selama 4 jam sahaja bermula jam 10 pagi sehingga 2 petang untuk 3 hari seminggu. Bagi majikan, mereka hanya perlu me

[VIDEO] Detik-Detik Akhir Rakaman Kembar 4 Dilahirkan, Wanita Ini Kongsi Momen Kehamilan

Kelahiran anak kembar cukup istimewa di hati ibunya. Perjalanan kehamilan tentu tidak seperti kehamilan biasa. Ibu ini kongsikan pengalamannya melalui kehamilan kembar selama 35 minggu. Ibu kepada bayi kembar empat yang tular baru-baru ini, Puan sha.rissa telah berkongsi perjalanan kehamilan beliau. Kebanyakan netizen kagum dengan ibu ini, cukup kuat menempuhi kehamilan berganda sehingga selamat melahirkan pada usia kehamilan 35 minggu. KETIKA KANDUNGAN BERUSIA 7 & 11 MINGGU Ibu hebat ini mulanya merahsiakan kandungannya ialah kandungan kembar sehinggalah terpaksa menceritakan kepada ketua kerana perlu mengambil cuti. sha.rissa “Ultrasound images at 7 & 11 weeks. I kept it a secret from my friends and colleagues about the quads until delivery. Tapi terpaksa bagitahu my boss sebab kena apply banyak cuti. So I showed him this scan pictures and he was like ”empat???” Btw, thanks boss for being so understanding.” ANTARA UBAT Dan SUPLEMEN YANG DICADANGKAN OLEH DOKTOR Puan Sha.rissa

Video - Bukan malu hidup susah! Bapa ‘lari’ ketika anak rakam sedang makan nasi kosong beri penjelasan - “Hari tu saya cuma ada RM5”

SEORANG bapa dilihat menjamah nasi putih hanya dengan kicap, itu pun baki selepas anaknya makan tengah hari! Kisah ini tular di laman Facebook apabila anak kepada lelaki berkenaan, Nik Aswan yang baru berusia 10 tahun memuat naik video bapanya di akaun TikTok miliknya. Bapanya, Ngah Misnum, 36, bagaimanapun segera memadam video tersebut sebaik sahaja mendapat tahu ia tular dalam masa beberapa jam. “Sejujurnya saya tak sangka langsung dia akan muat naik video tu sebab masa saya sedar dia tengah rakam, saya terus bangun dari tempat duduk. “Tahu-tahu tular sampai dekat Facebook, memang terkejut sangat. Saya terus ambil telefon dia dan padam video tu,” katanya kepada mStar, mengimbas kembali video yang memaparkan ‘adegan’ dirinya makan nasi tanpa lauk. Kehidupan dua beranak yang tidak meminta simpati orang ramai. Bagi mereka yang sempat menonton video tersebut, rata-rata mengakui sebak melihat kehidupan dua beranak itu yang serba sederhana tetapi bahagia. Ngah, yang berasal dari Kuala Neru