Baik lelaki atau wanita pasti sudah menyimpan 1001 impian untuk bawa hubungan yang dibina bertahun-tahun sehingga ke jinjang pelamin. Akan tetapi, tidak semua yang dirancang akan bertukar menjadi kenyataan.
Tak sangka akan dikhianati bakal suami…Ambil keputusan bakar semua hantaran & doorgift
Seorang gadis dari Indonesia ini sama sekali tidak menyangka rancangan indahnya akan musnah selepas dikhianati oleh bakal suaminya. Gara-gara itu, Dewi Sartika nekad untuk membakar segala hantaran serta doorgift yang telah disediakan untuk tetamu majlis perkahwinannya.
@dewi_ssartika Memaafkan sudah kU lakukan tapi goresan di hati tak akan pernah hilang #powerAwesome #fypdong
♬ original sound - temannya reyna - Gibahin Ikatan Cinta
Majlis terpaksa batal sebab bakal suami dah kahwin dengan wanita lain…3 bulan tunggu tapi sibuk kerja
Siapa sangka, majlis bahagia tersebut terpaksa dibatalkan kerana rupa-rupanya bakal suami Dewi sudah pun berkahwin dengan wanita lain. Terdahulu, gadis tersebut diminta menunggu selama 3 bulan dengan alasan lelaki tersebut sibuk dengan urusan kerja. Namun, segala penantian itu berakhir dengan kekecewaan apabila mendapat tahu berita berkenaan melalui jiran tetangga
@dewi_ssartika Bukan hanya aku yang hancur tapi keluarga besar ku terutama mamak ku yang berjuang beberapa tahun ini membesarkan kU tanpa papa 😭#fyp
♬ Mencari Cinta Sejati Cover Fadhilah Intan - π
Alhamdulillah Allah dah bagi petunjuk itu bukan lelaki yang baik…InsyaAllah tangisan akan dibalas senyuman
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen turut sedih dengan nasib yang telah menimpa Dewi. Selain memberikan kata-kata semangat, ramai juga mendoakan gadis tersebut bertemu dengan pasangan yang baik.
Sumber: kisahdunia
Comments
Post a Comment