(Video) 'Sebelum kemalangan, mangsa pukul adik saya' - Pemandu Swift maut setelah rempuh 3 kenderaan di persimpangan lampu isyarat Skip to main content

(Video) 'Sebelum kemalangan, mangsa pukul adik saya' - Pemandu Swift maut setelah rempuh 3 kenderaan di persimpangan lampu isyarat

Seorang lelaki berusia 30 tahun maut selepas kereta yang dipandunya merempuh tiga kenderaan selepas hilang kawalan di persimpangan Jalan Sultan Azlan Shah, petang tadi. 

Ketua Polis Daerah Barat Daya, Superintendan AA Anbalagan berkata, kejadian yang berlaku pada jam 2.50 petang Khamis, 1 April 2021, mangsa yang memandu kereta Suzuki Swift dipercayai hilang kawalan lalu merempuah dua kereta dan motosikal yang berhenti di lampu isyarat. 

Akibat dari rempuhan itu, mangsa mengalami kecederaan parah di bahagian kepala. Mangsa segera dikejarkan ke Hospital Pulau Pinang (HPP), malangnya disahkan meninggal dunia ketika dalam perjalanan. 

Manakala tiga lagi mangsa yang lain membabitkan lelaki berusia antara 24 hingga 51 tahun mengalami kecederaan ringan dan dihantar ke hospital yang sama untuk mendapatkan rawatan lanjut. 

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pulau Pinang berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kemalangan itu pada jam 2.53 petang. 

Sepasukan anggota bomba dan penyelamat dari Balai Bomba dan Penyelamat Bayan Baru dikerahkan ke lokasi untuk menyelamatkan mangsa yang tersepit di tempat duduk pemandu.

Bomba terpaksa menggunakan peralatan khas untuk mengeluarkan mangsa. Sebaik saja dikeluarkan, mangsa terus diserahkan kepada petugas Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk tindakan lanjut.

Video dan gambar kejadian itu turut viral di media sosial. Berdasarkan video berdurasi 11 saat itu menunjukkan kereta Suzuki Swift merempuh kereta Perodua Myvi, Toyota Vios dan motosikal dengan kelajuan tinggi.





AA Anbalagan berkata, kes itu akan disiasat mengikut Seksyen 41 (1)(a) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Namun tampil seorang wanita bernama Izzati Nasharina mendakwa, sebelum kemalangan itu berlaku, mangsa katanya telah memukul adiknya dengan teruk sehingga terpaksa dimasukkan ke hospital dan kini berada di zon kritikal. 

"Sebelum terjadi kemalangan ini, mangsa telah memukul adik saya. Sekarang adik saya berada di wad kritikal. Mungkin dia cuba nak melarikan diri. 

"Tak tahu apa motif dia buat macam tu. Tu kot bawa kereta lajut sangat sampai langgar orang merata dan mati di tempat kejadian. 

"Kenapa adik saya jadi mangsa pukul dia? Dia waras tak? Family dia mana? Panjang sangat cerita. Kami pun tak tahu nak cerita macam mana. Semoga adik aku selamat, minta doa banyak-banyak," tulisnya. 

Sumber: thereporter

Comments

Popular Article

“Bawa Awak Ke Sini” -Ada Suara Dalam Video Tangmo, Manager Sempat Tukar Baju

Satu persatu klu atau petunjuk baru muncul bagi membongkarkan rahsia di sebalik pemergian pelakon terkenal Thailand, Tangmo Nida Patcharaveerapong. Sehingga ke hari ini, ibu kepada mendiang masih lagi yakin wujudnya unsur-unsur jenayah sekaligus menolak kenyataan rakan-rakan yang mendakwa artis tersebut tergelincir ketika ingin membuang air kecil. Netizen jumpa petunjuk baru, ada dengar suara pelik dalam video Nida  Justeru itu, ramai netizen tampil melakukan penyiasatan sendiri berbekalkan beberapa rakaman CCTV serta bukti yang sempat tular di media sosial. Terdahulu, satu video sewaktu Nida sedang minum di atas bot berkenaan telah dikeluarkan. Walau bagaimanapun, ramai mendakwa terdengar satu suara yang agak pelik setelah menggunakan satu software bagi mengurangkan bunyi muzik latar @eveapissaya พี่โมสวยมาก สวยเหมือนนางฟ้าเลย 🤍 คลิปสุดท้าย.. #แตงโม #แตงโมนิดา ♬ เสียงต้นฉบับ - Eve Apissaya Suara garang sebut bawa awak ke sini 2 kali…Polis akan siasat lebih lanjut  Hasilnya,

Hari-Hari Netizen Malaysia Minta Update Tangmo, Akak Siam Gigih Jadi Translator

Meskipun berlaku di Thailand, namun kisah pemergian pelakon terkenal Tangmo Nida Patcharaveerapong ini turut mendapat perhatian yang sangat besar di Malaysia. Mana taknya, kejadian yang disangkakan cumalah insiden malah bertukar menjadi satu penglibatan jenayah serta kecuaian melibatkan rakan-rakannya sendiri. Ramai pulak netizen Malaysia tunggu update baru tentang kisah Tangmo  Boleh dikatakan hampir kesemua video di TikTok mengenai perkembangan terbaru kisah menyayat hati tersebut menerima komen daripada rakyat Malaysia. Namun rata-rata mengharapkan ada subtitle supaya dapat memahami dengan lebih baik apakah sebenarnya yang terjadi. Lebih-lebih lagi bahasa Thailand sememangnya terkenal dengan keunikan tulisannya dan bukan mudah untuk dibaca. @tubtimcho โรเบิร์ต กระติก #แตงโมนิดา #แตงโม #โหนกระแส #แตงโมภัทรธิดา #หอนกระแส #แตงโมตกเรือ ♬ Ei Yang Wa - Boom Boom Cash Abang dan adik Tangmo nak fight…Mak Tangmo gila harta  Walau bagaimanapun, kini mereka semua sudah mampu menari

Isu Pelajar Dihina Dah Settle, Rupanya Pensyarah Sendiri Bantu Dapatkan Laptop?

Rentetan tularnya satu klip video kontroversi seolah-olah memperlekeh pelajar dari keluarga berstatus B40, seorang pensyarah kontrak kini sedang disiasat oleh pihak universiti awam di Perak. Hasil maklumat terkini mendapati sesi kuliah online tersebut sebenarnya berlangsung pada semester lalu, namun ramai pihak tertanya-tanya apakah motif ia hanya dimuat naik di laman Twitter semalam. @uitm_channel Kenyataan Naib Canselor berkenaan Isu Pelajar B40 ♬ original sound - Universiti Teknologi MARA Meskipun tuan badan belum perjelaskan cerita sebenar…ramai mula henti kecam lepas tahu kisah sebaliknya  Meskipun pihak empunya badan belum tampil menjelaskan situasi sebenar, namun kemarahan netizen tanpa disangka-sangka sudah semakin reda. Walaupun kenyataan pensyarah tersebut dikecam masyarakat seluruh negara, tetapi ramai mula hormat kepadanya semula lepas mengetahui kisah sebalik video berkenaan. Ini video tahun lepas, kawan sekelas yang tularkan…dia padam akaun lepas dah jadi viral  M