Video - Suami belanja makan ‘pujuk’ nak kahwin lagi, wajah isteri sayu jamah makanan Skip to main content

Video - Suami belanja makan ‘pujuk’ nak kahwin lagi, wajah isteri sayu jamah makanan

Biarpun poligami itu adalah sunnah dan dibenarkan dalam Islam, bukan semua isteri boleh menerima keputusan untuk berkongsi kasih suami dengan wanita lain.

Bagi kaum lelaki pula, pastinya memujuk isteri untuk menerima poligami bukanlah sesuatu yang mudah.

Baru-baru ini, tular satu video di Tiktok apabila seorang lelaki cuba memujuk dan meyakinkan isterinya memberi ‘lampu’ hijau buat dirinya untuk berkahwin lain.

Nak pujuk isteri bermadu, belanja makan dahulu

Menerusi video berkenaan, dapat dilihat lelaki dikenali sebagai @ainaljulung itu membawa si isteri makan di restoran dengan porsi makanan yang agak banyak.

@ainaljulung

Ssmoga ada berita gembira selepas ini 😊

♬ original sound - indaah028 - @mochi🐥

Pada saat itu, isterinya dilihat makan dengan penuh berselera meskipun wajahnya kelihatan sayu.

Tak cukup dengan itu, lelaki tersebut sempat menulis kapsyen berharap agar ada berita gembira selepas memberitahu hasrat kepada isteri.

Meninjau ke ruangan komen, rata-rata netizen meluahkan rasa tidak puas hati tambahan lagi apabila lelaki itu sanggup merakam isterinya dan menjadikan isu rumah tangga mereka sebagai ‘content’ di TikTok.

Dalam pada itu, ramai juga mengecam lelaki berkenaan yang disifatkan seperti tidak menghargai isterinya.

Kenapa nak poligami, isteri tak cukup bagus ke?

Apa yang kurang lagi? Cermin diri dulu

Semoga isteri hang bertemu jodoh yang lebih baik

Muka pendam 1001 jawapan

Setelah ditegur dan dikecam bertubi-tubi oleh netizen, lelaki itu sempat meninggalkan komen di mana video tersebut merupakan permintaan isterinya sendiri. Namun adalah tidak dipastikan kesahihannya sama ada benar atau tidak.

Sumber: ohmymedia

Comments

Popular Article

“Bawa Awak Ke Sini” -Ada Suara Dalam Video Tangmo, Manager Sempat Tukar Baju

Satu persatu klu atau petunjuk baru muncul bagi membongkarkan rahsia di sebalik pemergian pelakon terkenal Thailand, Tangmo Nida Patcharaveerapong. Sehingga ke hari ini, ibu kepada mendiang masih lagi yakin wujudnya unsur-unsur jenayah sekaligus menolak kenyataan rakan-rakan yang mendakwa artis tersebut tergelincir ketika ingin membuang air kecil. Netizen jumpa petunjuk baru, ada dengar suara pelik dalam video Nida  Justeru itu, ramai netizen tampil melakukan penyiasatan sendiri berbekalkan beberapa rakaman CCTV serta bukti yang sempat tular di media sosial. Terdahulu, satu video sewaktu Nida sedang minum di atas bot berkenaan telah dikeluarkan. Walau bagaimanapun, ramai mendakwa terdengar satu suara yang agak pelik setelah menggunakan satu software bagi mengurangkan bunyi muzik latar @eveapissaya พี่โมสวยมาก สวยเหมือนนางฟ้าเลย 🤍 คลิปสุดท้าย.. #แตงโม #แตงโมนิดา ♬ เสียงต้นฉบับ - Eve Apissaya Suara garang sebut bawa awak ke sini 2 kali…Polis akan siasat lebih lanjut  Hasilnya,

Hari-Hari Netizen Malaysia Minta Update Tangmo, Akak Siam Gigih Jadi Translator

Meskipun berlaku di Thailand, namun kisah pemergian pelakon terkenal Tangmo Nida Patcharaveerapong ini turut mendapat perhatian yang sangat besar di Malaysia. Mana taknya, kejadian yang disangkakan cumalah insiden malah bertukar menjadi satu penglibatan jenayah serta kecuaian melibatkan rakan-rakannya sendiri. Ramai pulak netizen Malaysia tunggu update baru tentang kisah Tangmo  Boleh dikatakan hampir kesemua video di TikTok mengenai perkembangan terbaru kisah menyayat hati tersebut menerima komen daripada rakyat Malaysia. Namun rata-rata mengharapkan ada subtitle supaya dapat memahami dengan lebih baik apakah sebenarnya yang terjadi. Lebih-lebih lagi bahasa Thailand sememangnya terkenal dengan keunikan tulisannya dan bukan mudah untuk dibaca. @tubtimcho โรเบิร์ต กระติก #แตงโมนิดา #แตงโม #โหนกระแส #แตงโมภัทรธิดา #หอนกระแส #แตงโมตกเรือ ♬ Ei Yang Wa - Boom Boom Cash Abang dan adik Tangmo nak fight…Mak Tangmo gila harta  Walau bagaimanapun, kini mereka semua sudah mampu menari

Isu Pelajar Dihina Dah Settle, Rupanya Pensyarah Sendiri Bantu Dapatkan Laptop?

Rentetan tularnya satu klip video kontroversi seolah-olah memperlekeh pelajar dari keluarga berstatus B40, seorang pensyarah kontrak kini sedang disiasat oleh pihak universiti awam di Perak. Hasil maklumat terkini mendapati sesi kuliah online tersebut sebenarnya berlangsung pada semester lalu, namun ramai pihak tertanya-tanya apakah motif ia hanya dimuat naik di laman Twitter semalam. @uitm_channel Kenyataan Naib Canselor berkenaan Isu Pelajar B40 ♬ original sound - Universiti Teknologi MARA Meskipun tuan badan belum perjelaskan cerita sebenar…ramai mula henti kecam lepas tahu kisah sebaliknya  Meskipun pihak empunya badan belum tampil menjelaskan situasi sebenar, namun kemarahan netizen tanpa disangka-sangka sudah semakin reda. Walaupun kenyataan pensyarah tersebut dikecam masyarakat seluruh negara, tetapi ramai mula hormat kepadanya semula lepas mengetahui kisah sebalik video berkenaan. Ini video tahun lepas, kawan sekelas yang tularkan…dia padam akaun lepas dah jadi viral  M