Omza Malaysia Skip to main content

Posts

Showing posts from May, 2021

Trauma & hilang pendapatan, keluarga mangsa insiden LRT tuntut RM1.8 juta

Ahli keluarga salah seorang mangsa kemalangan melibatkan dua tren Transit Aliran Ringan (LRT) dalam insiden minggu lalu memfailkan notis tuntutan kepada Prasarana Malaysia Berhad (Prasarana) sebanyak RM1.8 juta ringgit. Menurut laporan Malay Mail, berdasarkan kenyataan yang dikeluarkan oleh keluarga, mangsa Wong Chee Foong mengalami kecederaan serius di kepala, muka dan tulang belakang dalam insiden tersebut. Sudah seminggu berlalu, namun mangsa yang berusia 52 tahun masih dirawat di Unit Rawatan Rapi Hospital Kuala Lumpur (HKL) dan didakwa belum sedarkan diri walaupun telah melalui beberapa pembedahan. Peguam Jazzmine Khoo berkata, tuntutan berkenaan meliputi perbelanjaan perubatan, kecederaan fizikal, mental dan emosi serta trauma selain kehilangan pendapatan akibat kecuaian pihak Prasarana. Difahamkan, mangsa bekerja sebagai tukang masak di sebuah hotel lima bintang dan mempunyai empat orang anak berusia antara 15 hingga tiga tahun untuk ditanggung Selain itu, ahli keluarga Wong jug

“Berapa dorang bayar?” – Netizen ‘serang’ IG pengurus media sosial Noor Kartini

Seorang wanita yang juga pengurus media sosial kepada ibu selebriti Neelofa iaitu Datin Noor Kartini tampil membuat permohonan maaf berhubung tangkap layar yang tular di media sosial semalam. Wanita tersebut, Zulshafiqah Zulkafli mengakui tersilap memuat naik tangkap layar itu selain menjelaskan keadaan sebenar yang telah berlaku. “Saya adalah Pengurus Media Sosial akaun Instagram Datin Noor Kartini dan tersilap memuat naik tangkap layar.  “Tangkap layar itu adalah bertujuan untuk rujukan saya sahaja, tiada sebarang niat untuk dimuat naik di Instagram Datin Noor Kartini mahupun Instagram peribadi saya.  “Saya juga mahu menjelaskan, gambar dan tulisan asal yang dipaparkan adalah bukan dari penulisan saya mahupun Datin Noor Kartini sendiri,” tulisnya. Selain itu, dia turut menyatakan permohonan maaf kepada Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar termasuk seluruh Kerabat Diraja Johor Disebabkan ruangan

Tak Tahu Rupanya Hantar Mengasuh Di Rumah Penagih, Ibu Buka Cerita Bayi Diliwat

Bulan lalu, media sosial kecoh dengan kejadian jenayah tragis apabila seorang bayi lelaki berusia 9 bulan telah ajal diliwat suami pengasuhnya. Allahyarham Afiq Rizqin berkenaan dipercayai telah mengalami sesak nafas setelah mulutnya ditekup oleh suspek. Dapat call dengar je anak tak sedar…gelap terus satu dunia  Setelah sekian lama berdiam diri, ibunya Puan Adawiah tampil mendedahkan apa yang sebenarnya berlaku pada hari kejadian. Pada 27 April lalu, dia dan suami dikejutkan dengan satu panggilan telefon daripada pengasuhnya mengatakan Afiq Rizqin dalam keadaan tidak sedar di sebuah pusat perubatan Tinggal dekat Subang…tapi boleh bawak pergi sampai Sungai Buloh…  Adawiah awalnya musykil apabila jirannya menghantar bayi tersebut ke pusat perubatan di Sungai Buloh, yang sangat jauh dari kediaman mereka di Lembah Subang. Malah wanita berkenaan juga memberi alasan hampir terlupa untuk menghubunginya dengan lebih awal. Sampai saja di situ, pengasuh tersebut mendakwa suaminya sudah pun cuba

[VIDEO] Seolah Tahu Ayah Diragut COVID-19, Lambaian Terakhir Anak Meruntun Jiwa

Menurut statistik, Terengganu merupakan antara negeri yang menunjukkan trend peningkatan mendadak jangkitan COVID-19 lepas sambutan Hari Raya Aidilfitri sekitar 2 minggu lalu. Selain 21 mukim di daerah Kuala Terengganu dikenakan PKPD, ramai ahli keluarga yang menderita akibat kehilangan insan tersayang akibat pendemik ini. Suami isteri disahkan positif COVID-19…Masing-masing kena kuarantin di kawasan berlainan  Di Kemaman, kisah sepasang suami isteri yang diuji positif COVID-19 turut mendapat perhatian ramai di Facebook. Susulan itu, mereka diarahkan untuk berada di 2 lokasi kuarantin yang berbeza. Sebelum berpisah, Intan Zainab sempat merakam gelagat suami yang masih ada terpancar lagi keceriaannya. Tak sangka itu rupanya lambaian terakhir suami…Kesihatan merosot sebelum akhirnya dijemput ajal  Namun siapa sangka, itulah lambaian terakhir yang dihadiahkan oleh saudara Reza Adnin Roslan sebelum disahkan kembali ke rahmatullah. Difahamkan, kesihatan Allahyarham Reza kian merosot sejak d

(Video) 'Saya tak lari, saya buat U-Turn untuk bertemu dengan mangsa' - Pemandu Myvi nafi larikan diri & akan bertanggungjawab ke atas kemalangan yang berlaku

Susulan viral video sebuah kereta Perodua Myvi melanggar lampu isyarat merah di persimpangan lampu isyarat sehingga merempuh motosikal penghantar makanan (Grab Food), pemilik kereta berkenaan tampil memberikan penjelasan.  Pemandu Myvi, Ahmad Shuhaimi, menafikan dakwaan yang mengatakan dia melarikan diri dari lokasi kejadian. Sebaliknya selepas kejadian itu, dia membuat pusingan U untuk kembali melihat keadaan mangsa. "Saya ingin jelaskan bahawa video viral yang mengatakan saya langgar lari adalah tidak benar sama sekali. Saya telah membuat pusingan U di persimpangan lampu isyarat, Ibu Pejabat Polis Kontinjen Shah Alam untuk bertemu dengan mangsa.  "Setelah itu saya membawanya ke klinik di Seksyen 15 Shah Alam untuk mendapatkan rawatan dan seterusnya ke Ibu Pejabat Polis Daerah Shah Alam untuk membuat laporan polis.  "Status dan kenyataan di dalam video (viral) yang mengatakan saya langgar lari adalah salah dan tidak benar. Saya telah selesai dengan pemilik motosikal ber

Dedah tak suka solat? Netizen ‘mengucap panjang’ tengok ‘live’ usahawan ini

Sejak malam tadi, kecoh di media sosial apabila tular sebuah video seorang usahawan kosmetik yang mendakwa bahawa dirinya tidak suka menunaikan solat. Seorang pengguna laman Twitter @OmgItsSaraa_ memuat naik tangkap layar video tersebut memaparkan wanita itu sedang melakukan sesi siaran langsung di laman Faceobook, namun tidak dapat dipastikan mengenai masa dan lokasi dirakam. Kelantan bila culture shock pic.twitter.com/7ili1ziiC7 — 🇲🇾🇵🇸 Sawa cantik (@OmgItsSaraa_) May 29, 2021 Wanita itu dilihat bersembang dalam loghat Kelantan sambil menikmati makan malam bersama beberapa orang kenalannya selain menjawab soalan ditanya oleh pengguna Facebook. Terdapat segelintir warga Twitter sukar untuk memahami loghat itu tetapi mujur ada individu yang sudi memperterjemah percakapan wanita berkenaan. “Orang nak buat apa2, suka hati dia la..” “Jangan suruh aku sembahyang, memang tak suka..” Posting di Twitter itu diulang kicau lebih 2,600 kali dan mendapat 2,506 tanda suka serta pelbagai komen

Lapisan Periuk Non-Stick Punca Lumpuh Otak? Doktor Pakar Nasihat Buang Segera

Golongan wanita pasti mahukan peralatan yang dapat memudahkan lagi kerja harian terutamanya dari segi masakan. Boleh dikatakan hampir setiap ibu gemarkan periuk non-stick, namun tanpa mereka sedar sebenarnya ia mengandungi bahan chemical yang boleh jejaskan kesihatan seisi kelurga. Dr. Noordin dedahkan periuk non-stick mengandungi Teflon?  Perkara ini telah pun didedahkan oleh seorang pakar perubatan dan kesihatan di mana beliau turut menjelaskan mengapa jenis cookware ini harus dielakkan. Jelasnya selepas beberapa ketika, ia akan menjadi risiko sekiranya lapisan kuali anti-lekat yang digunakan itu mula nampak kesan calar dipermukaannya. Malah, periuk non-stick ini juga mengandungi bahan coating teflon yang boleh memudaratkan kesihatan Risiko jika terhidu atau makan…boleh lumpuh otak & rosak paru-paru  Difahamkan, ia bukan saja risiko untuk dimakan, tapi impaknya lebih dasyat ketika sedang memasak. Hal ini kerana, keburukan wap asap yang dikeluarkan itu boleh melumpuhkan otak serta

'Kalau dah atlet camtu, memang coach ambil mana yang sempat' - Komen jijik lelaki ini dikecam netizen, siap suruh bayangkan kalau anak dara pakai bikini di rumah

Atlet renang negara yang juga ibu kepada tiga anak, Cindy Ong baru-baru ini mendedahkan dirinya pernah diganggu secara seksual selama beberapa tahun oleh jurulatih kebangsaan ketika dia masih berusia remaja.  Cindy yang berasal dari Ipoh, Perak, pernah memenangi tujuh pingat emas di FINA World Championship Masters (bagi usia 35-39), mendakwa seorang jurulatih pernah menyentuh payudaranya ketika pergi ke luar negara untuk menyertai pertandingan. Pada waktu itu, tiada media sosial untuk dikongsikan mengenai apa yang berlaku. Namun kini dia yang telah dewasa dan juga seorang ibu serta jurulatih, enggan kejadian yang seumpama itu berlaku kepada anak-anak atau perenang yang dilatihnya.  Cindy bagaimanapun enggan mendedahkan nama individu berkenaan, tetapi mahu menegaskan bahawa perkara seperti itu berlaku dan menuntut pihak berkaitan mengambil tindakan bagi menangani masalah gangguan seksual seperti itu Ramai yang terkejut dengan pendedahan Cindy, tetapi ada segelintir netizen pula menyalah

(Video) 'Makcik tudung pink tu punca pergaduhan' - Sekumpulan individu bergaduh, budak ambil kesempatan diterajang sampai terpelanting

Viral video di media sosial yang menunjukkan sekumpulan individu bergaduh di perkarangan tempat letak kereta yang tidak diketahui punca sebenar kejadiannya. Namun jelas di situ, kesemua yang terbabit tidak memakai pelitup muka dan melanggar prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0.  Menurut sumber, kejadian itu berkemungkinan berlaku di Projek Perumahan Rakyat (PPR) Kempas Permai, Johor Bahru, semalam. Berdasarkan video rakaman penduduk dari tingkat atas, individu-individu terbabit terdahulu dilihat saling bertengkar sambil disaksikan beberapa penduduk lain termasuk kanak-kanak.  Bagaimanapun keadaan berubah menjadi pergaduhan setelah seorang wanita bertudung merah jambu datang dan terus memukul salah seorang lelaki yang menyebabkan individu lain mengambil kesempatan untuk memukul lelaki terbabit.  Akibatnya, kedua-dua pihak saling membalas pukulan dan kanak-kanak lain yang berada di tempat kejadian turut mengambil kesempatan memukul mangsa. Salah seorang k

(Video) 'Dia nak tolong abang buang sampah' - Budak 5 tahun parah dirempuh kereta akibat melintas secara melulu

Viral di media sosial video seorang kanak-kanak perempuan berusia lima tahun dilanggar sebuah kereta jenis Perodua Kembara, ketika sedang melintas jalan di Kampung Delek, Klang, Selangor. Video kejadian itu sempat dirakam dashcam sebuah kenderaan di tepi jalan.  Ketua Polis Daerah Klang, Asisten Komisioner Shamsul Amar Ramli berkata, kejadian itu berlaku pada jam 5.45 petang dan mangsa dilanggar oleh pemandu wanita berusia 21 tahun, dalam perjalanan ke rumahnya di kampung yang sama. Sebelum kejadian, mangsa, Nur Kasih Dalisya Kamarul Azwan, dikatakan mahu menemani abangnya pergi membuang sampah di seberang jalan. Dua beradik berkenaan berdiri di tepi jalan untuk menunggu masa yang sesuai untuk melintas. Namun, mangsa secara tiba-tiba berlari melintas jalan, tanpa menyedari kehadiran kereta Perodua Kembara tersebut.  Pemandu Kembara yang terkejut dengan kemunculan mangsa, terus cuba menekan brek kecemasan, malangnya tidak sempat berbuat demikian berikutan jarak yang terlalu dekat, terus

Isteri hamil 5 bulan, Ryzal Duriankimchi rayu tak fitnah anak dalam kandungan

Sejak semalam, isu pasangan influencer yang terkenal dengan saluran Duriankimchi iaitu Ryzal Ibrahim dan Maryamyunrrr teruk dikecam netizen susulan daripada keterlanjuran mengeluarkan kenyataan bersifat hinaan kepada pakaian tradisional masyarakat Iban. Susulan daripada itu, pihak bukan kerajaan (NGO) Pertubuhan Kaum Dayak telah membuat laporan polis terhadap pasangan ini kerana berasa kesal diatas gurauan keterlaluan Ryzal apabila menyamakan pakaian tradisi Iban seperti kain buruk dan alas TV. Mohon maaf di Instagram Namun, menerusi Instagram, Ryzal dan Maryam sudahpun memohon maaf diatas kata-kata yang dikeluarkan sehingga menyentuh hati banyak pihak. View this post on Instagram A post shared by Ryzal Ibrahim (@ryzalibrhm) Mohon maaf sekali lagi Walau bagaimanapun, dia dan isteri masih lagi menerima pelbagai kecaman sehingga melibatkan anak yang dalam kandungan Maryam. Sehubungan itu, Ryzal sekali lagi memuat naik permohonan maaf dengan berharap hal ini akan sel

Jatuh Telungkup & Rebah Tiba2, Wanita Thailand Meninggal Semasa ‘Live’ Memasak

Kematian boleh terjadi bila-bila masa dan di mana sahaja. Ia merupakan suatu kepastian dari Tuhan yang akan dialami oleh setiap orang. Begitulah seperti kejadian tidak disangka yang berlaku di negara jiran, Thailand ini. Baru-baru ini, negara Thailand dikejutkan dengan berita seorang wanita dilaporkan maut ketika sedang membuat ‘live’ memasak. Menerusi video yang dikongsi oleh seorang pengguna TikTok yang dikenali sebagai Shinta, wanita Thailand tersebut kelihatan gembira saat berkongsi resepi masakannya dengan para penonton. Gembira berkongsi resepi dengan penonton video di facebook Baru mula masak, tiba-tiba jatuh terlungkup dan rebah atas lantai Bagaimanapun, di pertengahan video wanita itu tiba-tiba jatuh terlungkup dan rebah ke lantai sambil kakinya dilihat  terketar-ketar seperti kekejangan atau terkena strok. Tidak lama kemudian, salah seorang ahli keluarganya menyedari kejadian tersebut dan menarik badan wanita itu serta menutup siaran berken

Pakaian Iban dihina, NGO kaum Dayak lengkap berbaju tradisi buat laporan polis

Pasangan Influencer yang popular dengan saluran Duriankimchi hari ini menjadi topik utama selepas isu menyentuh sensitiviti masyarakat Sarawak telah mendapat perhatian warganet. Mana tidaknya, kata-kata yang dikeluarkan oleh Ryzal Ibrahim itu sangat keterlaluan walaupun dia sudah meminta maaf diatas tindakannya yang menyamakan pakaian tradisional kaum Iban seperti alas TV dan kain buruk. Buat laporan polis terhadap Duriankimchi Hal ini semestinya membuatkan masyarakat Iban dan Sarawak bengang kerana kata-kata sebegitu merupakan satu bentuk penghinaan kepada budaya dan adat mereka. Oleh itu, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) mewakili kaum Dayak Sarawak telah tampil membela ‘saudara’ mereka apabila  membuat laporan polis di Balai Polis Puchong Jaya, Serdang, Selangor dengan memakai pakaian tradisional kaum mereka. Tuntut permohonan maaf secara terbuka Menerusi laman Facebook Mike Jok, dapat dilihat wakil-wakil kaum Dayak hadir ke balai polis membuat laporan ke atas penghinaan yang dilakuka

Siti Nurhaliza & suami dikompaun RM20 ribu, ‘family’ Norman Hakim pula RM8 ribu

Datuk Seri Siti Nurhaliza dan suaminya, Datuk Seri  Khalid Mohamad Jiwa masing-masing telah dikenakan kompaun sebanyak RM10,000 kerana kesalahan gagal mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) yang ditetapkan kerajaan apabila mengadakan majlis tahnik  pada awal Mei lalu. Majlis tahnik anak keduanya, Muhammad Afwa itu berlangsung selepas tujuh hari kelahiran bayi tersebut dan juga dihadiri Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Zulkifli Al-Bakri. View this post on Instagram A post shared by Siti Nurhaliza Tarudin (@ctdk) Menerusi Berita Harian, Ketua Polis Selangor, Datuk Arjunaidi Mohamed turut memaklumkan Dr Zulkifli dan beberapa orang pendakwah terkenal seperti Ustaz Azhar Idrus, Ustaz Don Daniyal dan Ustaz Iqbal juga dikenakan kompaun sebanyak RM2,000 setiap seorang. Family Norman & Abby pun kena kompaun Selain itu, Norman Hakim dan isterinya, Memey Suhaiza masing-masing dikenakan kompaun RM2,000 dan Abby Abadi serta suami Muhammad Fa