Fiza Elite Ditalak Suami Di WhatsApp, Dedah Kebenaran Gambar Dengan Saiful Apek Skip to main content

Fiza Elite Ditalak Suami Di WhatsApp, Dedah Kebenaran Gambar Dengan Saiful Apek

Walaupun tidak seaktif dulu, namun pasti ramai masih mengingati bekas anggota kumpulan Elite ini iaitu Fiza Halim. Sebelum ini, pelakon tersebut pernah menjadi perhatian apabila viral gambar wajah anak-anak perempuannya yang dipuji cantik seperti berketurunan kacukan. Namun kelibat suaminya pula agak jarang didedahkan kepada umum.

Dah berpisah hampir setahun…Perkahwinan ketiga cuma bertahan 4 tahun 

Menerusi laporan Berita Harian, siapa sangka pelakon berkenaan mengakui sudah pun berpisah dengan suaminya sejak 22 Julai yang lalu. Sedangkan lidah lagi tergigit, inikan pula suami isteri. Perkahwinan ketiganya bersama juruterbang berstatus dua anak iaitu Aizat Al Jefri bertahan hampir 4 tahun sejak mendirikan rumah tangga sekitar Disember 2016.

Baru ada kekuatan nak umum status diri…Dijatuhkan talak melalui WhatsApp 

Dalam pada itu, pasangan berkenaan sebelumnya dikurniakan cahaya mata bernama Baby Aleena yang kini sudah berusia 3 tahun. Ketika ditanya mengapa berdiam selama ini, Fiza mengakui baru sahaja mempunyai kekuatan untuk umumkan status diri. Lebih-lebih lagi, lafaz talak juga dijatuhkan hanya melalui WhatsApp. Dalam keadaan terkapai, selebriti ini syukur dia masih menerima tawaran kerja namun ia masih dalam pertimbangan.



Nafi ada hubungan bersama Saiful Apek…Gambar yang tular diambil isteri pelawak 

Bukan itu sahaja, malah Fiza juga perlu berdepan dengan pandangan serong masyarakat terhadapnya yang sudah tiga kali berkahwin dan berpisah. Selain itu, pelakon tersebut juga menafikan sekeras-kerasnya dakwaan mengatakan ada hubungan bersama pelawak terkenal Saiful Apek. Gambar mesra yang pernah tular sebelum ini sebenarnya diambil sendiri oleh isteri artis tersebut di set penggambaran.


Sumber: kisahdunia

Comments

Popular Article

Senarai Lokasi Sekatan Jalan Raya Dalam Tempoh PKPB Di Selangor, Kuala Lumpur & Putrajaya

Umum mengetahui pelaksanaan semula Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) bagi Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya sudah pun dijalankan Memandangkan kes wabak Covid-19 yang semakin meningkat di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya pelbagai prosedur operasi standard (SOP) telah ditetapkan sepanjang tempoh PKPB ini. Kerajaan telah menetapkan bahawa perjalanan merentas daerah dan negeri juga adalah dilarang bagi mengelakkan penularan wabak tersebut. Dalam pada itu, Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) juga bersetuju untuk membenarkan maksimum 10 peratus pekerja daripada 6 tugasan yang disenaraikan untuk berada di pejabat mulai 22 Oktober ini. Antara tugasan yang dibenarkan ialah melibatkan perakaunan, kewangan, pentadbiran, perundangan, perancangan serta teknologi maklumat dan komunikasiI (ICT). Mereka yang berada di pejabat pula dihadkan berkerja selama 4 jam sahaja bermula jam 10 pagi sehingga 2 petang untuk 3 hari seminggu. Bagi majikan, mereka hanya perlu me

[VIDEO] Detik-Detik Akhir Rakaman Kembar 4 Dilahirkan, Wanita Ini Kongsi Momen Kehamilan

Kelahiran anak kembar cukup istimewa di hati ibunya. Perjalanan kehamilan tentu tidak seperti kehamilan biasa. Ibu ini kongsikan pengalamannya melalui kehamilan kembar selama 35 minggu. Ibu kepada bayi kembar empat yang tular baru-baru ini, Puan sha.rissa telah berkongsi perjalanan kehamilan beliau. Kebanyakan netizen kagum dengan ibu ini, cukup kuat menempuhi kehamilan berganda sehingga selamat melahirkan pada usia kehamilan 35 minggu. KETIKA KANDUNGAN BERUSIA 7 & 11 MINGGU Ibu hebat ini mulanya merahsiakan kandungannya ialah kandungan kembar sehinggalah terpaksa menceritakan kepada ketua kerana perlu mengambil cuti. sha.rissa “Ultrasound images at 7 & 11 weeks. I kept it a secret from my friends and colleagues about the quads until delivery. Tapi terpaksa bagitahu my boss sebab kena apply banyak cuti. So I showed him this scan pictures and he was like ”empat???” Btw, thanks boss for being so understanding.” ANTARA UBAT Dan SUPLEMEN YANG DICADANGKAN OLEH DOKTOR Puan Sha.rissa

Video - Bukan malu hidup susah! Bapa ‘lari’ ketika anak rakam sedang makan nasi kosong beri penjelasan - “Hari tu saya cuma ada RM5”

SEORANG bapa dilihat menjamah nasi putih hanya dengan kicap, itu pun baki selepas anaknya makan tengah hari! Kisah ini tular di laman Facebook apabila anak kepada lelaki berkenaan, Nik Aswan yang baru berusia 10 tahun memuat naik video bapanya di akaun TikTok miliknya. Bapanya, Ngah Misnum, 36, bagaimanapun segera memadam video tersebut sebaik sahaja mendapat tahu ia tular dalam masa beberapa jam. “Sejujurnya saya tak sangka langsung dia akan muat naik video tu sebab masa saya sedar dia tengah rakam, saya terus bangun dari tempat duduk. “Tahu-tahu tular sampai dekat Facebook, memang terkejut sangat. Saya terus ambil telefon dia dan padam video tu,” katanya kepada mStar, mengimbas kembali video yang memaparkan ‘adegan’ dirinya makan nasi tanpa lauk. Kehidupan dua beranak yang tidak meminta simpati orang ramai. Bagi mereka yang sempat menonton video tersebut, rata-rata mengakui sebak melihat kehidupan dua beranak itu yang serba sederhana tetapi bahagia. Ngah, yang berasal dari Kuala Neru