Realitinya, tidak semua bertuah mempunyai jalan hidup yang bahagia dalam rumah tangga. Walaupun sudah dapat hak penjagaan anak, namun tak bermaksud boleh halang bekas pasangan daripada berjumpa dengan cahaya mata sendiri kerana masing-masing pasti tidak mahu rasa tersisih.
Lama tak jumpa anak-anak sejak berpisah…sedih tak kenal wajah mama sendiri
Baru-baru ini, tular sebuah video memaparkan dilema seorang ibu yang merindui anak-anaknya. Gara-gara sekian lama tinggal bersama bekas suami, salah seorang daripada kanak-kanak tersebut seolah-olah tidak mengenali ‘mama’ kandungnya sendiri.
Dakwa bekas suami tak bagi kerjasama yang baik…dah cuba merayu tapi bagi banyak alasan
Wanita tersebut mendakwa bahawa bekas suaminya tidak berikan kerjasama agar dibenarkan anak-anak mereka bertemu atau luang masa bersama dengannya. Jelasnya lagi, dia hinggakan sudah merayu tapi banyak alasan yang dibalas lelaki tersebut. Walau bagaimanapun Shitah gagahkan juga dirinya untuk berjumpa, lantas berjurai air matanya dek kerana rindu yang ditanggung selama ini terhadap dua anak kecilnya.
Allahuakbar, dapat rasakan kesedihan…kenapa la sanggup pisahkan anak dengan ibu kandung dia
Rata-rata netizen turut sebak melihat reunion keluarga tersebut setelah sekian lama berpisah. Malah mereka juga mendoakan agar urusan wanita ini dipermudahkan. Secara keseluruhan, video tersebut telah meraih sebanyk 2.4 juta tontonan setakat ini.
sumber: viralnewsupdates
Comments
Post a Comment